Ultraman Tiga (Jepun: ウルトラマンティガ, Hepburn: Urutoraman Tiga) ialah rancangan TV tokusatsu Jepun dan rancangan ke-11 dalam Siri Ultra. Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, Ultraman Tiga disiarkan 6:00pm antara 7 September, 1996 hingga 30 Ogos, 1997, dengan jumlah 52 episod dengan 4 filem (3 adalah gabungan, 1 sekuel terus dari siri) selepas selang francais melebihi 15 tahun, disetkan di alam semesta berlainan dari siri sebelumnya dan dikemaskinikan dengan penampilan dan perasaan baru. Tiga ialah Ultraman pertama dengan mod pertarungan berbilang dan warna bukan merah. Ia merupakan salah satu entri popular dalam Siri Ultra. Disebabkan kemasyhuran Tiga , ia mendapat pendedahan lebih di TV dan filem berbanding Ultraman Heisei lain. Ultraman Tiga juga dialih bahasa dalam bahasa Inggeris oleh 4Kids Entertainment dan ditayangkan di Amerika Syarikat sebagai sebahagian rancangan blok Fox Box di gabungan Fox Broadcasting Company, Siri Ultra ketiga disiarkan di Amerika Syarikat.

Ultraman Tiga
GenreSains Fiksyen
Superhero
Tokusatsu
Aksi
PenciptaTsuburaya Productions
Dibintangi oleh
Hiroshi Nagano
Takami Yoshimoto
Akitoshi Ohtaki
Shigeki Kagemaru
Yukio Masuda
Yoichi Furuya
Mio Takaki
Pencerita suara latar
Issei Futamata
Lagu pembukaanTake Me Higher by V6
Lagu penutupBrave Love, Tiga by 地球防衛団 (the Earth Defense Force)
PenggubahTatsumi Yano
Negara asalJepun
Bilangan episod52
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asalTBS, MBS (JPN),
Fox *4Kids TV* (US)
Siaran asal7 September, 1996 – 30 Ogos, 1997
Kronologi
MengikutiUltraman Zearth
Diikuti olehUltraman Dyna
Rancangan berkaitan
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Dunia yang semakin pesat berkembang serta perubahan zaman membuatkan raksasa-raksasa mulai bermunculan di bumi. Disaat digenting tersebut GUTS menemukan sebuah kapsul hologram dimana penjaga keamanan bumi, iaitu Yuzare menyampaikan cara untuk mengatasi serangan raksasa-raksasa tersebut. Yuzare mengatakan bahawa GUTS harus mencari tiga patung kuno yang tersembunyi di Pulau Tiga. Namun setelah mereka menemui patung-patung tersebut, hanya satu patung sahaja yang hidup kembali kerana dua lagi telah dimusnahkan oleh Golza dan Melba. Patung tersebut bernyawa kembali dengan meminjam kekuatan dan tubuh Daigo, iaitu salah satu ahli GUTS. Mampukah Daigo dan Ultraman Tiga melindungi bumi daripada ancaman makhluk asing?

