Tujuan Wikipedia:Manual gaya penulisan (serupa dengan panduan gaya yang lain) cuba memeliharakan ketekalan pandang dan memudahkan pembacaan. Garis panduan di sini bukannya muktamad; seringkalinya, satu cara adalah sama baik dengan cara yang lain, tetapi jika setiap pengguna menggunakan cara yang sama, Wikipedia akan lebih senang dibaca, ditulis dan disunting.

Penyumbang-penyumbang baru diperingatkan bahawa penulisan yang jelas, bermaklumat serta tidak berpihak adalah lebih mustahak daripada penyampaian dan penformatan. Pematuhannya oleh penulis-penulis, khususnya penulis baru, tidak diperlukan. Penyertaan anda diutamakan. Sila membuat apa sahaja yang anda berupaya dan tinggalkan kepada penyunting yang mahir untuk mengemaskinikan rencana anda.

Tarikh sunting

Tahun, dekad dan abad sunting

Sila lihat Anno Domini untuk perbincangan mengenai maksud "Masihi" dan "Sebelum Masihi" (SM), dan Zaman Umum untuk perbincangan mengenai "CE" dan "BCE".

Tajuk halaman yang hanya mengandungi nombor positif sahaja adalah untuk halaman tahun. Halaman-halaman juga wujud untuk hari, bulan, dekad, abad serta milenium. Format untuk rujukan kepada tahun adalah seperti berikut:

  • 474
    • [[474]]
  • 474 SM (sila perhatikan ketiadaannya tanda titik)
    • [[474 SM]]
  • abad ke-18 (sila perhatikan bahawa abad tidak mengandungi huruf besar, dan "1700-an" bukannya abad, tetapi merupakan dekad, seperti ditunjukkan di bawah.)
    • [[abad ke-18]]
  • abad ke-10 SM
    • [[abad ke-10 SM]]
  • 1830-an
    • [[1830-an]]
  • Disember 1983 (sila perhatikan bahawa Disember tidak dipaut)
    • Disember [[1983]]
  • 320-an SM
    • [[320-an SM]]

Sila perhatikan bahawa:

  • Rencana-rencana bagi tahun 500 SM dan tahun-tahun yang lebih awal harus ditujukan kepada dekad yang berkaitan.
  • Rencana-rencana bagi tahun 1700 SM dan tahun-tahun yang lebih awal harus ditujukan kepada abad yang berkaitan.
  • Rencana-rencana bagi tahun 4000 SM dan tahun-tahun yang lebih awal harus ditujukan kepada milenium yang berkaitan.

Sila perhatikan juga bahawa abad ke-1 SM adalah dari tahun 100 SM–1 SM (tiadanya tahun sifar). Oleh sebab itu, 1700 SM merupakan tahun pertama untuk abad ke-17 SM, 1800 SM merupakan tahun pertama untuk abad ke-18 SM, dan sebagainya. Serupanya, 4000 SM merupakan tahun pertama untuk milenium ke-4 SM, bukannya tahun terakhir untuk milenium ke-5 SM.

Jika tarikh anggaran digunakan, "k.k." boleh digunakan; sila rujuk kepada contoh Rameses III di bawah. Sekiranya tarikh tidak dapat dipastikan — kerana sumbernya tidak boleh dipercayai — fakta itu harus dicatatkan dan jika boleh, sumbernya ditentukan. Umpamanya, "menurut Livy, Republik Rom diasaskan pada tahun 509 SM", atau "Sebagai tradisi, Mahabharata dikatakan telah dikarang pada tahun 1316 SM".

Elakkan terlalu mempaut tarikh sunting

Pautan tarikh tidak perlu digunakan kecuali adanya alasan yang khas. Ini adalah perkara yang penting. Sila lihat: Wikipedia: Mencipta pautan sewaktu berkaitan dengan konteks sahaja; sila lihat juga Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan)#pautan dalaman.

