Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Cadangan untuk satu perubahan sistem

Sebenarnya sudah hampir setahun saya ingin cadangkan ini tapi selalu lupa. Cadangan ini ialah membenarkan pengguna yang disekat untuk menyunting laman perbincangan sendiri ketika log masuk. Wikipedia Bahasa Inggeris sudah ada fungsi ini, dan kalau saya tidak tersilap, Wikipedia Bahasa Indonesia juga ada. Dengan fungsi ini, seseorang pengguna yang telah disekat, boleh menyunting laman perbincangan sendiri ketika log masuk.

Setakat ini, kalau seseorang pengguna telah disekat, dia tidak boleh menyunting apa-apa laman, termasuk laman perbincangan sendiri. Jika dia ingin merayu untuk dinyahsekat, maka dia harus log keluar dan menyunting secara tanpa nama. Tetapi masalahnya - kalau IPnya juga disekat? Apa kalau pengguna tanpa nama itu sebenarnya orang lain? Susah nak cakap kan.

Jadi saya tetap berasa, adalah lebih baik pengguna itu sendiri dapat menyunting laman perbincangan sendiri dengan akaun sendiri, supaya penyelia pasti bahawa itu memangnya dia tulis (kalau ada orang hack dia punya akaun itu cerita lain lah). Namun penyelia di sini tidak boleh melakukan perubahan ini (kalau boleh dah lama saya buat lah, kan dulu saya penyelia). Jadi, saya inginkan sebuah pilihanraya dijalankan untuk memutuskan sama ada perubahan ini dilakukan. Kalau cadangan ini mendapat sokongan yang cukup, saya akan pergi ke Bugzilla untuk membuat permintaan, supaya developer buat untuk kita. Dulu saya pernah membuat permintaan ini tetapi mereka meminta saya supaya mendapat persetujuan di sini. Terima kasih. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 08:04, 25 Ogos 2008 (MST)

Nampaknya saya memang setuju dengan cadangan Mr Edmund. Tapi bagaimana pula dengan akaun saya di wiki he. Sepatutnya wiki he buat camtu. Sebab sekarang ini saya masih disekat di wiki tersebut. Saya cuba mintak diorang nyahsekat saya sementara, pastu sekat saya balik utk sunting laman saya (cth perbincangan dan laman pengguna), tapi tu pun diorang tak beri belas kasihan. ~Emo ~emo. — Imran Al-Sahih 08:16, 25 Ogos 2008 (MST)

kat mana nak buat sokongan ni(pilihanraya tu)?--Adikhebat (bincang) 08:19, 25 Ogos 2008 (MST)

Saya mendapati bahawa Wikipedia Bahasa Ibrani juga membuat permintaan ini tapi saya tak pasti sama ada ini, saya tak faham. Apapun, Imran cuba anda log masuk ke sana dan sunting laman perbincangan sendiri? Dan untuk Adikhebat, pilihanraya itu belum buka. Tunggu penyelia buka. Biasanya Didie yang buat kerja ini. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 08:25, 25 Ogos 2008 (MST)

Untuk apa dibenarkan menyunting laman perbincangan sendiri? Membela diri? Kalau dia kena sekat, tu salah dia la. Dah dia yang melakukan vandalisme. Kalau penyelia mahu menyekat nombor IP, dia boleh membenarkan akaun baru dibuka, supaya kalau pengguna nombor IP itu tidak bersalah, dia boleh buka akaun baru dan terus menyunting dengan akaun itu. Kalau dia mahu merayu, dia boleh menggunakan fungsi e-mel dan menghubungi si penyelia yang menyekatnya. If it ain't broke, don't fix it.—Aviator, 08:42, 25 Ogos 2008 (MST)

