USS Abraham Lincoln (CVN-72)

USS Abraham Lincoln (CVN-72) adalah kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz ke-5 dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal ke-2 yang dinamakan bersempena dengan nama bekas Presiden Abraham Lincoln. Pelabuhan asalnya adalah di Norfolk, Virginia,[2] dan merupakan anggota dalam Armada Atlantik Amerika Syarikat. Dari segi pentadbiran, kapal ini bertanggungjawab kepada Komander, Pasukan Udara Atlantik Tentera Laut, dan juga menjadi kapal laksamana bagi Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Kesembilan dan tuan rumah kepada Sayap Udara Kapal Pengangkut Kedua sehingga tahun 2012. Abe kembali ke armada pada 12 Mei 2017, menandakan kejayaan penyiapan pengisian semula bahan api dan penyelenggaraan kompleks yang dilakukan di Newport News Shipyard.

USS Abraham Lincoln (CVN-72)
Abraham Lincoln sedang belayar di Laut China Selatan, 8 Mei 2006
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Bersempena dengan: Abraham Lincoln
Dianugerahkan: 27 Disember 1982
Pembina: Newport News Shipbuilding Co.
Dibaringkan: 3 November 1984
Dilancarkan: 13 Februari 1988
Ditaja oleh: JoAnn K. Webb
Disucikan: 13 Februari 1988
Ditauliah: 11 November 1989
Moto: Shall Not Perish
Nama gelaran: Abe
Status: Aktif (setakat tahun 2018)
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz
Sesaran: 104,112 long ton (105,783 t)[1]
Panjang:
  • Keseluruhan: 1,092 kaki (332.8 m)
  • Garis air: 1,040 kaki (317.0 m)
Lunas: Keseluruhan: 252 kaki (76.8 m)
Draft:
  • Navigasi maksimum: 37 kaki (11.3 m)
  • Had: 41 kaki (12.5 m)
Jana kuasa:
  • 2 × reaktor A4W|reaktor nuklear A4W Westinghouse Electric Company|Westinghouse
  • 4 × turbin stim
  • 4 × aci
  • 260,000 shp (194 MW)
Halaju: 30+ knot (56+ km/h; 35+&nbspjbsj)
Jarak: Jarak tanpa had; 20–25 tahun
Anak kapal:
  • Anak kapal: 3,200
  • Sayap udara : 2,480
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari udara AN/SPS-48 E 3-D
  • Radar pencari udara AN/SPS-49|AN/SPS-49(V)5 2-D
  • Radar perolehan sasaran AN/SPQ-9 B
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-46
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-43 C
  • Radar bantaun mendarat AN/SPN-41
  • 4 × sistem panduan Mk 91 NSSM
  • 4 × radar Mk 95
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Sut tindak balas SLQ-32A(V)4
  • Kelengkapan anti torpedo SLQ-25A Nixie
Persenjataan:
  • 2 × Mk 57 Mod 3 Sea Sparrow
  • 2 × RIM-116 Rolling Airframe Missile
  • 2 × Phalanx CIWS
Perisai: Maklumat rahsia|Rahsia
Pesawat yang dibawa: 90 x pesawat kepak kaku dan helikopter

2018 sunting

Pada 2 Ogos 2018, satu pengumuman dibuat bahawa Abraham Lincoln akan kembalai ke San Diego sebahagian dari pertukaran pelabuhan bagi tiga buah kapal pengangkut pesawat, oleh itu mengembalikan ia ke tugasan Armada Pasifik.[3]

Pada akhir Ogos 2018, VFA-125 mula beroperasi daripada Abraham Lincoln sebagai salah satu bahagian integrasi dalam CVW-7. Buat kali pertama pesawat F-35C akan beroperasi dengan operasi berulang-ulang, untuk mengsimulasi operasi yang dirancang penuh.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "USS Abraham Lincoln". Naval Vessel Register. Dicapai pada 12 Mei 2012.
  2. ^ "Change in Permanent Duty Station for Carrier Strike Group Nine" (PDF). OPNAV NOTICE 5400 Ser DNS-33/llU228546. Office of the Chief of Naval OperationsU.S. Department of the Navy. 1 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2012. Dicapai pada 9 September 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ U.S. Navy (2 Ogos 2018). "Three Aircraft Carriers to Change Homeports". NNS180802-19. from Commander, Naval Air Forces Public Affairs. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  4. ^ Jean-Gilles, Jacques-Laurent (28 Ogos 2018). "F-35C Lightning II Conducts Operational Test-1 Aboard USS Abraham Lincoln". US Navy. Dicapai pada 31 Ogos 2018.

Sumber sunting

Pautan luar sunting