Whistle (lagu Blackpink)

"Whistle" (Korea: 휘파람) ialah lagu oleh kumpulan wanita korea Selatan Blackpink. Ia ini dikeluarkan sebagai single sebelah-A "Boombayah" yang bertajuk "Square One", pada 8 Ogos 2016 oleh YG Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Liriknya ditulis oleh Teddy Park, Bekuh BOOM, dan B.I dari iKon, dan muziknya digubah oleh Teddy, Future Bounce, dan Bekuh BOOM. Untuk mempromosikan single tersebut, Blackpink menampilkan "Whistle" dan "Boombayah" secara bersamaan dalam rancangan muzik SBS, Inkigayo pada 14 Ogos 2016. Lagu-lagu tersebut berjaya secara komersial, dan "Whistle" menduduki Gaon Digital Chart. Juga ditampilkan dalam episod Pilot episod The Freeform series "The Bold Type".

"Whistle"
Single oleh Blackpink
daripada album Square One
Sisi A"Boombayah"
Dilancarkan pada8 Ogos 2016 (2016-08-08)
FormatMuat turun digital
Genre
Panjang3:32
Syarikat
Penerbit
  • Teddy Park
  • Future Bounce
Kronologi single Blackpink
"Boombayah
(2016)"
""Whistle"
(2016)
"
"Playing with Fire
(2016)"
"Whistle" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan keluaran sunting

"Whistle" dikeluarkan pada 8 Ogos 2016 pada jam 8 malam KST (waktu Korea Selatan) sebagai single digital yang berjudul "Square One" bersama dengan "Boombayah" melalui pelbagai portal digital di Korea Selatan dan di iTunes untuk pasaran global.[1][2]

Muzik video sunting

Muzik video "Whistle" diarahakan oleh Beomjin J dari VM Project Architecture, yang juga mengarahkan "Monster" oleh EXO dan "The 7th Sense" oleh NCT U. Muzik video untuk "Boombayah" diarahkan oleh Seo Hyun-seung, yang juga mengarahkan "I Am the Best" oleh 2NE1 dan "Fantastic Baby" oleh Big Bang.[3] Single itu dimuatnaik di saluran rasmi Blackpink di YouTube pada 8 Ogos 2016.[4][5] Video tersebut tular dan popular, dan ditonton lebih dari sepuluh juta kali dalam tempoh lima hari.[6]

Pada 18 Ogos, video latihan tari untuk "Whitle" dan "Boombayah" dikeluarkan pada hari ke-20.[7] Tarian "Boombayah" dikoreografikan oleh penari terkenal Los Angeles Kyle Hanagami, yang sebelum ini telah mengkoreografikan tarian untuk Girls' Generation, f(x), Red Velvet dan Taeyeon.[8]

Promosi sunting

Dalam rangka mempromosikan "Square One", Blackpink membuat penampilan pentas pertama dengan membawakan "Whistle" dan "Boombayah" di SBS Inkigayo pada 14 Ogos 2016.[9][10] Seminggu kemudian pada 21 Ogos, Blackpink memenangi trofi pertama mereka dalam rancangan muzik Inkigayo untuk single "Whistle".

Ulasan kritis sunting

Jeff Benjamin dari Billboard K-Town mengatakan "mereka menyita perhatian hip-hop dan mereka siap mendapatkan peminat antarabangsa seperti rakan selabel mereka, Psy, Big Bang dan 2NE1. Beliau berkata, "Whistle" "menyajikannya dengan bersemangat dan jiwa muda dilantunkan melalui minimal drum 'n' bass dan tiupan wisel".[11]

Britanny Spanos dalam ruangan "10 Artis Baru yang Perlu Anda Ketahui: September 2016" di majalah Rolling Stone menyebutkan bahawa suara mereka merupakan "perpaduan sempurna" antara K-Pop dan A-town (Atlanta). Beliau mengatakan mereka akan sejajar dengan dengan para peminat CL, 2NE1, Ariana Grande dan Fifth Harmony, kelayakan terakhir kumpulan sukar didengari. Beliau mengatakan, "Semua low-end boom dan high-end tweet, "Whistle" rasanya seperti update serupa dengan Ying Yang Twins klasik "Whistle While You Twurk."[12]

Joey Nolfi dari Entertainment Weekly dalam "8 single terhangat di bawah radar dari artis pendatang baru yang perlu anda dengar sekarang," mengatakan lagu (Whistle) "dengan cepat berubah pantas, tidak terdengar sama sekali keluar dari tempat yang menduduki kedudukan yang tinggi di carta lagu Amerika."[13]