Format tarikh yang salah sunting

  • Jangan menggunakan nombor untuk menulis bulan. Gunakanlah perkataan yang penuh untuk mengelakkan sebarang kekaburan.
  • Jangan menggunakan dua angka untuk menulis tahun kecuali pada akhir julat, umpamanya "1970-87" (sama juga dengan SM). Dalam kesemua kes yang lain, gunakanlah empat angka untuk tahun-tahun dan dekad-dekad selepas 999 Masihi (sama juga dengan SM).

Penggunaan bentuk dua angka boleh diterima jika kekaburan tidak akan tertimbul; umpamanya, sewaktu merujuk kepada dekad "lapan puluhan" untuk abad ke-20, gunakanlah "1980-an" atau yang kurang biasa, "'80-an", tetapi jangan menggunakan "80-an".

  • Gunakan format tarikh yang tekal dalam seluruh rencana, kecuali terdapat alasan yang baik untuk membuat penyimpangan.
  • Jangan menggunakan akhiran ordinal:
    • Salah: "14hb Februari"
    • Betul: "14 Februari"
  • Jangan menggunakan koma di antara bulan dan tahun:
    • Salah: "Disember, 1945"
    • Betul: "Disember 1945"

Satu pengecualian yang penting ialah bahawa petikan-petikan teks tertulis harus mengikut gaya yang asal dan harus tidak ditukarkan supaya mematuhi "Manual gaya penulisan" Wikipedia. Umpamanya, dalam petikan surat khabar:

"Tony Blair, sewaktu menjawab pengkritik partinya, berkata 'Dunia telah betul-betul bertukar sejak 11hb September.' Beliau tengah membeo sentimen awal Lord Ronald McDonald yang mengatakan 'sembilan-sebelas' merupakan hari yang mana rakyat Amerika menyedarkan kenyataan terorisme."

Kami tidak menggalakkan menukar dan menterjemah format tarikh yang berada dalam templat berkaitan {{rujukan}} kerana parser Wikimedia #time: nampaknya tidak memahami tarikh nama-nama bulan yang bukan bahasa Inggeris. Fungsi ini akan sentiasa kembali "false" apabila tarikh mengandungi nama bulan bukan Inggeris kerana penyebab akan kembali ke "false" lalu memaparkan ralat Sila periksa parameter |date= selepas panggilan fungsi dalam templat rujukan. Untuk memanggil fungsi ini berfungsi dengan baik format tarikh YYYY-MM-DD dikekalkan dalam penggunaan templat tersebut.

Tarikh kelahiran dan kematian sunting

  • Charles Darwin (12 Februari 180919 April 1882) atau (12 Februari 180919 April 1882) atau (12 February 1809 - 19 April 1882)
    • Lokasi harus dimasukkan dalam isi rencana biografi, umpamanya:
    • Salah: (12 Februari 1809 di Shrewsbury, Shropshire, England – 19 April, 1882 di Downe, Kent, England)
    • Betul: (12 Februari 1809–19 April 1882) ... Beliau dilahirkan di Shrewsbury, Shropshire, England ... Beliau mati di Downe, Kent, England.
  • Socrates (470 SM399 SM) atau (470 SM399 SM) atau (470 SM - 399 SM)
    • sewaktu hanya tahunnya diketahui.
  • Serena Williams (lahir 26 September 1981)
    • Bagi orang yang masih hidup sewaktu rencana ditulis.
    • Perhatikan bahawa bentuknya "BUKAN" "(26 September 1981–)"
  • Offa (mati 26 Julai 796)
    • sewaktu tarikh kelahiran tidak diketahui.
  • Genghis Khan (k.k. 116218 Ogos, 1227) atau (k.k. 116218 Ogos, 1227)
    • sewaktu tarikh kelahiran merupakan anggaran.
  • Dionysius Exiguus (k.k. 470–k.k. 540) atau (k.k. 470 – k.k. 540)
    • sewaktu tarikh kelahiran dan kematian merupakan anggaran.
  • Robert Menli Lyon (lahir 1789, tarikh kematian tidak diketahui)
    • sewaktu tarikh kematian tidak diketahui tetapi orang ini tetap sudah mati.
  • Rameses III (memerintah k.k. 1180 SM–k.k. 1150 SM) atau (memerintah k.k. 1180 SM – k.k. 1150 SM)
    • sewaktu tarikh pemerintahan diketahui tetapi secara anggaran sahaja.

