Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib10/2006

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Rencana biografi pelajar-pelajar Akademi Fantasia

Nampaknya ada orang menganggap portal ini bukannya ensiklopedia dan memasukkan banyak rencana biografi pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Yang paling baru ini ialah rencana Velvet Lawrence Aduk. Kalau perbuatan ini tidak diberhentikan, portal Wikipedia Bahasa Melayu akan menjadi tong sampah. — PM Poon 11:30, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Itu berita lamalah PM Poon, bukan sahaja pelajar AF, banyak lagi orang2 yg tidak dikenali di sini. ...Aurora... 16:12, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Nampaknya saya ketinggalan zaman! Baru baca Velvet Lawrence Aduk dengan teliti. Itu hanya pelajar. Kalau boleh masukkan ke sini, saya juga nak masukkan bapak, mak, datuk, nenek, kakak, adik, anak, kawan, musuh, jiran, bapak punya saudara punya saudara punya anak punya kawan, dan manyak-manyak orang bukan tokoh juga, hehehe. — PM Poon 16:58, 4 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Saya rasa tidak menjadi masalah sekiranya rencana biografi pelajar-pelajar Akademi Fantasia diletakkan di sini, kerana mereka tergolong di dalam mereka yang dilitupi media. Ia tidak merosakkan Wikipedia bahasa Melayu, dan boleh dirujuk bagi mereka yang berminat dalam hal sedemikian. Asalkan isinya disusun dengan kemas dan rapi. Kita di sini perlu menggalakkan pengisian, dan bukannya menimbulkan sekatan yang berlebihan, sehinggakan orang takut hendak menyumbang. Lebih banyak lebih baik. Yosri 10:44, 11 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Yosri, adakah Wikipedia bahasa Melayu masih merupakan sebuah ensiklopedia atau kini hanya merupakan sebuah enpsikopedia, iaitu portal untuk mengumpulkan rencana, baik rencana berjenis ensiklopedia, mahupun tidak?

Sebenarnya pengerusi sesuatu pertubuhan pun tak layak dimasukkan dalam ensiklopedia kecuali dia telah mencapai sesuatu yang luar biasa. Apa lagi kalau mereka hanya merupakan seorang pelajar yang memenangi hadiah dalam pertandingan yang tak penting, kecuali kepada diri sendiri? Jika kita menggalakkan rencana seperti ini, Wikipedia bahasa Melayu akan hilang identitinya sebagai sebuah ensiklopedia dalam talian, dan kemudian menjadi tong sampah dalam talian! hehehe. Tak kan biografi pelajar boleh dicantumkan bersama-sama dengan Perdana Menteri dan tokoh-tokoh dalam bidang masing-masing, seolah-olah mereka merupakan kategori yang sama?!

Sebenarnya terdapat banyak yang boleh ditulis oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia mengenai bidang mereka, umpamanya jenis lagu, sejarah dan teknologi media, inovasi terkini, dan sebagainya. Mengapa nak menulis biografi, sedangkan rencana-rencana yang memanfaatkan masyarakat seperti yang tersebut diabaikan? Bukankah menulis biografi-biografi pelajar hanya merupakan sebuah usaha untuk menonjolkan diri (ego trip)? Mengapakah kita hendak membenarkan Wikipedia bahasa Melayu diperalatkan untuk kepentingan diri mereka?

Kita boleh menggalakkan setiap pelajar Akademi Fantasia mendaftarkan diri dalam Wikipedia bahasa Melayu dan menulis biografi sendiri dalam laman pengguna masing-masing. Kemudian, selepas mereka menjadi pengguna mendaftar, mereka boleh menulis rencana-rencana yang benar-benar memanfaatkan sebuah portal ensiklopedia. Kan cara ini lebih baik, berbanding membiarkan mereka menulis apa-apa yang disukai mereka. Mengenai persoalan ini, kecuali Wikipedia bahasa Melayu tidak hendak lagi merupakan sebuah ensiklopedia dalam talian, kita harus merujuk kepada amalan ensiklopedia-ensiklopedia yang lain, baik bercetak, mahupun dalam talian.

