Vernakular atau bahasa vernakular ialah bentuk bahasa yang dipakai dalam kehidupan sehari-hari oleh suatu golongan atau kaum dalam masyarakat.[1][2] Vernakular dapat dianggap berkontras dengan bahasa kebangsaan, bahasa kesusasteraan, bahasa liturgi, bahasa ilmiah, atau lingua franca, iaitu bahasa perantara yang dipakai untuk memudahkan komunikasi di belahan sebuah kawasan besar. Bahasa vernakular biasanya ialah bahasa asli, lebih lazim dipakai dalam percakapan daripada tulisan dan biasanya dipandang berstatus lebih rendah daripada bentuk yang melalui tahap kodifikasi.[3] Vernakular dapat berupa ragam bahasa, dialek geografi, sosiolek, atau bahasa daerah.

Dalam pemahaman lain, vernakular ialah bahasa yang tidak mempunyai bentuk baku/kodifikasi atau tradisi kesusasteraan.[4][5] Dalam konteks pembakuan bahasa, sebutan "vernakular" atau "dialek vernakular" kadang dipakai sebagai sinonim istilah "dialek nonbaku".[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Omar, Asmah Haji (1985). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. m/s. 28.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ "Jurnal dewan bahasa". 42 (1–6). Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998: 226. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Yule, George (2016). The Study of Language 6th Edition (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 559. ISBN 9781316776780.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Van Keulen, Jean E.; Weddington, Gloria Toliver; DeBose, Charles E. (1998). Speech, Language, Learning, and the African American Child (dalam bahasa Inggeris). Allyn and Bacon. m/s. 50. ISBN 9780205152681.
  5. ^ Suhardi, B.; Sembiring, B. Cornelius (2007). "Aspek sosial bahasa". Dalam Kushartanti; Yuwono, Untung; Lauder, Multamia R. M. T. (penyunting). Pesona bahasa: langkah awal memahami linguistik (dalam bahasa Indonesia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. m/s. 61–62. ISBN 9792216812. OCLC 156874430.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ Wolfram, Walt; Schilling-Estes, Natalie (1998). American English: dialects and variation. Malden, Mass.: Blackwell. m/s. 13–16.