Nakhon Sawan

(Dilencongkan dari Wilayah Nakhon Sawan)
นครสวรรค์
Nakhon Sawan
Peta Thailand menunjukkan Nakhon Sawan
Statistik
Keluasan (km²) 9,597.7
Jumlah penduduk 93,141
Kepadatan (orang/km²) 114

Nakhon Sawan (Bahasa Thai: นครสวรรค์; Melayu: Negara Syurga) merupakan sebuah bandar (thesaban nakhon) di Thailand, yang bermaksud "Bandar Syurgawi". Bandar ini menjadi ibu negeri Nakhon Sawan Province, dan meliputi beberapa daerah yang dipanggil (tambon) Pak Nam Pho dan sebahagian Khwae Yai, Nakhon Sawan Tok, Nakhon Sawan Ok dan Wat Sai, Amphoe Mueang Nakhon Sawan. Penduduk pada 2006 ialah 93,141.

Persetemuan dua sungai sunting

Nakhon Sawan terletak 240 km di utara Bangkok dan menjadi titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Ping dan Sungai Nan. Dua sungai ini akhirnya membentuk sungai utama iaitu Sungai Chao Phraya yang mengalir ke Bangkok terus ke Teluk Thailand.

Suhu sunting

Suhu ialah 33 °C dan panas sehingga 43 °C. Bueng Boraphet terletak di timur Nakhon Sawan merupakan kawasan tadahan hujan yang terbesar di Thailand.

Wat sunting

Hampir kesemua penduduknya menganut agama Buddha dan pergi ke wat. Antara wat yang popular ialah Wat Sai Tai, Wat Khirl Wong, Wat Woranatbanphot, Wat Bueng Senat, Wat Pak Nam Pho Buea, Wat Sisithi Wararam, Wat Nakon Sawan,. Wat Promchariyawat, Wat Chm Khirl Nakphot, Wat Sukhot Wararam dan lain-lain.

Hotel sunting

Hotel Asia Naskhon Sawa, Hotel Leelawadee Home and Resort, Hotel The Garden Suite Resort, The Ban Saen Suk Resort,dan Pimarn Hotel.

Lokasi pelancongan sunting

Antaranya ialah Phra Bang Scout Camp, Sawan Park dan Nakhon Sawan Culture Center