Dalam usaha mengembangkan portal ini, kita harus tidak hilang haluan kita. — PM Poon 11:41, 11 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon,
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Jadi, saya tidak ingin mematahkan minat masing-masing. Bukankan Wikipedia merupakan satu ensiklopedia bebas. Bebas di baca dan disumbang. Rencana pelajar Akademi Fantasia semestinya diminati oleh seseorang. Kalau tidak masakan ia membuang begitu banyak masa menulis mengenainya. Selain itu nama mereka juga disiarkan dalam media cetak dan eletronik. Jadi mereka adalah notable person. Saya tidak fikir, ia ditulis oleh pelajar itu sendiri memandangkan dia menyumbang beberapa rencana pelajar. Malah terdapat majalah yang dijual mengenai pelajar Akademi Fantasia, ramai yang menghantarkan SMS. Ini semua menunjukkan terdapat sebilangan besar yang meminati mereka. Selain itu, asalkan kandungannya diletakkan dalam format yang betul, saya rasa tiada halangan kerana Ensiklopedia dalam talian tidak mempunyai had. Sesiapa yang berminat, boleh mengikut pautan kelaman yang mereka minat. Yang tidak berminat, boleh mengabaikan sahaja pautan tersebut. Konsep saya adalah saya cuba mengelakkan censorship berkenaan hal yang remeh-temeh. Lihat sahaja Wikipedia Bahasa Inggeris.
Saya harap kita jangan terlalu over serius. Berikan sedikit kebebasan bagi mereka menyumbang minat masing-masing. Bertenang dan biarkan mereka yang berminat mengenai hiburan, menulis mengenai hiburan, yang minat perubatan, menulis mengenai perubatan, dan yang minat burung menulis mengenai burung.... Asalkan jangan burung kena tembak sudah...Yosri 00:36, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Hai Yosri, sebenarnya saya memang amat menentang biografi kumpulan-kumpulan muzik tempatan yang tidak masyhur. Saya cuma takut bahawa imej portal ini akan turun jika rencana-rencana bukan ensikopedia tidak disekat. Mungkin kita kena mengadakan satu pemungutan suara, hehehe, nama besar dan silap bagi tinjauan pendapat. Jika semua pengguna bersetuju, saya akan menulis biografi-biografi untuk anda, Aurora, Che Det, Didie, Master2841, Polar, Siber79, dan jiran saya yang selalu bernyanyi ketika bermandi, hehehe. — PM Poon 01:05, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Maksud "Ensiklopedia bebas"

Hai Yosri, saya sekarang baru mendapat tahu tentang punca percanggahan pendapat kita. Adakah tafsiran istilah "ensiklopedia bebas" anda sebagai "Bebas di baca dan disumbang" itu tepat? Nampaknya tafsiran itu langsung tak terhingga. Maka saya nak tulis diari saya di sini kerana saya memang berminat mengenai diari saya, hehehe. — PM Poon 01:54, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Kalau anda memenuhi syarat di bawah apa salahnya.

  • Has been featured in multiple non-trivial published works in reliable and reputable media (excludes things like school newspapers, personal blogs, etc...).
  • Has been the subject of a half hour or longer broadcast on a national radio network.

Adalah satu fakta bahawa Pelajar Akademi Fantasia memenuhi 2 syarat di atas oleh itu lulus untuk dimasukkan. Ini bukan sekadar pendapat peribadi.

Bebas disumbang, bererti asalkan dalam format yang betul, tidak berunsur negetif (pungutan suara antara penyelia sekiranya terdapat kekaburan), dan memenuhi syarat (notable person) minima seperti di atas, jalan sahaja. Saya mengamalkan prinsip laizzes-fair. Sumbanglah apa sahaja asalkan berguna dan tidak membawa pengaruh negetif. Yosri 05:02, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Hai Yosri, anda menekankan perkataan di belakang tetapi terlupa perkataan di depan. Perkataannya ialah "ensiklopedia bebas", bukannya "bebas" sahaja. Jika pelajar Akademi Fantasia menetapi salah satu syarat yang anda tunjuk di atas, memang biografi mereka layak, mengikut garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris. Hanya masalahnya adakah pelajar Akademi Fantasia betul-betul menetapi syarat ini. Apakah buktinya, dan haruskah bukti ini ditulis dalam rencana biografi mereka untuk mengelakkan kesangsian?
Bagaimanapun, saya berasa kalau "XXX adalah sebuah kumpulan rock yang mengenegahkan lagu-lagu di dalam Bahasa Melayu. Kumpulan ini sudah wujud sejak dari tahun 1999 lagi." boleh diterima sebagai satu rencana Wikipedia bahasa Melayu, apa-apa pun boleh diterima, hehehe. — PM Poon 07:21, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya, kriteria-kriteria yang disenaraikan mempunyai konsep tersirat yang boleh dinampak daripada kriteria yang berikut:

Major local political figures who receive significant press coverage. Just being an elected local official does not guarantee notability.

Dengan itu, kita boleh menganggap bahawa sesuatu jenis biografi mesti mempunyai keeksklusifan (exclusivity). Jika terdapat juga kilang perdana menteri, maka hanya perdana menteri yang termasyhur boleh dimasukkan sebagai bahan ensiklopedia. Dengan kata yang lain, bukannya semua pelajar Akademi Fantasia tidak boleh dimasukkan. Sebaliknya, yang paling cemerlang (outstanding) harus dimasukkan. Pendirian ini adalah berbeza dengan pendirian bahawa asalkan mereka merupakan pelajar Akademi Fantasia, mereka boleh dimasukkan. Wikipedia bukannya saluran pengiklanan untuk Akademi Fantasia. — PM Poon 08:05, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Biar kita pisahkan antara fakta dan pendapat.

  • Fakta, kesemua pelajar Akademi Fantasia telah keluar beberapa akhbar utama ('Malaysia'), walaupun mungkin bukan di negara lain. Selain itu terdapat majalah dairi yang memaparkan minat dan segala macam hal mengenai diri mereka yang dijual di Malaysia, dengan itu mereka layak sebagai notable person kerana "receive significant press coverage". Wikipedia tidak mengiklankan mereka. Mereka sudah diiklankan, dan Wikipedia hanya merekodkan apa yang telah disiarkan oleh akhbar / majalah tersebut. Saya tidak berminat membeli majalah sedemikian, hanya untuk melengkapkan rencana di Wikipedia, tetapi kalau ada yang hendak melakukannya, saya tidak kisah.
  • Tambahan rencana sedemikian tidak mengganggu rencana utama, kerana hanya mereka yang berminat mengikut pautan kepada laman tersebut, atau menyumbangkan rencana berkenaan mereka. Mereka yang tidak berminat (antaranya saya sendiri) tidak perlu menyumbang, cuma memantau agar menurut format piwaian.
  • "XXX adalah sebuah kumpulan rock " hanyalah petikan yang dalam ingatan saya. Sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada akhbar tempatan untuk kumpulan dan tahun tersebut dan menulis panjang lebar mengenainya di sini. Jumlah pemuzik, nama, tarikh lahir, minat, lagu mereka, kejayaan mereka, album mereka, anugerah mereka, saiz kasut mereka, dan lain-lain hal yang saya tak ambil peduli. Tetapi nyata sekali orang itu bukannya saya atau PM Poon.

Saya harap anda tidak berkecil hati, kerana ini bukannya hal peribadi. Saya hanya ingin melihat Wikipedia bahasa Melayu terus berkembang dengan lebih pesat, kerana pada masa ini ianya terlalu perlahan menurut pendapat saya. Yosri 00:34, 13 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Kecil hati? Taklaaaa. Portal ini pun bukan bapak saya punya. Cuma mengutarakan pendapat saya sahaja. Saya cuma berasa hairan bahawa sebuah kilang penyanyi boleh mengambil sebahagian besar portal ini, hehehe. Lagi pun, saya amat susah nak percaya kesemua mereka mendapat multiple non-trivial published works. Nampaknya, mereka lagi popular berbanding ahli politik, hehehe. Kan kilang itu akan mengeluarkan lagi banyak penyanyi? — PM Poon 02:51, 13 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Nampaknya ada orang kecil hati dan menambah banyak stub penyanyi :? ...Aurora... 08:27, 16 Oktober 2006 (UTC)[balas]
Biarkan dia puaskan hatinya. Sekurang-kurangnya bertambah lagi rencana kita walaupun rencana stub... (Walaupun dulu rasanya dia yang menentang rencana stub yang jenis begitu. Erm.) Biarlah. Asalkan kita semua bahagia. — Polar 13:12, 16 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Censorship!!!