Tetapi kadangkala sekatan boleh menjadi contoversial. Jadi kalau pengguna itu berasa sekatan itu terlalu kejam, kan dia boleh merayu supaya meringankan hukuman, atau merayu untuk dinyahsekat apabila dia rasa dia layak dibebaskan? Kadangkala juga salahMaaf tersalah guna kata pulak :-P --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 22:47, 25 Ogos 2008 (MST) susah nak cakap sama ada pengguna itu memang bersalah, kerana mungkin ada salah faham, atau penyelia itu salah guna kuasa (it's abuse of power!) dan perkara ini memang pernah berlaku. Kalau Wikipedia Bahasa Inggeris ada "kasih sayang", kenapa kita tak boleh? Dunia Barat memanglah law-by-law kalau berbanding dengan negara kita. Dan anda tidak boleh mengharapkan dia hantar e-mail, apa kalau dia tak tetapkan e-mel? Bukan semua pengguna yang disekat mahir berwiki tau. Kan lebih baik kalau permintaan/rayuan menjadi terbuka? Dan bukan saja boleh merayu, malah kalau ada orang berhubung dengannya, dia boleh menjawab dalam laman perbincangan sendiri. So I think it is broken, so I wish to fix it. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 08:11, 25 Ogos 2008 (MST)

Habis, Mr Aviator, kalau camtu saya pun boleh cakap tentang anda. Anda disekat kat Ensiklokamus, memang patut pun anda kena sekat. Sebab anda melakukan vandalisme. Marah tak kalau saya cakap kat anda, Mr Aviator, mengenai perkara ini?? Semestinya marah. betul tak?! Jadi apa yang Mr Edmund cakap memang betul, kadangkala sekatan boleh menjadi kontroversial. Kalaulah pengguna tersebut disekat dengan bukti kesalahan yang nyata, kalau boleh sekatlah paling lama 1 tahun. — Imran Al-Sahih 08:22, 25 Ogos 2008 (MST)
Saya boleh sunting laman perbincangan saya di wiki he, tapi tak boleh sunting laman pengguna saya. Walau apapun, terima kasih atas pesanan anda, Mr Edmund. — Imran Al-Sahih 08:32, 25 Ogos 2008 (MST)
Penyelia sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum menyekat pengguna. Baru tak ada salah faham. Kalau salah guna kuasa, pecatlah jawatannya. Yang broken ialah (1) pengguna yang melakukan vandalisme dan (2) penyelia yang salah guna kuasa. Cara nak baiki masalah ini: pengguna yang melakukan vandalisme disekat, dan penyelia yang salah guna kuasa dilucutkan jawatan. Setiap pihak kena jagalah amanah masing-masing. Other than that, sistem yang sedia ada tidak broken. Tapi saya tak kata pula cadangan itu tidak bagus.
Ya Imran: Saya tak pernah melakukan vandalisme di mana-mana wiki. Saya disekat di sana bukan kerana vandalisme, tapi tuannya mahu halau saya.—Aviator, 19:01, 25 Ogos 2008 (MST)
Sekiranya ada penyelia menyekat tanpa bukti, sila kemukakan bukti bagi rayuan. Saya pernah menyekat seorang pengguna, tetapi melepaskan apabila dirayu bagi pihak, oleh penyelia lain. Jangan terlalu banyak peraturan sehingga penyelia takut bertindak, nanti bermaharajalela vandal. Rayuan boleh dikemukakan bagi pertimbangan semula. Bagaiamanapun, cadangan membenarkan pengguna yang disekat untuk menyunting laman perbincangan sendiri ketika log masuk juga baik untuk tujuan rayuan. Yosri (bincang) 19:15, 25 Ogos 2008 (MST)
Satu kemungkinan yang perlu difikirkan adalah pengguna itu berterusan menggunakan laman perbualannya bagi mencaci, kerana laman itu tidak dapat disekat. Perlu pertimbangan sebelum dilaksanakan. Yosri (bincang) 19:17, 25 Ogos 2008 (MST)
Pada pandangan saya, buat apa seseorang penyelia ingin menyekat IP seseorang selama-lamanya. Biasanya sekat beberapa jam sudah memadai. Namun begitu, steward biasanya akan menyekat IP selama-lamanya. Diagramma Della Verita (bincang) 19:29, 25 Ogos 2008 (MST)