Sila perlihatkan penggunaan k.k. dan bukannya "kira-kira" ataupun tanda soal.

Julat tarikh ditulis dengan tanda sengkang yang mempunyai ruang atau yang tidak mempunyainya, ataupun dengan en dash (–). Sila lihat: Wikipedia:Manual gaya penulisan (tanda sengkang).

Takwin berbeza sunting

Anda boleh menggunakan takwim yang sesuai, asalkan anda juga menggunakan takwim Julius atau takwim Gregory seperti dihuraikan di bawah. Umpamanya, rencana mengenai Sejarah Islam yang awal boleh menggunakan tarikh dalam takwim Islam dan takwim Julius.

  • Peristiwa semasa harus menggunakan takwim Gregory.
  • Tarikh sebelum pengambilan takwim Gregory pada 15 Oktober 1582 harus menggunakan takwim Julius dan tidak ditukarkan.
  • Tarikh-tarikh untuk peristiwa di negara-negara yang menggunakan takwim Gregory harus menggunakan takwim Gregory. Ini termasuk:

Sila lihat rencana takwim Gregory.

Tarikh-tarikh yang lain adalah kabur. Pilihan-pilihan untuk tempoh ini anda adalah:

  • Gunakan tarikh takwim Julian sahaja. Ini bermakna bahawa tarikh-tarikh akan bersepadan dengan sumber-sumber utama untuk tempoh tersebut. Jika anda berbuat demikian, anda harus menunjukkan bahawa tarikh-tarikh merupakan tarikh takwim Julius.
  • Tukarkan tarikh kepada tarikh takwim Gregory> Ini bermakna bahawa peristiwa-peristiwa berbagai-bagai negara boleh dihubung kait.
  • Gunakan tarikh kedua-kedua takwim, umpamanya, William Shakespeare mati pada 23 April 1616 (Gaya Lama)/3 Mei 1616] (Gaya Baru).

Pada suatu masa di beberapa tempat, tarikh selain daripada 1 Januari telah dipergunakan untuk permulaan tahun. Kelaziman yang sering ditemui ialah Gaya Anunsiasi yang dipergunakan oleh Britain dan tanah jajahannya. Sistem ini bermula dengan hari 25 Mac. Sila lihat rencana Tahun Baru untuk senarai gaya-gaya yang lain. Anda harus menukarkan tarikh supaya semua tarikh bermula dengan 1 Januari. Jika ketekalan dengan sumber-sumber utama adalah amat penting, anda boleh menggunakan gaya asal, tetapi anda juga harus menggunakan gaya moden. Umpamanya, Elizabeth I dari England mati pada 24 Mac 1602 (Gaya Lama)/3 April 1603 (Gaya Baru).

Format waktu sunting

Bila untuk menggunakan 12-jam atau 24-jam tergantung kepada konteksnya. Gunakanlah budi bicara untuk menentukan adakah sifar pemimpim diperlu. 00:00 merujuk kepada tengah malam; 12:00 merujuk kepada tengah hari.

