Valiha ialah sebuah alat muzik bertali dimainkan di Madagaskar diperbuat daripada buluh tidak sahaja untuk tujuan hiburan malah untuk upacara adat tertentu seperti menyeru roh.[1] Ia didatangkan bersama leluhur Austronesia yang tiba menduduki pulau tersebut dan disanjung tinggi terutamanya semasa zaman kerajaan Merina memerintah pulau itu;[2] ia kini dianggap sebagai "alat kebangsaan" negara Madagaskar yang moden.[3]

Seorang pemain valiha di Ambohimahasoa, tengah Madagascar

Binaan sunting

Alat ini secara tradisinya dipilih dari spesies buluh Valiha diffusa, namun mana-mana spesies buluh berruas panjang bojuga boleh diterima kini.[4] Batang-batang buluh yang digunakan untuk membina valiha dipilih antara diameter 5 hingga 10 sentimeter dan dipotong sebaiknya dalam ukuran panjang antara 35 hingga 180 sm.[2]

Sebuah valiha biasanya mempunyai 21-24 utas tali yang dibentuk daripada rautan badan buluh[5] tetapi boleh juga menggunakan wayar jejari basikal diikat dengan paku[2] mahupun tali piano atau gitar.[6] Kekuda alat dibuat dari kepingan labu atau kayu keras yang boleh digerak-gerakkan menala bunyi tali.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Hans Austnaberg (2008). Shepherds and Demons: A Study of Exorcism as Practised and Understood by Shepherds in the Malagasy Lutheran Church. Peter Lang. m/s. 158–. ISBN 978-0-8204-9717-4.
  2. ^ a b c d Schmidhoffer, August (4–8 Oktober 2005), "Some Remarks On The Austronesian Background of Malagasy Music" (PDF), The 2005 International Forum of Ethnomusicology in Taiwan, Taipei, Taiwan: Universiti SoochowCS1 maint: date format (link)
  3. ^ Bruno Nettl (1985). The Western impact on world - change, adaptation, and survival. Schirmer Books. m/s. 55. ISBN 978-0-02-870860-7.
  4. ^ Dominique Louppe (2008). Plant Resources of Tropical Africa: Timbers / ed.: D. Louppe ; A. A. Oteng-Amoako. General ed.: R. H. M. J. Lemmens .... 7. 1. PROTA. m/s. 573–. ISBN 978-90-5782-209-4.
  5. ^ Shaw, Geo (November 8, 1879). "Music among the Malagasy". The Musical Standard. 17 (797): 297. Dicapai pada November 15, 2010.
  6. ^ Elijah Wald (2007). Global Minstrels: Voices of World Music. Taylor & Francis. m/s. 62–. ISBN 978-0-415-97930-6.