Anyway, laman perbincangan dan laman pengguna kita sendiri milik kita sendiri, jadi apa salahnya kita benarkan si pelaku musnah itu sunting laman perbincangan dia sendiri? Saya juga berharap agar pada masa yang akan datang terhadap juga teknologi yang membenarkan pengguna yang disekat untuk menyunting laman pengguna sendiri. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 22:45, 25 Ogos 2008 (MST)

Seperti saya kata di atas, kalau pengguna itu mula memaki-maki dalam laman itu, macam mana kita nak sekat dia nanti? Yosri (bincang) 00:00, 26 Ogos 2008 (MST)

Kalau tak salah saya, Wikipedia Bahasa Inggeris ada fungsi banning, mengharamkan pengguna itu supaya dia tidak dapat menyunting laman perbincangan sendiri juga. Tapi biasanya perkara ini tidak berlaku. Saya rasa pengguna yang memaki hamun seperti yang anda kata itu bukanlah pelaku musnah yang biasa, dan biasanya pengguna yang bermasalah dengan pengguna lain tentang suntingan laman-laman yang tertentu, seperti mereka yang terlibat dalam peperangan suntingan (edit war). Pelaku musnah yang biasa akan berhenti pada disekat, tapi kemudahan yang saya cadangkan ini adalah untuk mereka yang memang memerlukan kemudahan ini, terutamanya mereka yang memang insaf, dan mereka yang menjadi mangsa penyalahan guna kuasa penyelia. Jangan risau Tuan Yosri, selama ini maki hamun yang anda maksudkan macam tak pernah berlaku kat sini ye... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 00:34, 26 Ogos 2008 (MST)

Perlu buat undian kah? Saya setuju saja. — クルニア[binc|sumb] 01:04, 26 Ogos 2008 (MST)
Saya baru cantas 1 pengguna yang tidak diajar mak bapaknya, selepas tiga kali memaki. Yosri (bincang) 01:12, 26 Ogos 2008 (MST)

Tapi adakah pengguna itu memaki hamun dalam tempat dia sendiri? Kalau pengguna ini memaki hamun dalam laman perbincangan sendiri barulah masalah, kalau tidak (i.e. memaki hamun di laman perbincangan orang lain, atau melalui vandalisme terhadap laman-laman) ini bukannya masalah kerana sekatan akan menyelesaikan masalah ini. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 02:07, 26 Ogos 2008 (MST)

Alaaaaaaaaaaaaaaaa......... tak faham rupanya budak ini. Maksud saya, orang sebegitu memang ada dalam dunia ini. Jadi jika dia disekat, tetapi dia masih boleh menyunting dalam laman perbincangan, apa kah langkah yang boleh dilakukan bagi menghentikan pengguna sebegini jika dia berterusan mencarut dalam laman perbincangan sendiri nanti. Ini kerana laman perbincangan sendiri tidak boleh disekat seperti cadangan di atas.... Dah faham.... ? Yosri (bincang) 00:24, 27 Ogos 2008 (MST)

Saya bukannya tak faham. Saya cuma tidak tahu sama ada pengguna itu memang memaki hamun dalam tempat sendiri. Kalau memang ada pun perkara ini sangat jarang berlaku. begini rasanya kita juga perlu ada fungsi pengharaman seperti Wikipedia Bahasa Inggeris - takkan enwiki tak pernah fikirkan masalah ini? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 01:16, 27 Ogos 2008 (MST)


Kalau faham, jarang bukan pointnya. Pointnya, jika anda berikan kebenaran, ia akan berlaku. Jadi apa yang anda akan buat untuk tanganinya. Takkan nak melopong saje. Atau nak tunggu kena maki berbakul-bakul baru kelam kabut nak cari developer tolong tukar aturcara. Sebab itu saya tanya, apa tindakan jika berlaku sebegini, sebelum saya buat keputusan akhir. Fikir sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan. Yosri (bincang) 01:26, 27 Ogos 2008 (MST)

Jangan risau dulu saya telah menanya di Wikipedia Bahasa Inggeris. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 01:29, 27 Ogos 2008 (MST)