Saya rasa perlu ada censorship dalam gambar-gambar yang dimuat naik ke dalam wikipedia untuk mengelakkan daripada dilihat oleh pengguna-pengguna bawah umur, kerana gambar yang dimuat naik itu agak grafik. Ini merujuk kepada halaman 'kulup'

Pengguna Wikipedia

Wikipedia adalah wadah mendapatkan ilmu yang ditujukan kepada mereka yang matang (18 tahun ke atas.) Oleh itu, censorship hanya akan dilakukan pada gambar yang terlalu grafik. Bagaimanapun bagi imej yang kurang enak dilihat, amaran akan diletakkan di bahagian atas bahawa ianya tidak sesuai bagai mereka yang berusia 16 tahun kebawah. Ini berdasarkan alasan, gambar tersebut akan masih dapat di capai di rangkaian Wikipedia bahasa lain walaupun di censorship di Wikipedia bahasa Melayu. Yosri 10:39, 11 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Apakah masalah yang sebenarnya? Jika masalahnya hanya berkenaan dengan bulu, saya boleh menghapuskannya dengan Photoshop, hehehe. — PM Poon 11:44, 11 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Kalau di tv atau wayang, babak2 tersebut dah lama dipotong, kalau tak kena sekat. Saya rasa gambar2 sebegitu tak payahlah diletak di sini, kalau nak tengok sangat, pergilah cari di wikipedia lain. ...Aurora... 05:47, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Pendirian Aurora ialah "Biar gambarkan dengan perkataan, tetapi jangan, jangan gambarkan dengan gambar." Adakah tafsiran saya tepat, Aurora?

Namun pendapat saya adalah: "Kalau tak boleh digambarkan dengan gambar, biar jangan masukkan sama sekali dalam Wikipedia bahasa Melayu, iaitu biar jangan gambarkan perkara ini sama sekali, baik dari segi gambar mahupun dari segi perkataan." (Cuma memainkan devil's advocate, hehehe).

Sebenarnya, persoalan ini memang rumit (bukan potong jelas (clear cut) seperti pelajar Akademi Fantasia). Setiap sudut pandangan memang mempunyai penyokong masing-masing. — PM Poon 07:50, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Saya sebenarnya tidak menggalakkan langsung yang gambar-gambar yang berunsur agak kurang baik dan lucah. Di tv dan panggung wayang juga, penanyangan gambar-gambar sebegitu disekat, mungkin diharamkan kerana gambar sebegitu ialah 18SX. Seolah-olah jika meletakkan gambar sebegitu dan orang yang ingin melihatnya walaupun sudah matang seperti dianggap "gatal". Imej ms.wikipedia di sini akan jatuh jika tidak dibiarkan. Walau di mana saja pun, elakkanlah melihat gambar2 sebegitu. Berdosa apabila melihat orang itu mendedahkan aurat juga orang yang mendedahkan aurat sendiri bagi umat Islam. Janganlah beranggapan yang saya ini hendak berceramah di sini tetapi sekadar peringatan sahaja. Okay, saya tidak mahu cakap panjang-panjang mengenai perkara ini lagi! - Didie 09:27, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Untuk perbincangan sahaja: Gambar-gambar dalam rencana Kulup itu langsung tidak elok. Sebenarnya, saya nak muntah apabila melihatnya, khususnya gambar kedua. Walaupun demikian, saya berpendapat bahawa niat adalah amat penting. Jika sesuatu gambar bertujuan untuk memberikan maklumat untuk peluasan pengetahuan, itu harus diterima.