Contoh:

12-jam 24-jam
Cara betul Bukan Cara betul Bukan
2 petang 2 ptg 14:00 14.00
2:34 petang 2.34 PTG 14:34 1434
12:04:38 pagi 12.04 38″ pagi 00:04:38 atau
0:04:38
00.04.38
12 tengah hari 12:00 tengah hari 12:00 12:00:00

Zon waktu sunting

Sewaktu menulis tarikh, pertimbangkan dahula di mana peristiwa itu berlaku dan menggunakan zon waktu di situ. Umpamanya, tarikh untuk Serangan ke atas Pearl Harbor ialah 7 Disember 1941 (masa/tarikh Hawaii). Jika terdapat kesulitan untuk menentukan tempatnya, pertimbangkanlah apa yang penting. Umpamanya, jia terdapat penggodam komputer yang menggodamkan komputer Pentagon, gunakanlah zon waktu untuk Pentagon.

Jika anda tahu akan waktu dan tarikh UTC bagi peristiwa yang ditulis dalam rencana, berikanlah maklumat tersebut dalam rencana anda dan nyatalah bahawa ia merupakan waktu dan tarikh UTC.

Nombor sunting

Nombor sunting

Nombor yang terlalu besar harus dibahagikan dengan koma setiap tiga angka, bermula dari titik perpuluhan di kedua-dua arah. (Sila perhatikan bahawa ini adalah berbeza dengan notasi SI/ISO 31-0 yang menggunakan ruang kosong untuk setiap tiga angka.) Dalam konteks sains, notasi sains harus digunakan. Tambahan pula, nombor bundar (round numbers) boleh dianggap sebagai penghampiran; oleh sebab itu, tidak perlulah lagi menggunakan "hampir" atau istilah yang serupa.

Tanda titik (".") harus digunakan untuk titik perpuluhan untuk mengasingkan bahagian integer daripada bahagian pecahan.

Bag nombor di antara minus satu dengan plus satu, gunakanlah sifar pimpin ("0.02", bukannya ".02").

Tanda minus mempunyai dua perwakilan. Satu jenis merupakan minus-sengkang ("-") yang terdapat di setiap papan kekunci komputer; jenis ("−") yang lain itu lebih mudah ditulis dengan menggunakan −.

Peratus sunting

Format untuk kata angka dan peratus harus sepadan. Umpamanya, pasangkanlah 7 dengan % dan tujuh dengan peratus.

Nombor dalam perkataan sunting

Nombor boleh ditulis dengan perkataan atau dengan angka, meskipun ramai pengguna suka menulis dengan perkataan untuk nombor yang kurang daripada sepuluh. Adalah dianggapi bahawa angka sebagai perkataan pertama dalam ayat adalah tidak sesuai. Satu pendekatan yang tekal harus digunakan dalam sebuah rencana.

Pecahan yang tersendiri harus ditulis dengan perkataan kecuali ia merupakan peratus. Jika pecahan dicampurkan dengan nombor bulat, gunakanlah angka.

Bilion merupakan 109 di Amerika Syarikat, Kanada dan kebanyakan dunia yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, dalam bahasa-Germanik dan Romawi, bilion membawa maksud 1012. Sila lihat perbincangan terperinci dalam rencana Angka-angka bahasa Inggeris, Skala panjang dan pendek.

Nombor tabii sunting

Nombor tabii mempunyai dua makna:

  • integer positif, atau
  • integer bukan negatif (termasuk sifar).

Sewaktu merujuk kepada nombor-nombor tersebut, gunakanlah salah satu daripada frasa di atas dengan eksplisit sebagai ganti untuk perkataan "nombor tabii", kecuali tidak pentingnya mana-mana satu tafsiran diguna.

Julat sunting

Kekadangnya, nombor dan tarikh dinyatakan secara julat, umpamanya "4–7" untuk nombor antara 4 dan 7. Disyorkan bahawa ada lebih baik dalam keadaan tersebut untuk menuliskannya dalam perkataan (contohnya, "4 sehingga 7" ataupun "empat sehingga tujuh") untuk mengelakkan kekeliruan denga "empat tolak tujuh".

Sila lihat: Wikipedia:Manual gaya penulisan (tanda sengkang) untuk maklumat lanjut.