Kita tak sangka rupanya, Senang saja, lindungilah laman perbincangannya supaya dia tak dapat sunting lagi. Tapi kalau dia penyelia, secara teknikal dia boleh nyahsekat sendiri lalu terus menyunting laman perbualannya, namun ini salah guna kuasa (abuse of power) dan mungkin dia layak dilucutkan jawatan penyelia. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 01:55, 27 Ogos 2008 (MST)

Kalau lindung laman perbincangannya, bukan setakat dia, pengguna lain pun tak boleh sunting.
Nampaknya pertukaran sistem ini akan menimbulkan komplikasi dan juga implikasi. Saya tetap fikir sistem yang sedia ada masih relevan. Kalau pengguna kena sekat, dia boleh berhubung secara peribadi dengan penyelia melalui e-mel. Kalau tak pandai, tu masalah dialah. Jalan dah ada. Lagipun, dah namanya vandal/troll. Takkan nak beri muka lagi kot. Tujuan utama mereka ialah mereka mahu menarik perhatian orang ramai. Makin kita layan makinlah dia menjadi-jadi. Kalau hanya dibenarkan menyunting laman perbincangan sendiri pun bukan nak merayu. Mesti terus memaki hamun punya. Satu-satunya cara untuk tahu bahawa dia sudah insaf ialah dia sanggup hantar e-mel peribadi, sebab, itu tandanya dia sudah tak mahu menarik perhatian ramai dan sanggup berunding secara peribadi.—Aviator, 02:02, 27 Ogos 2008 (MST)

Seperti saya cakap, biasanya pelaku musnah berhenti selepas mereka disekat, kebanyakan mereka takkan merayu kerana mereka sudah agak mereka akan macam ini dan mereka sudah puas hati. Mereka melakukan vandalisme sama ada untuk menarik perhatian atau meluahkan perasaan mereka. Inilah adalah mirip dengan dunia nyata, si pelaku musnah akan berhenti apabila mereka ditangkap oleh pihak berkuasa. Jadi bagi mereka, sebenarnya tiada perbezaan sama ada mereka dapat menyunting talk page sendiri atau tidak. Yang insaf adalah sedikit, jadi berilah peluang kepada mereka yang insaf ini. Saya sudah lama merantau di Wikipedia Bahasa Inggeris jadi saya sudah tahu mentality mereka, malah saya terpaksa mengakui bahawa saya pernah menggunakan akaun lain untuk melakukan vandalisme (takkan saya masih nak nafikannya - saya sudah dilucutkan jawatan penyelia, dah ada hasil CheckUser) inilah mentalility kami semasa kami melaku musnah (tapi saya bukan untuk menarik perhatian - saya bertujuan meluahkan perasaan marah/benci atau ingin bergurau). Apapun, kalau seperti anda kata nak menarik perhatian, maka mereka sepatutnya puas hati selepas mereka disekat, jadi mereka takkan memberi masalah lagi. Yang memaki hamun ialah mereka yang memang bermasalah disiplin seperti edit war, tidak puas hati dengan pentadbiran Wikipedia, dll, pokoknya pengguna sebegini adalah pengguna yang sudah ada pengalaman di Wikipedia. Wikipedia Bahasa Inggeris begitu besar dan selalu bermasalah, tapi fungsi ini dijalankan dengan baik! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 12:06, 27 Ogos 2008 (MST)

Anda kata, vandal berpuas hati setelah disekat dan takkan merayu. Kalau macam itu, tak ada gunalah kalau kita tukar sistem. Seolah-olah kita masih membuka peluang kepada si vandal untuk memaki hamun (walaupun di laman perbincangan sendiri). Mereka yang sudah insaf pun sudah tentu bersedia untuk menghantar e-mel peribadi atau menunggu sehingga habis tempoh hukuman. Seperti yang saya kata tadi, kaedah "one-to-one talk" adalah lebih berkesan untuk memastikan si pesalah benar-benar insaf. Lihat contoh pemimpin parti: masa dengan para penyokong sendiri bukan main lagi memaki hamun pihak lawan, tapi bila dah bertentang mata dengan lawan sendiri manis pula raut wajahnya. Pertemuan secara peribadi amat berkesan bukan? Other than that, the situation of innocent blocked users are too bizzare and it's odds are just too small. Smaller than the odds of unsympathetic vandals. This proposal is not worth it.
Edmund, apa yang anda buat tempoh hari bukan vandalisme. Akan tetapi, saya pernah melihat kerosakan vandalisme anda menggunakan akaun sendiri di WpEn.—Aviator, 12:43, 27 Ogos 2008 (MST)

