Wang Zhigang (Cina ringkas: 王志刚Cina tradisional: 王志剛pinyin: Wáng Zhìgāng; lahir October 1957) ialah seorang ahli politik China yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Sains dan Teknologi bagi negaranya.[1][2] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai pengurus besar kompleks industri ketenteraan kerajaan, China Electronics Technology Group Corporation.

Wang Zhigang
王志刚
Menteri Sains dan Teknologi
Memegang jawatan
19 Mac 2018
PremierLi Keqiang
Didahului olehWan Gang
Pengurus Besar China Electronics Technology Group Corporation
Dalam jawatan
September 2003 – April 2011
Digantikan olehLiu Liehong (刘烈宏)
Butiran peribadi
LahirOktober 1957 (umur 66)
Kaunti Dingyuan, Anhui, China
Parti politikParti Komunis China
Alma materUniversiti Xidian
Sekolah Parti Pusat Parti Komunis China

Wang dilahirkan di Kaunti Dingyuan, Anhui pada Oktober 1957. Pada Januari 1976, beliau dipindahkan ke komun Changshan di Chuzhou dalam program penetempatan semula, Gerakan Turun Desa oleh pihak pemerintah. Pada Oktober 1978, beliau diterima di Universiti Xidian dan lulus pada Julai 1982.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "China's new cabinet members endorsed". Chinadaily (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-19.
  2. ^ 科技部新任部长王志刚首次亮相 将让中国科技为世界作出贡献. CRI (dalam bahasa Cina). 2018-03-19.
  3. ^ 王志刚出任科学技术部部长. ce.cn (dalam bahasa Cina). 2018-03-19.