Sebenarnya kesemua ini berdasarkan persepsi atau tanggapan seseorang. Banyaknya orang yang melihat orang asli wanita di kawasan luar bandar yang tidak berpakaian baju tanpa berasa sebarang nafsu berahi. Tetapi kalau wanita itu merupakan wanita bandar, baik orang asli mahupun tidak, perasaan mereka adalah berlainan. Serupa juga dengan pakaian bikini. Kalau kita melihat orang memakai bikini di pantai atau kolam berenang, kita menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa sahaja dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang hairan. Apa kata anda kalau anda melihat seorang wanita pergi shopping dengan berpakaian bikini di Sungai Wang Plaza?

Pada suatu ketika, seseorang lelaki Jepun akan berasa berahi apabila melihat bahagian belakang leher (nape) wanita kerana bahagian itu selalu tersembunyi. Serupa juga dengan orang Cina kuno apabila melihat mata kaki wanita. Kan semua ini berdasarkan pelaziman (conditioning)?

Kini, arah aliran adalah untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pendidikan seks pada peringkat awal. Banyaknya remaja yang tidak mempunyai cukup pengetahuan yang terlibat dalam hubungan seks kerana tidak berpengetahuan. Oleh itu, saya berasa pada ahem.... pada zaman moden ini, kita harus lebih berpandangan luas. Bagaimanapun, ini adalah sesuatu persoalan yang subjektif. Bukannya semua orang yang menyokong pendidikan seks pada peringkat awal, walaupun kecenderungannya adalah ke arah ini selepas terdapat banyak penyakit kelamin seperti AIDs dan sebagainya. — PM Poon 10:13, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Oleh kerana isu ini mendapat banyak reaksi daripada penyelia, saya syorkan ia di undi samaada gambar tersebut hendak dikekalkan, atau diletakkan sebagai pautan bagi sesiapa yang hendak merujukkannya. Pandangan penyelia di atas akan dikira sebagai satu undian dan penyelia lain diharap dapat memberikan pandangan mereka selanjutnya. Undian akan ditutup pada akhir bulan. Yosri 00:19, 13 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Saya rasa lebih wajar jika diletakkan pautan ke gambar bagi sesiapa yang ingin merujuk kepadanya. — Master2841 06:28, 13 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Pada saya tiada masalah ...cuma oleh kerana adalah ilmiah maka adalah lebih baik gambar ini terhad kepada unit tertentu...bagi saya kitalah yang harus membetulkan artikel ini supaya ianya menjadi ilmiah...bukan berlebih-lebihan... che 13:38, 16 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Wiki-id juga sedang membincangkan perkara ini di Warung Kopi mereka. ...Aurora... 15:24, 18 Oktober 2006 (UTC)[balas]



Pada hemat saya, amaran yang dipaparkan di atas halaman yang berkaitan langsung tidak berfungsi kerana gambar sudah jelas terpampang sebelum pengguna habis membaca amaran tersebut. Kalaupun ingin meletakkan amaran, mungkin patut menggunakan cara yang lebih baik. Saya kurang mahir dalam bab-bab pengurusan halaman web, jadi saya kurang pasti apa cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini.

--Coljames 15:30, 18 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Tentang Kamus Karyanet

Kamus Karyanet baru okey tadi selepas tidur sejak seminggu, iaitu sejak tengah hari Rabu, 4 Oktober. Saya telah mencadangkan bahawa Dewan Bahasa menamatkan usaha samanya dengan IGD Hitech Corp. Sdn. Bhd., dan mereka telah menjawab seperti berikut:

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan/puan tentang karyanet. Semua masalah tersebut memang dalam pengetahuan kita. Untuk makluman, projek ini melibatkan juga syarikat swasta kerana memenuhi syarat daripada MIMOS (projek ini dibiayai oleh MIMOS). Penempatan pelayan (server) pula diuruskan oleh pihak ketiga. Saya (DBP) sudah lama memikirkan untuk menguruskan sendiri portal karyanet, tetapi saya perlu meneliti terma-terma dalam perjanjian. Bukan mudah untuk menamatkan perjanjian. Saya sudah menghubungi syarikat (pihak ketiga) pada hari Isnin untuk menggunakan budibicara dan ehsan mereka agar menyambung semula talian (port) karyanet. Pada masa e-mel ini ditulis, karyanet sudah boleh beroperasi. Perbincangan masih lagi berjalan. Harap maaf atas segala kesulitan yang tak dapat kami elakkan. Saya menjangkakan bahawa pada awal tahun 2007, pengurusan baru karyanet akan menjadi kenyataan. Terima kasih atas sokongan tuan/puan.
Jamaluddin Mohd Sulong
Ketua Bahagian Multimedia
03-21481423
PM Poon, si Hantu 07:17, 11 Oktober 2006 (UTC)[balas]