Nombor bukan asas-10 sunting

Untuk nomobor-nombor yang bukan asas sepuluh,

  • dalam rencana yang berkaitan dengan komputer, gunakanlah awalan bahasa pengaturcaraan C, iaitu 0x untuk asa perenambelasan dan 0 untuk asas perlapanan. Untuk asa perduaan, gunakanlah 0b. Adalah disarankan bahawa nota dicatat pada bahagian atas halaman mengenai awalan-awalan tersebut.
  • dalam rencana yang lain, gunakanlah notasi subskrip, umpamanya 1379, 2416, 2X912, A87D16 (gunakanlah <sub> dan </sub>)
  • Untuk asas persebelasan dan asas yang lebih tinggi, gunakanlah simbol yang lazim digunakan untuk asas tersebut. Jika sesuai, gunakanlah huruf besar, umpamanya 0x5AB3, dan bukannya 0x5ab3. Aksara yang lebih baik adalah A—F untuk sepuluh sehingga lima belas.

Ukuran sunting

Unit sunting

Rencana-rencana Wikipedia adalah untuk penggunaan orang-orang di seluruh dunia. Cuba hasilkan rencana yang mudah dibaca dan diterjemahkan.

  • Biasanya unit yang asal dikekalkan selepas penukaran unit.
  • Jika penyunting-penyunting tidak dapat bersetuju dengan jujukan unit, letakkan nilai asal di hadapan diikuti dengan nilai penukaran.
  • Tuliskan unit asal dengan huruf. Gunakanlah angka dan simbol unit untuk nilai penukaran dan untuk ukuran dalam jadual. Umpamanya, "sebatang paip dengan diameter 100 milimeter (4 in) dan kepanjangan 10 batu (16 km)".
  • Nilai-nilai penukaran harus mempunyai ketepatan yang serupa dengan nilai sumber. Umpamanya, "Bulan adalah 380,000 kilometer (240,000 batu) dari Bumi", bukannya "(236,121 batu)".
  • Gunakan singkatan piawai sewkatu menggunakan simbol. Umpamanya, m untuk meter, kg untuk kilogram, in untuk inci (bukannya " atau ″), kk untuk kaki (bukan ' atau ′).
  • Beberapa unit bukan metrik mempunyai lebih daripada satu versi. Anda hendaklah nyata. Umpamanya, gelen A.S.; jika anda hanya menulis "gelen" sahaja, ia akan dianggapi sebagai gelen British. Serupa juga, gunakanlah batu nautika atau batu statut dan bukannya batu sahaja dalam penerbangan, angkasa lepas serta laut dan dalam beberapa konteks lain.
  • Pembaca harus melihat satu ruang di antara nilai dan simbol unit, umpamanya "25 kg", bukan "25kg". Gunakanlah &nbsp; untuk ruang (25&nbsp;kg) untuk memastikan bahawa ia tidak akan menjadi dua baris.

Awalan unit perduaan sunting

Dalam komputeran, awalan perduaan boleh digunakan untuk menyatakan kuantiti yang besar. Dalam keadaan tersebut, kuasa dua adalah lebih berguna berbanding kuasa sepuluh. Ia lazimnya ditulis dan disebut serupa dengan awalan SI, tetapi setiap awalan yang berikutan dikalikan dengan 1024 (210) dan bukannya 1000 (103).

Menggunakan awalan kilo-, mega-, giga-, dan sebagainya, serta simbol seperti K, M, G, dan sebagainya untuk perduaan boleh menimbulkan kekeliruan. Pada Januari 1999, Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (International Electrotechnical Commission) memperkenalkan dalam IEC 60027nya awalan kibi-, mebi-, gibi-, dan sebagainya, serta simbol Ki, Mi, Gi, dll. untuk menetapkan gandaan perduaan sesuatu kuantiti. Sistem ini telahpun diamalkan secara rasmi oleh banyak organisasi yang lain.

