Under 18 Elite ialah sambungan untuk novel grafik Under 18 dan Under 18 No Fear karya Zint. Siri kali ini mengisahkan seorang remaja iaitu Fox dan kawannya, Jime. Zint telah menghasilkan satu komik tambahan 14 halaman iaitu Misi Diteruskan yang disiarkan dalam buku kompilasi Under 18 No Fear, Under 18 - Kompilasi Jitu.

Under 18 Elite
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatHitam Putih
GenreAksi
Drama
Bil. isuSenarai Jilid
Watak utamaFox dan Jime
Pasukan kreatif
KaryaZint

Plot sunting

Jilid 1 sunting

Jime ialah seorang pelajar baharu di sekolah. Dia datang dengan niat berkobar-kobar untuk menunjukkan kebolehannya akan tetapi dia tiba-tiba bertembung dengan seorang pelajar lain yang pelik bernama Fox. Kemudian semasa waktu pembelajaran di kelas, Jime mula dibuli rakan sekelasnya. Bagaikan Hyang Kematian, Fox datang lantas membuatkan keadaan persekitarannya menjadi haru-biru. Siapakah Fox ini sebenarnya? Apakah kisah silam Jime sehinggakan dia bersungguh-sungguh sangat hendak menjadi kuat?

Senarai Jilid sunting

Setakat ini, Under 18 Elite telah mempunyai 15 jilid keseluruhannya.