A musician or ensemble (note that this includes a band, singer, rapper, orchestra, hip hop crew, DJ, musical theatre group, etc.) is notable if it meets any one of the following criteria:

  • Has had a charted hit on any national music chart, in at least one large or medium-sized country. [1]
  • Has had a record certified gold or higher in at least one large or medium-sized country.
  • Has gone on an international concert tour, or a national concert tour in at least one large or medium-sized country,[1] reported in notable and verifiable sources.[2]
  • Has released two or more albums on a major label or one of the more important indie labels (i.e. an independent label with a history of more than a few years and a roster of performers, many of which are notable).
  • Has been featured in multiple non-trivial published works in reliable and reputable media (excludes things like school newspapers, personal blogs, etc...).
  • Contains at least one member who was once a part of or later joined a band that is otherwise notable; note that it is often most appropriate to use redirects in place of articles on side projects, early bands and such.
  • Has become the most prominent representative of a notable style or the local scene of a city (or both, as in British hip hop); note that the subject must still meet all ordinary Wikipedia standards, including verifiability.
  • Has won a major music award, such as a Grammy, Juno or Mercury Music Award.
  • Has won or placed in a major music competition.
  • Has performed music for a work of media that is notable, e.g. a theme for a network television show. (But if this is the only claim, it is probably more appropriate to have a mention in the main article and redirect to that page.)
  • Has been placed in rotation nationally by any major radio network.
  • Has been the subject of a half hour or longer broadcast on a national radio network.

Kita tidak perlu mengikut 100%, tetapi keterlaluan yang sebaliknya juga harus dielakkan.PM Poon 01:34, 12 Okt 2006 (UTC)

Takrif istilah

Setelah membuat banyak perdebatan dalam talian, baik di Wikipedia bahasa Melayu mahupun di mana-mana satu portal, saya mendapati bahawa takrif "sudut pandangan" adalah seperti berikut:

sudut pandangan yang betul
sudut pandangan dianggap betul oleh seseorang jika sudut pandangan itu adalah bersepadan dengan sudut pandangan yang dipegangnya
sudut pandangan yang salah
sudut pandangan dianggap salah oleh seseorang jika sudut pandangan itu bercanggah dengan sudut pandangan yang dipegangnya
sudut pandangan berkecuali
sudut pandangan yang dipegang oleh seseorang
sudut pandangan tak berkecuali
sudut pandangan yang tidak dipegang oleh seseorang, hehehe.

Bagaimanapun, inilah sikap manusia. Tak kan kalau dia tahu bahawa sudut pandangannya salah atau tidak berkecuali, dia nak memegangnya? .... kecuali dia mendapatinya salah hanya selepas dia membentangkannya. Dalam kes tersebut, dia "terpaksa" mempertahankan pendiriannya supaya tak jatuh air muka. Sehingga sekarang, saya jarang mendapati manusia yang sudi mengaku salah. Kalau salah, mereka terus hilang tanpa membuat sebarang pengakuan, hehehe.

Manusia yang penuh diplomasi tidak mengemukakan pendapat mereka jika pendapatnya bercanggah dengan orang lain, khususnya orang-orang yang penting. Mereka akan diam-diam sahaja atau akan menyokong pendapat orang lain, walaupun mereka tidak bersetuju dengan pendapat itu. Yang lebih mempunyai hati naluri akan mencuba mencari fakta-fakta yang bersependapat, dan biarkan fakta-fakta yang bercanggah, hehehe. — PM Poon 09:15, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Di mana-mana satu masyarakat, terdapatnya penyokong Liberalisme, Konservatisme, Sosialisme, Komunisme, dan sebagainya. Dengan sedemikian, apakah sudut pandangan yang betul?