Penggunaan piawai awalan perduaan yang baru dalam Wikipedia tidak diperlukan, tetapi ia disyorkan untuk rencana yang berkaitan dengan muatan perduaan. Jika muatan bait yang tepat adalah penting dalam rencana, awalan perduaan harus digunakan untuk muatan perduaan sedangkan awalan SI digunakan untuk muatan perpuluhan (dengan catatan ditulis jika penggunaan perpuluhan tidak cukup jelas). Jika seorang penyumbang menukarkan penggunaan kilo- dan sebagainya ke kibi- dan sebagainya dalam rencana, penukaran itu harus diterima. Bagaimanapun, kerana ini adalah kurang dikenali, awalan unit perduaan seperti MiB harus dipaut untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Pautkanlah sebagai [[Mebibait|MiB]] untuk mengelakkan halaman nyahkekaburan.

Jangan tukarkan awalan SI kepada awalan IEC dalam konteks komputeran, kecuali awalan yang digunakan untuk perduaan. Umpamanya, jangan tukarkan "160 GB HDD" menjadi "158.69 GiB" (ataupun "160 GiB"), tetapi anda boleh menukarkan 512 MB RAM menjadi 512 MiB RAM jika perlu. (Perhatikan bahawa nombornya tidak berubah kerana awalan SI telah digunakan untuk maksud perduaan. Kedua-dua penggunaan boleh diterima, tetapi penggunaan MiB adalah lebih jelas.)

Ukuran yang biasanya menggunakan gandaan perpuluhan ialah:

Ukuran yang biasanya menggunakan gandaan perduaan ialah:

Contoh sunting

  • Skor tertinggi yang dirakamkan untuk permainan pinbal Deuces High ialah 11,933,750.
  • Tingginya badak air ialah 1.5 meter (5 kaki) pada bahunya dan beratnya di antara 2,700 dan 4,500 kilogram (6,000–9,900 paun).
    • Tingginya [[badak air]] ialah [[1 E0 m|1.5 meter]] (5 kaki) pada bahunya dan beratnya di antara [[Peringkat magnitud (jisim)|2,700 dan 4,500 kilogram]] (6,000–9,900 paun).
  • ... di antara 2.7 dan 4.5 tan.
  • Batu dibawah empat minit yang pertama dilari oleh Roger Bannister.
  • Projektil yang berdiameter 155 milimeter menawarkan berbagai-bagai pilihan untuk kegunaan medan perang.
  • 10² = 100
    • 10&sup2; = 100
  • Nombor yang besar seperti 156,234,000,000,000,000,000,000,000,000 boleh dicatatkan dengan padat melalui 1.56234×1029, dan nombor yang kecil seperti 0.0000000000234 boleh ditulis sebagai 2.34×10−11.
    • Nombor yang besar seperti 156,234,000,000,000,000,000,000,000,000 boleh dicatatkan dengan padat melalui 1.56234×10<sup>29</sup>, dan nombor yang kecil seperti 0.0000000000234 boleh ditulis sebagai 2.34×10<sup>−11</sup>.</sup>.
  • Komputer itu mempunyai HDD sebesar 160 GB HDD dan RAM sebesar 512 MiB.

Koordinat geografi sunting

Koordinat geografi di Bumi harus dimasukkan dengan penggunaan templat. Ini akan memiawaikan format, serta mengaitkan halaman tersebut kepada halaman yang mengandungi banyak pautan ke peta-peta koordinat tersebut. Ini merupakan cara yang baru untuk mengendalikan maklumat geografi di Wikipedia.

