Wan Daud bin Wan Ismail al-Fatani

ulama kelahiran Pattani

Syeikh Daud bin Ismail al-Fatani (1860-an–1936) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Daud Khatib ialah seorang ulama Islam kelahiran Pattani.

Tok Syeikh

Daud Khatib
Kelahiran
Daud bin Ismail

1860
Pattani, Thailand
Meninggal dunia1936
Kota Bharu, Kelantan
DikebumikanKampung Banggol, Kota Bharu
Pendidikan
  • Hijaz, Semenanjung Arab
PekerjaanPengarang kitab, ulama

Latar belakang sunting

Syeikh Daud Khatib dilahirkan pada 1860. Bapanya, Ismail merupakan seorang pendakwah berasal dari Turki yang datang ke Aceh. Ibunya bernama Mariam yang berasal dari wilayah Kelantan-Patani yang merupakan saudara perempuan kepada Wan Cik binti Haji Muhammad Salih al-Fatani, ibu kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, dan saudara perempuan kepada Wan Aishah binti Haji Muhammad Salih al-Fatani, isteri kepada Tok Wan Ali Kutan.

Syeikh Daud menerbitkan beberapa penerbitan di Matbaah al-Miriyyah, Mekah, yang mana beliau merupakan individu kedua yang menjadi keutamaan selepas Syeikh Ahmad al-Fatani. Beliau pulang ke semenanjung Melayu kira-kira selepas tahun 1915.

Meninggal dunia sunting

Syeikh Daud meninggal dunia pada 13 Oktober 1936, di Kota Bharu, Kelantan, dan dikebumikan di Kampung Banggol, Kota Bharu.

Rujukan sunting

  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.