Fahamlah apa saya cakap. Biasanya mereka takkan memaki hamun selepas mereka disekat. Lagipun, selama ini saya nampak orang yang layak dinyahsekat lebih banyak daripada mereka yang masih memaki hamun di laman perbualan sendiri. Pasal memaki hamun di tempat sendiri tidak sepatutnya menjadi isu kerana ini bukan saja sangat jarang, malah boleh diselesaikan saja dengan melindungi laman perbualannya. Namun kalau pengguna itu seorang penyelia, dia masih dapat menyunting laman perbualan sendiri, jadi penyelia ini harus dilucutkan jawatan dengan segera. Dan tentang perbuatan saya dulu, cuba anda baca betul-betul baru anda faham. Dan saya tak pernah menggunakan akaun sebenar untuk melakukan vandalisme di enwiki dengan sengaja - kalau kesalahan tanpa sengaja itu ada lah. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 13:30, 27 Ogos 2008 (MST)

Tak sengaja? Anda mabuk ke masa tu? Anda nak saya tunjukkan ke?—Aviator, 20:57, 27 Ogos 2008 (MST)

LOL dah lama saya tak minum arak (saya hanya mabuk sekali saja - semasa itu saya hanya 12 tahun!). Sila tunjuk kepada saya dalam laman perbualan saya atau e-mel kepada saya, tentang apa-apa yang you rasa saya sengaja punya. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 22:53, 27 Ogos 2008 (MST)

Oops. Maaf. Saya tarik balik kata-kata saya. Edmund tak pernah buat vandalisme di WpEn. Saya yang tersilap pandang. Sekali lagi, maaf.—Aviator, 04:18, 29 Ogos 2008


Saya rasa ini tidak perlu. ...Aurora... (bincang) 22:04, 15 September 2008 (MST)

Apapun saya minta supaya pemungut suara dimulakan. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 22:13, 15 September 2008 (MST)

Sukacitanya dimaklumkan kepada pencadang, pembangun MediaWiki telah bersetuju untuk menambah kemudahan ini dalam teras perisian tersebut untuk keluaran akan datang. Melalui borang sekat, penyelia boleh memilih untuk membenarkan pengguna menyunting laman perbincangan sendiri.—Aviator, 00:12, 26 September 2008 (UTC)[balas]

Pengundian sunting

Setuju sunting

  1. Saya memang setuju. Kerana walaupun ada yg akan memaki hamun di laman sendiri. Tapi ada juga yang akan benar-benar insaf. — Imran Al-Sahih (pesanan) 08:32, 16 September 2008 (UTC)[balas]
    Walau bagaimanapun ada yang akan memaki hamun di laman prbincangannya, lihat pautan ini. — Imran Al-Sahih (pesanan) 08:36, 16 September 2008 (UTC)[balas]
    LOLOLOL memang lucah tu :-P --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:09, 16 September 2008 (UTC)[balas]
  2. sayalah pembawa usul, tak tau sama ada saya layak mengundi atau tidak... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:04, 16 September 2008 (UTC)[balas]
  3. Kalau mereka yang disekat telah disalah anggap sebagai pelaku musnah macam mana mereka nak defend n terangkan perbuatan mereka? izzudin 09:27, 19 September 2008 (UTC)[balas]