Persembahan komersial sunting

Di Korea Selatan, "Whistle" menduduki Gaon Digital Chart pada 7-13 Ogos, 2016 dengan grafik 150,747 muat turun – menempati peningkatan jumlah muat turun – dan 4,302,547 penstriman dalam talian.[14][15][16]

"Whistle" menduduki tangga 2 carta muzik Amerika Syarikat. Kedua-dua lagu mereka terjual sekitar 6.000 muat turun dan "Boombayah" terjual sedikit lebih banyak.[17][18] Di minggu kedua dalam carta muzik, "Whistle" berada di nombor 3 pada minggu 3 September 2016.[19]

Senarai runut sunting

Muat turun digital[20]
No.TajukSeni kataGubahanKomposerMasa
1."Whistle" (휘파람 Hwiparam)
  • Teddy
  • Future Bounce
  • Bekuh BOOM
  • Teddy
  • Future Bounce
3:32
2."Boombayah" (붐바야 Bumbaya)
  • Teddy
  • Bekuh BOOM
  • Teddy
  • Bekuh BOOM
Teddy4:01
Jumlah masa: 7:33


Carta sunting

Carta (2016-17) Kedudukan
carta
Filipina (Philippine Hot 100)[21] 95
Korea Selatan (Gaon Digital Chart) 1
US World Digital Songs (Billboard) [22] 2

Rujukan sunting

  1. ^ "앨범 정보>멜론". www.melon.com. Dicapai pada 2016-08-18.
  2. ^ "Square One – Single by BLACKPINK on Apple Music". iTunes. Dicapai pada 2016-08-18.
  3. ^ Chu, Yanchingsally (August 5, 2016). "Blackpink Discloses the Teaser Image of its First Song 'Boombayah'". BNT News.
  4. ^ BLACKPINK (2016-08-08), BLACKPINK – '휘파람'(WHISTLE) M/V, dicapai pada 2016-08-19
  5. ^ BLACKPINK (2016-08-08), BLACKPINK – '붐바야'(BOOMBAYAH) M/V, dicapai pada 2016-08-19
  6. ^ "BLACKPINK's View Count For "BOOMBAYAH" Soars Past 10 Million Views". Naver. August 12, 2016. Dicapai pada September 12, 2016.
  7. ^ BLACKPINK (2016-08-18), BLACKPINK – '휘파람(WHISTLE)' DANCE PRACTICE VIDEO, dicapai pada 2016-08-19
  8. ^ https://www.instagram.com/p/BI1x8kiBZvo
  9. ^ "BLACKPINK – '휘파람'(WHISTLE) 0814 SBS Inkigayo". 2016-08-14. Dicapai pada 2016-08-18.
  10. ^ "BLACKPINK – '붐바야(BOOMBAYAH)' 0814 SBS Inkigayo". 2016-08-14. Dicapai pada 2016-08-18.
  11. ^ Benjamin, Jeff (August 16, 2016). "Blackpink's Major Debut: New K-Pop Girl Group Lands No. 1 & 2 on World Digital Songs Chart". Billboard. Dicapai pada August 16, 2016.
  12. ^ Spanos, Brittany (September 14, 2016). "10 New Artists You Need to Know: September 2016 – Blackpink, Noname, Dua Lipa, Young M.A and more". Rolling Stone. Dicapai pada September 15, 2016.
  13. ^ Nolfi, Joey (September 28, 2016). "8 hot under-the-radar singles from emerging artists you need to hear now". Entertainment Weekly. Time Inc. Dicapai pada October 2, 2016.
  14. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2016-08-18.
  15. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2016-08-18.
  16. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai pada 2016-08-18.
  17. ^ "World Digital Songs : Aug 27, 2016 | Billboard Chart Archive". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-23. Dicapai pada 2016-08-18.
  18. ^ "Blackpink's Major Debut: New K-Pop Girl Group Lands No. 1 & 2 on World Digital Songs Chart". Dicapai pada 2016-08-18.
  19. ^ "World Digital Songs : Sep 03, 2016 | Billboard Chart Archive". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 2016-08-25.
  20. ^ "Square One" (dalam bahasa Korea). Melon. Dicapai pada August 18, 2016.
  21. ^ "BillboardPH Hot 100". Billboard Philippines. September 25, 2017. Dicapai pada September 25, 2017.
  22. ^ "Chart Search "Blackpink"". Billboard. Dicapai pada November 18, 2016.