Unit 101 adalah satu pasukan gerakan khas Israel yang diasaskan dan diketuai oleh Ariel Sharon dalam tahun 1953 setelah diberikan arahan oleh Perdana Menteri David Ben-Gurion.

Latar Belakang sunting

Unit 101 ditubuhkan untuk bertindak balas serangan-serangan oleh kumpulan fedayeen Arab ke atas orang-orang awam Israel. Ramai daripada yang disasarkan oleh Unit 101 terdiri daripada orang awam Palestin. Mengikut Ariel Sharon, David Ben-Gurion memberitahu beliau bahawa “orang-orang Palestin mesti diajar bahawa mereka perlu membayar harga yang tinggi untuk menumpahkan darah orang-orang yahudi Israel”. Mejar Ariel Sharon menjadi pemerintah Unit 101 dan dibantu oleh Shlomo Baum.

Walaupun pihak berkuasa Jordan dan Mesir cuba akur kepada perjanjian gencatan senjata 1949, ramai anggota tenteranya di perbatasan enggan mematuhi peruntukan gencatan senjata yang menghalang serangan oleh pejuang-pejuang fedayeen Arab ke atas Israel. Seawal tahuin 1953, Bahagian Perisikan Tentera Mesir menghantar pasukan-pasukan serangan jauh ke dalam wilayah Israel, dan dalam tahun 1955, serangan menjadi-jadi dengan tertubuhnya sebuah batalion fedayeen.

Menurut David Meir-Levi, dari tahun 1949 sehingga 1956, Mesir melancarkan perang keganasan ke atas Israel dan melancarkan kira-kira 9,000 serangan ke atas Israel daripada sel-sel pengganas di perkampungan pelarian di Segenting Gaza. Bermula tahun 1950, penyusupan menjadi lebih ganas dan melibatkan pembunuhan rakyat Israel di bandar-bandar sempadan. Di antara tahun 1949 hingga 1956, lebih daripada 400 orang rakyat Israel terbunuh dan 900 yang lain cedera. Dalam tahun 1956 sahaja, 260 oang rakyat Israel dibunuh atau dicederakan fedayeen Arab.

Dalam tahun 1953, David Ben-Gurion memutuskan untuk bertindak balas. Dia memanggil Mejar Ariel Sharon dari pasukan simpanan untuk kembali bertugas untuk menubuhkan dan memerintah Unit 101, pasukan khas pertama ditubuhkan Israel.

Operasi sunting

Sebaik sahaja ditubuhkan, Unit 101 memulakan serangan ke atas perkampungan Palestin, kem pelarian dan rumah-rumah orang Palestin. Unit 101 membuat serangan ke atas kem pelarian di El-Bureij di Gaza untuk mensasarkan Kolonel Mustafa Hafez, ketua perisikan Mesir yang menjadi dalang serangan fedayeen ke atas Israel, mengikut Mejar Jeneral Vagn Bennike dari PBB, bom tangan dicampakkan ke dalam rumah semasa penghuninya sedang lena, dan mereka yang cuba melarikan diri ditembak dengan mesingan.

Dua bualn kemudian, Unit 101 membuat serangan ke ats kampung Qibya di sebelah utara Tebing Barat dalam wilayah Jordan. Lebih 70 orang terbunuh dalam Pembunuhan Beramai-Ramai Qibya, yang menggunakan cara sama seperti di El-Bureij, tetapi pada skala yang lebih besar.

Menurut pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “.. kesan peluru yang banyak pada mayat dan bingkai pintu menunjukkan mereka yang dibunuh dipaksa berada di dalam bangunan yang diletupkan semasa penghuninya berada di dalam…” Serangan ke atas Qibya menerima kritikan dan kecaman hebat sehingga menyebabkan kepimpinan Israel melarang serangan ke atas kedudukan bukan tentera.

Menjelang bulan Januari 1954, unit 101 dibubarkan dan digabungkan menjadi Briged Askar Payung Terjun. Ariel Sharon dinaikkan pangkat dan menjadi pemerintah Briged Askar Payung Terjun ini. Unit 101 sekali lagi bergerak secara bebas di dalam Briged Askar Payung Terjun selama 5 bulan sebelum dikenakan sekatan untuk mengehadkan aktiviti serangan kepada serangan ke atas sasaran tentera. Dalam tahun 1955-1956, 20 serangan berasingan dilaksanakan dan berkemuncak dengan serangan ke atas kedudukan polis di Kalkiliya dalam bulan Oktober 1956. Serangan ini mengakibatkan kematian 18 orang askar payung terjun Israel dan kematian lebih 100 anggota Legion Arab. Unit 101 dibubarkan sepenuhnya selepas Perang Suez 1956 (Krisis Suez)

Pautan Luar sunting