Tergantung kepada bentuk koordinat, tiga format templat telah disediakan:

  • Untuk darjah sahaja, gunakanlah mod d:
{{coor d|DD|N/S|DD|E/W|}}
  • Untuk darjah dan minit, gunakanlah mod dm:
{{coor dm|DD|MM|N/S|DD|MM|E/W|}}
Unutk darjah, minit dan saat, gunakanlah mod dms:
{{coor dms|DD|MM|SS|N/S|DD|MM|SS|E/W|}}

dengan:

  • DD, MM, SS adalah darjah, minit dan saat, disenaraikan secara satu persatu
  • N/S adalah U ataupun S, tergantung kepada hemisferanya
  • T/B adalah T atau B, tergantung kepada hemisferanya

Contoh sunting

Untuk bandar raya Oslo, yang ditempatkan di 59° 55′ U, 10° 44′ T, masukkan:

{{coor dm|59|55|U|10|44|T|}}

untuk menjadi 59°55′U, 10°44′T

Untuk negara seperti Botswana, mod d lebih sesuai:

{{coor d|22|S|24|E|}}

untuk menjadi 22° S 24° E

Untuk lebih tepat lagi, gunakanlah mod dms:

{{coor dms|33|56|24|U|118|24|00|B|}}

untuk menjadi 33°56′24″U, 118°24′00″B

Contoh rencana yang menggunakan koordinat geografi termasuk:

Darjah, minit dan saat perpuluhan sunting

  • darjah boleh ditetapkan dengan perpuluhan, dalam mod d
  • minit boleh ditetapkan dengan perpuluhan, dalam mod dm
  • saat boleh ditetapkan dengan perpuluhan, dalam mod dms

Contoh:

{{coor d|12.0433|S|77.0283|B|}}

untuk menjadi 12.0433° S 77.0283° B

Sifat sunting

Medan terakhir yang mengikuti T/B sedia ada untuk menentukan sifat sepert jenis, kawasan dan skala. Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Wikipedia: Koordinat Geografi WikiProjek.

Nota sunting

Disebabkan penambahan kefungsian yang telah dirancangkan, konsep templat di atas adalah tertakluk kepada perubahan. Bagaimanapun, selama templat-templat di atas telah digunakan, semua perubahan selepasnya akan dikemaskinikan oleh robot.

Matawang sunting

Untuk rencana mengenai negara tertentu seperti Ekonomi Australia, hanya gunakanlah simbol yang tertentu untuk negara tersebut (yakni $ dalam kes ini), serta nota condong di bahagian atas rencana supaya jelas.

Untuk rencana yang tidak menenutukan negara, seperti Kekayaan, gunakanlah ''[[Dolar Amerika Syarikat|US$]]100'' atau ''seratus [[dolar Amerika Syarikat]]''. Gunakanlah singkatan yang paling umum, dan pautkan kepada rencana yang berkaitan sewaktu penggunaan pertama sahaja. Jika tiadanya singkatan atau simbol yang umum, gunakanlya piawai ISO 4217.

Penukaran sunting

Penukaran ke jenis matawang yang lebih dikenali oleh pembaca, seperti euro atau dolar Amerika Syarikat, boleh dibuat. Semua penukaran harus ditulis dalam tanda kurung selepas matawang yang asal, bersama-sama dengan tahunnya sebagai rujukan yang kasar. Umpamanya, seribu franc Swiss (lebih kurang AS$763, k.k. 2005), dengan menjadikan nombor bulat. Penukar matawang boleh didapati dari xe.com atau Penukar FX dalam internet.

Contoh sunting

Gaya yang disyorkan sunting

Gaya buruk sunting

  • $190 — Gaya ini boleh menimbulkan kekaburan tentang mana satu dolar yang dimaksudkan dalam rencana yang tidak menentukan negara.
  • $100 — gaya ini sukar dibaca.
  • 100$ — Walaupun ia memang dibaca dengan cara ini, ini bukanlah cara piawai untuk menulisnya. Kekadangnya dolar ditulis dengan cara ini oleh penutur bahasa Perancis di Kanada sewaktu mengarang dalam bahasa Inggeris. Ini juga merupakan gaya untuk menulis eskudo Portugis sebelum euro diperkenalkan.
  • $200 (AS)
  • $AS200

Lihat juga sunting