Sudut pandangan yang betul adalah sudut pandangan yang dipegang oleh orang ramai, khususnya orang yang memegang kuasa. Bukannya banyak orang di China suka akan komunisme, tetapi terpaksa mengikut kerana orang yang memegang kuasa menyokong komunisme. Dalam pemegangan kepercayaan komunisme juga terdapat banyak jenis, iaitu kiri, kanan, tengah kiri, tengah kanan, depan, dan belakang, hehehe. Deng Xiaoping dihukum sebanyak tiga kali oleh Mao Zedong, tetapi selepas kematian Mao, Deng merupakan tokoh yang paling terutama di China dan melurukan China ke barisan depan ekonomi dunia sehingga ekonomi kita di sini terjejas. Bagi saya, biar China di bawah Mao, hehehe.

Dengan pendek kata, tidak adanya sudut pandangan yang betul atau salah. Kalau semua orang mendesak bahawa hitam ialah putih, maka hitam menjadi putih. Jika semua orang mendesak bahawa salah ialah betul, maka yang salah menjadi betul, hehehe. — PM Poon 10:46, 12 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Hello,

I am a French Wikpedian fr:User:Vargenau (where I am sysop), here User:Vargenau, and I ask for permission to use robot User:Escarbot.

This robot will only be used to make interwikis (using pywikipedia interwiki.py). I already have robot status on fr: nl: sr: ht: da: pt: is: it: li: sv: sk: na: be: ja: ro: lb: zh-min-nan: de: bg: bs: la: mk: hr: pl: ru: fa: eo: tr: ku: fi: vi: ca: ka: en: bn: el: ia: az: zh-yue: no: csb: an:

You can check the edit already made by my bot in Special:Contributions/Escarbot

Thank you for your support.

Vargenau 01:25, 20 Oktober 2006 (UTC)[balas]

No objection from me. ...Aurora... 09:30, 20 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Cara memulakan wikipedia

Saya berminat untuk mengetahui lanjut cara mengendalikan wikipedia ini sebab berminat membuka satu laman wiki seumpama ini. Ada sesiapa yang boleh membantu?

Hai pengguna tidak berdaftar! Anda boleh memulakan wikipedia baru dengan merujuk kepada laman ini. — Master2841 07:01, 20 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Kurangkan pindah bahasa artikel bahasa lain dan banyakkan artikel berkenaan Malaysia

Salam kepada warga wikipedia sekalian. Saya ingin memberikan pendapat dan komen mengenai wikipedia berbahasa Melayu ini. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan artikel yang berada dalam wikipedia bahasa Melayu ini adalah hasil pindah-bahasa daripada artikel wikipedia bahasa inggeris. Namun, saya melihatkan terdapat user yang melakukan kerja tidak lengkap dan hampir kebanyakan artikel adalah berdasarkan negara lain. Contohnya, artikel mengenai Kenaikan harga minyak pada 2004-2006, fakta-fakta dan ulasan adalah berkisar kepada negara Amerika Syarikat dan tiada satu pun berkaitan malaysia atau negara-negara sebahasa. kita perlu berhenti atau kurangkan pindah-bahasa artikel dari bahasa dan seharusnya memulakan untuk menulis sendiri artikel yang boleh mendatangkan manfaat kepada pembaca. Kualiti yang mesti diberi keutamaan dan bukan kuantiti.--Qiqidh 13:10, 24 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Tiada ada halangan untuk anda mulakan. Mungkin anda boleh mulakan, bukannya sekadar mengharap usaha orang lain. Yosri 09:34, 27 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Wikimania 2007 Team Bulletin

Published by the Wikimania 2007 Taipei Team, Wikimania 2007 Team Bulletin provides the latest news of the Team's organizing work to everyone who is interested in Wikimania; it also gives the Team chances to announce calls for help/participation, so assistance in human and other resources can be sought in a wider range. Team Bulletin is published at the official website of Wikimania 2007 and released to the public domain. Issue 1 and Issue 2 has already published.--218.166.212.246 02:04, 29 Oktober 2006 (UTC)[balas]

  1. ^ a b There are, at present, no precise definitions of a "small", "medium" or "large" country in this context. However, a very limited definition of "small" will generally be used, excluding only a few of the world's smallest countries.
  2. ^ The application of this criterion is disputed; see discussion on talk page.