Pelakon sunting

Watak utama (Team GUTS) sunting

Watak pembantu sunting

Watak undangan sunting

Watak kostum sunting

Episod sunting

  • Episod 01 : The One Who Inherits the Light (光を継ぐもの Hikari o Tsugu Mono)
  • Episod 02 : Stone of Legends (石の神話 Ishi no Shinwa)
  • Episod 03 : The Devil's Prophecy (悪魔の預言 Akuma no Yogen)
  • Episod 04 : Sa-yo-na-ra Earth (サ・ヨ・ナ・ラ地球 Sa.Yo.Na.Ra Chikyū)
  • Episode 05 : The Day the Monster Came Out (怪獣が出てきた日 Kaijū ga Detekita Hi)
  • Episod 06 : Second Contact (セカンド・コンタクト Sekando Kontakuto)
  • Episod 07 : The Man Who Came Down to Earth (地球に降りてきた男 Chikyū ni Oritekita Otoko)
  • Episod 08 : On Halloween Night (ハロウィンの夜に Harowin no Yoru ni)
  • Episod 09 : The Girl Who Waits for a Monster (怪獣を待つ少女 Kaijū o Matsu Shōjo)
  • Episod 10 : The Closed Amusement Park (閉ざされた遊園地 Tozasareta Yūenchi)
  • Episod 11 : Requiem to the Darkness (闇へのレクイエム Yami e no Rekuiemu)
  • Episod 12 : S.O.S from the Deep Sea (深海からのSOS Shinkai kara no SOS)
  • Episod 13 : Human Collecting (人間採集 Ningen Saishū)
  • Episod 14 : The Released Target (放たれた標的 Hanatareta Hyōteki)
  • Episod 15 : The Phantom Dash (幻の疾走 Maboroshi no Shissō)
  • Episode 16 : Tesurrected Friend (よみがえる鬼神 Yomigaeru Kishin)
  • Episod 17 : Red and Blue's Battle (赤と青の戦い Aka to Ao no Tatakai)
  • Episod 18 : Golza's Counterattack (ゴルザの逆襲 Goruza no Gyakushū)
  • Episod 19 : GUTS to the Sky (part 1) (GUTSよ宙(そら)へ 前編 Gattsu yo Sora e (Zenpen))
  • Episod 20 : GUTS to the Sky (part 2) (GUTSよ宙(そら)へ 後編 Gattsu yo Sora e (Kōhen)
  • Episod 21 : Deban's Turn (出番だデバン! Deban da Deban)
  • Episod 22 : A Fog's Coming (霧が来る Kiri ga Kuru)
  • Episod 23 : Dinosaurs' Star (恐竜たちの星 Kyoryū-tachi no Hoshi)
  • Episod 24 : Go! Monster Expedition Team (行け! 怪獣探検隊 Ike! Kaijyū Tankentai)
  • Episod 25 : The Devil's Judgement (悪魔の審判 Akuma no Shinpan)
  • Episod 26 : Evil Monster Realm of the Rainbow (虹の怪獣魔境 Niji no Kaijū Makyō)
  • Episod 27 : I Saw Obico! (オビコを見た! Obiko o Mita!)
  • Episod 28 : One Vanishing Moment (うたかたの… Utakata no...)
  • Episod 29 : Blue Night's Memory (青い夜の記憶 Aoi Yoru no Kioku)
  • Episod 30 : Monster Zoo (怪獣動物園 Kaijū Doōbutsuen)
  • Episod 31 : The Attacked GUTS Base (襲われたGUTS基地 Osowareta Gattsu Kichi)
  • Episod 32 : Zelda Point's Defenses (ゼルダポイントの攻防 Zeruda Pointo no Kōbō)
  • Episod 33 : Vampire City (吸血都市 Kyūketsu Toshi)
  • Episod 34 : To The Southern Limit (南の涯てまで Minami no Hate Made)
  • Episod 35 : The Sleeping Maiden (眠りの乙女 Nemuri no Otome)
  • Episod 36 : The Time-Transcending Smile (時空をこえた微笑 Toki o Koeta Hohoemi)
  • Episod 37 : Flower (花 Hana)
  • Episod 38 :The Mirage Monster (蜃気楼の怪獣 Shinkirō no Kaijū)
  • Episod 39 : Dear Mr. Ultraman (拝啓ウルトラマン様 Haikei Urutoraman-sama)
  • Episod 40 : Dream (夢 Yume)
  • Episod 41 : Friend from Space (宇宙からの友 Uchū kara no Tomo)
  • Episod 42 : Town Where the Girl Disappeared (少女が消えた街 Shōjo ga Kieta Machi)
  • Episod 43 : Land Shark (地の鮫 Chi no Same)
  • Episod 44 : The One Who Inherits the Shadows (影を継ぐもの Kage o Tsugu Mono)
  • Episod 45 : Eternal Life (永遠の命 Eien no Inochi)
  • Episod 46 : Let's Go to Kamakura! (いざ鎌倉! Iza Kamakura!)
  • Episod 47 : Goodbye to Darkness (闇にさようなら Yami ni Sayōnara)
  • Epusod 48 : Fugitive from The Moon (月からの逃亡者 Tsuki kara no Tōbōsha)
  • Episod 49 : The Ultra Star (ウルトラの星 Urutora no Hoshi)
  • Episod 50 : Take Me Higher! (もっと高く!~Take Me Higher!~ Motto Takaku!~Teiku Mī Haiyā~)
  • Episod 51 : Master of Darkness (暗黒の支配者 Ankoku no Shihaisha)
  • Episod 52 : To The Shining Ones (輝けるものたちへ Kagayakeru Mono-tachi e)

Statistik Ultraman Tiga sunting

Tiga merupakan ultraman pertama sekali yang memiliki keupayaan berubah bentuk dan warna yang mempunyai ciri kuasa berbeza. Kebolehan ini seterusnya diikuti oleh Ultraman Dyna. Ultraman Tiga mempunyai kemampuan berubah mode sewaktu bertarung, iaitu Power Type (Merah) dan Sky Type (Ungu). Tiga juga mempunyai suara tenor yang dikeluarkannya sewaktu ketika bertarung menentang musuh-musuhnya.

  • Multi Type (berjalur merah & ungu)

Bentuk ini adalah bentuk asal bagi Tiga dimana berada di bentuk ini Tiga bebas untuk bertarung seperti biasa sama ada di kawasan darat mahupun di luar angkasa.

  • Power Type (berjalur merah)

Bentuk ini membuatkan tenaga dan kekuatan Tiga bertambah bagi menentang dan memusnahkan setiap musuhnya. Namun, berada dibentuk ini membuatkan kepantasan dan kelajuan yang dimiliki oleh Tiga terbatas dan mode ini hanya boleh digunakan untuk bertarung dengan musuh di kawasan darat sahaja.

  • Sky Type (berjalur ungu)

Bentuk ini membuatkan kelajuan dan kepantasan Tiga berlipat ganda dan mode ini hanya boleh digunakan untuk bertarung menentang musuhnya yang mempunyai kebolehan untuk berlawan di kawasan langit. Namun, ketika Tiga berada di bentuk ini, ia sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa apapun untuk menghapuskan musuhnya, dimana ciri khasnya tidak seperti Power Type.

  • Ketinggian: 53 meter
  • Berat: 44,000 ton
  • Umur: Tidak diketahui
  • Bangsa: Ultra Kuno
  • Planet asal: Tidak diketahui
  • Bentuk manusia: Daigo Madoka
  • Alat bertukar: Spark Lens

Trivia sunting

  • Pelakon utama siri ini, Hiroshi Nagano yang memegang watak sebagai Daigo Madoka atau Ultraman Tiga dalam siri ini adalah merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan penyanyi pop Jepun, iaitu V6. Lagu popular mereka Take Me Higher juga dijadikan sebagai lagu tema siri ini.
  • Disebabkan populariti yang dikecapi siri ini pada tahun 1996-1997, syarikat Tsuburaya telah menerbitkan siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga dengan mengadaptasi jalan cerita asal dari siri Ultraman Tiga sebelum ini dengan plot dan latar yang lebih canggih dan lebih moden pada tahun 2021.

Rujukan sunting