Tidak setuju sunting

  1. -Tak perlu bcuz dya akan mengeluarkan kata2 kesat lagi fitnah di lamannya sniri. PuteraLuqman Tunku Andre 07:16, 16 September 2008 (UTC)[balas]
    Perkara ini sangat jarang berlaku, boleh saja melindungi laman perbincangannya. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:05, 16 September 2008 (UTC)[balas]
    Jarang berlaku tak bermakna tidak akan berlaku. Boleh saja dia buat akaun yang lain dan menguar-uarkan itu merupakan akaun miliknya. PuteraLuqman Tunku Andre 09:40, 17 September 2008 (UTC)[balas]
    Saya percaya masalah sockpuppet ini adalah jauh lebih serius di Wikipedia Bahasa Inggeris, tetapi sana tetap ada kemudahan ini? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 10:24, 17 September 2008 (UTC)[balas]
  2. ...Aurora... (bincang) 15:41, 18 September 2008 (UTC)[balas]
  3. Ringkasan ulasan panjang lebar di atas dan bagi menjawab soalan pengundi: Satu, sekiranya disekat, vandal boleh menghubungi penyelia melalui e-mel. Dua, bilangan pengguna yang mempunyai e-mel jauh lebih ramai daripada pengguna yang mempunyai akaun di Wikipedia, dan adalah mustahil bahawa vandal tidak memiliki atau tidak pandai mengendalikan e-mel. Tiga, fungsi ini tidak mendatangkan kebaikan signifikan (sebab fungsi e-mel sudah ada), dan pengusul sendiri mengakui bahawa fungsi ini boleh mendatangkan keburukan (vandal boleh memaki hamun di laman sendiri).—Aviator, 11:04, 19 September 2008 (UTC)[balas]

Berkecuali sunting

  1. Di wikipedia bahasa melayu ini tidak ramai pengguna yang aktif, termasuk saya sendiri. Wikipedia Inggeris boleh buat demikian kerana mereka ramai.
    Ayat: "dia boleh berhubung secara peribadi dengan penyelia melalui e-mel. Kalau tak pandai, tu masalah dialah." Ini tidak baik untuk orang yang tiada e-mel, malah tidak semua orang tahu cara penggunaan e-mel.
    Tapi jika terlampau pandai pula, contohnya, saya boleh buat bot untuk jalankan kerja vandalisme pula.
    Kan bagus ada fungsi khas untuk orang yang telah disekat, contohnya "sekat separa" dan "sekatan penuh", dan jika disekat "separa", perlu masukkan kata kekunci yang "rawak" untuk membuat suntingan.--Kekacang (bincang) 14:22, 17 September 2008 (UTC)[balas]
    Saya rasa membuat bot untuk melakukan vandalisme tiada berkenaan dengan ini. Usul ini hanyalah membenarkan pengguna yang disekat untuk menyunting laman perbincangan sendiri. Saya nampak satu masalah saja, iaitu seperti Imran dan Putera Luqman sebut, pengguna itu boleh memaki hamun di laman perbincangan sendiri. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:15, 17 September 2008 (UTC)[balas]
  2. Bergantung kepada kelakuan si pelaku. Jika kritikal, mungkin sistem ini tidak memadai. — Didie (bincang) 10:15, 20 September 2008 (UTC)[balas]

Keputusan sunting

Secara keseluruhannya, terdapat 8 pengundi yang mengundinya. 3 pengundi menyokong, 3 pengundi membantah, dan 2 pengundi berkecuali atas usul ini. Memandangkan undian menyokong tidak dapat mengatasi undian membantah. Maka, usul berkenaan ditolak. Keputusan adalah muktamad. Sekian. — Didie (bincang) 02:57, 15 Oktober 2008 (UTC)[balas]


Pengundian mengenai cadangan untuk satu perubahan sistem dilangsungkan iaitu bermula pada 16 September 2008 dan berakhir pada 30 September 2008 mengikut waktu UTC.

  • Memandangkan keputusannya ialah seri, maka pengundian dilanjutkan sehingga 14 Oktober 2008 (dua minggu) mengikut waktu UTC. Keputusan selepas tarikh tamat pengundian adalah muktamad.