Wikipedia:Calon rencana pilihan/2011

Januari 2011 sunting

Nota: Rencana lama (Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 09:20, 1 Januari 2011 (UTC)[balas]

Februari sunting

Arnab sunting

Sekali lagi, rencana mengenai bintang zodiak Cina tahun ini, macam harimau pada tahun lalu. Saya sedang berusaha mengisi pautan-pautan merah yang tinggal dalam rencana ini supaya rencana arnab cukup bermutu menjelang akhir bulan ini. – Fanatix (bincang) 16:43, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Mac sunting

Nota: Rencana lama (Kuala Lumpur) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 02:18, 2 Mac 2011 (UTC)[balas]

April sunting

Din Beramboi sunting

Saya cadangkan rencana ini sempena memperingati ulang tahun pertama pemergian pelawak kesayangan Malaysia. Berbanggalah peminatnya bahawa arwah dapat rencana yang serba lengkap. Ada 20 rujukan setakat ni. Pautan merahnya pun sedikit. – Fanatix (bincang) 09:30, 1 Mac 2011 (UTC)[balas]

Dari segi kualiti rasanya ok. Jadi jika sempat dibirukan bolehlah. ...Aurora... (b) 00:08, 16 Mac 2011 (UTC)[balas]
Setuju. — Alistaire | عليستير (bincang) 11:24, 20 Mac 2011 (UTC)[balas]

Din Beramboi terpilih. ...Aurora... (b) 02:48, 1 April 2011 (UTC)[balas]

Mei sunting

Perhimpunan Berparlimen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sunting

Saya calonkan rencana ini dan menandakannya sebagai pencalonan diri. — Alistaire | عليستير (bincang) 13:45, 21 Mac 2011 (UTC)[balas]

Masih terlalu banyak pautan yg merah. Sebahagian daripadanya, seperti KDNK dan UNHRC, sebenarnya dah wujud, manakala yg lain perlu dicipta. ...Aurora... (b) 14:41, 27 Mac 2011 (UTC)[balas]

Keputusan: Cuma satu pencalonan, namun tidak berjaya. Rencana lama (Tentera Laut Diraja Malaysia) dikitar semula. ...Aurora... (b) 14:36, 2 Mei 2011 (UTC)[balas]

Jun sunting

Korea sunting

Saya cadangkan rencana ini kerana ia mempunyai maklumat yang banyak dan tepat. Walau bagaimanapun, masih banyak pautan merah dalam laman ini. ...26 Ramadan... (b) 15:48, 12 Mei 2011 (UTC)[balas]

Masih ada banyak pautan merah lagi dalam rencana ini. Tambahan pula rujukannya terlalu sedikit. Tapi kalau anda sanggup memperbaiki rencana ini secara bersar-besaran termasuk menambah rujukan, rencana ini ada harapan untuk terpilih. - Hezery99 (bincang) 07:57, 12 Mei 2011 (UTC)[balas]

Keputusan: Cuma satu pencalonan, namun tidak berjaya. Rencana lama (Shin Megami Tensei: Persona 3) dikitar semula. ...Aurora... (b) 02:31, 31 Mei 2011 (UTC)[balas]

Julai sunting

Nota: Rencana lama (Opera) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 02:32, 30 Jun 2011 (UTC)[balas]

Ogos sunting

Islam sunting

September sunting

Serangan 11 September 2001 sunting

Bulan depan menandakan ulang tahun ke-10 satu peristiwa penting yang telah mengejutkan dan memilukan satu dunia. Rencana ini sesuai sekali dan cukup lengkap untuk mengenang ribuan mangsa yang terkorban dalam tragedi ini, tanpa mengira kaum, agama atau kewarganegaraan (termasuk Muslim dan rakyat Malaysia).

Namun begitu, masih ada pautan merah yang harus dibirukan dan sama-sama kita birukan sebanyak mana pautan merah dengan isi kandungan yang bermakna sebelum akhir bulan ini. Mesti banyak Wikipedia bahasa lain yang akan jadikan Serangan 9/11 sebagai rencana pilihan sempena ulang tahun ini, saya amat berharap versi BM ini tidak ketinggalan. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 16:03, 9 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Sokong. Saya tolong sikit2, tapi nampaknya masih banyak lagi. ...Aurora... (b) 07:09, 16 Ogos 2011 (UTC)[balas]
Saudara pun kena tolong sekali. Tapi secara alternatif, kita boleh tukar pautan yang merah menjadi teks biasa yang mana kita tak rasa penting untuk dijadikan rencana buat masa ini. "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 04:25, 19 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Oktober sunting

Nota: Rencana lama (Rancangan Malaysia Kedua) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 02:28, 3 Oktober 2011 (UTC)[balas]

November sunting

Wikipedia sunting

Saya cadangkan rencana Wikipedia menjadi rencana pilihan di Wikipedia. Kesian rencana ini tidak pernah menjadi rencana pilihan di laman web sendiri. --203.82.92.33. 13:24, 24 Oktober 2011 (UTC)

Tidak setuju. Isi rencana ini nampak ketinggalam zaman. Beberapa syarat rencana pilihan juga belum dipenuhi. ...Aurora... (b) 13:57, 26 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Keputusan: Cuma satu pencalonan, namun tidak berjaya. Rencana lama (Universiti Sains Malaysia) dikitar semula. ...Aurora... (b) 09:07, 31 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Disember sunting

Walt Disney sunting

Saya cadangkan rencana ini sempena menyambut ulang tahun ke-110 kelahiran seniman agung kartun dunia ini. Rencananya dikira cukup menyeluruh; cuma ada beberapa pautan merah yang perlu diisi, itu pun anda boleh tolong saya. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 16:01, 15 November 2011 (UTC)[balas]