Xiye Bastida

aktivis iklim dari Mexico

Xiye Bastida (lahir 18 April 2002) merupakan seorang aktivis iklim berbangsa Mexico-Chile. Beliau berkaum Otomi-Toltec, satu kaum peribumi Mexico. Beliau merupakan salah seorang penganjur utama Fridays for Future di Bandaraya New York dan tokoh yang terkemuka dalam menyuarakan pendapat penduduk peribumi dan imigran dalam aktivisme iklim.[2] Beliau turut merupakan ahli jawatankuasa pentadbiran People's Climate Movement dan bekas ahli Sunrise Movement dan Extinction Rebellion. Beliau juga merupakan pengasas bersama Re-Earth Initiative, sebuah pertubuhan bukan untung antarabangsa.

Xiye Bastida
Bastida pada 2020
Kelahiran (2002-04-18) 18 April 2002 (umur 22)[1]
Warganegara
  • Mexico
  • Chile
PekerjaanAktivis Keadilan Iklim
Tahun aktif2017-kini
Terkenal keranaSchool strike for climate, Re-Earth Initiative
Karya terkenal
All We Can Save
Laman web rasmixiyebeara.com

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

 
Bastida yang sedang menantikan ketibaan Thunberg pada 2019

Bastida dilahirkan di Atlacomulco, Mexico. Ibu bapanya, Mindahi dan Geraldine, turut merupakan aktivis alam sekitar.[3] Beliau dibesarkan di San Pedro Tultepec di Lerma.[4][5] Beliau berbangsa Otomi-Toltec (orang peribumi Mexico) dan ayahnya berketurunan Aztec manakala ibunya pula berketurunan Eropah Chile dari Celtic.[6][7] Bastida kini memegang dwikewarganegaraan Mexico dan Chile.[8]

Bastida dan keluarganya berpindah ke Bandaraya New York selepas satu banjir ekstrem melanda kampungya, San Pedro Tultepec pada 2015 selepas satu kemarau yang berlangsung selama tiga tahun.[9]

Bastida belajar di The Beacon School.[10] Beliau melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Pennsylvania pada 2020.[11]

Activisme sunting

Bastida memulakan kerjaya aktivisnya apabila beliau menyertai sebuah kelab alam sekitar yang memprotes di Albany dan Majlis Bandaraya New York serta melobi agar Akta Perlindungan Pemimpin Komuniti dan Iklim (bahasa Inggeris: Climate and Community Leaders Protection Act, CLCPA) dan Rang Undang-Undang Bangunan Kotor (bahasa Inggeris: Dirty Buildings Bill) diluluskan.[8] Ketika itulah beliau terdengar kisah Greta Thunberg dan mogok iklimnya.

Bastida mengucap di Kosmologi Peribumi semasa Forum Bandar Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-9 dan beliau telah dianugerahkan “Spirit of the UN” pada 2018.[12]

Bastida mengetuai sekolah tingginya, The Beacon School,[10] dalam tunjuk perasaan iklim yang pertama di Bandaraya New York pada 15 Mac 2019.[13] Beliau dan Alexandria Villaseñor bertemu dengan Thunberg semasa ketibaan beliau dari Eropah dengan menaiki kapal pada September 2019 untuk menyertai Sidang Kemuncak Iklim PBB.[14] Xiye telah digelar sebagai "Greta Thunberg Amerika", namun beliau telah mengatakan bahawa "memanggil aktivis belia sebagai ‘Greta Thunberg’ di negara mereka telah mengurangkan pengalaman peribadi dan kesusahan individu Greta".[15][16]

Teen Vogue telah mengeluarkan satu dokumentari pendek tentang Bastida yang bertajuk We Rise pada December 2019.[17] Bastida juga berkolaborasi dengan 2040 Film untuk menghasilkan satu video pendek yang bertajuk Imagine the Future.

Bastida telah menyumbang dalam All We Can Save, satu antolgi tentang perubahan iklim yang ditulis oleh wanita.[18] Beliau juga berucap di Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim anjuran Kerajaan Biden Administration. Dalam ucapannya, beliau menggesa agar pemimpin dunia lebih terlibat dalam aktivisme iklim.[19]

Walaupun beliau tidak boleh mengundi di Amerika Syarikat kerana beliau bukan seorang warganegara Amerika, Bastida telah mengatakan sokongannya terhadap Senator Massachusetts, Elizabeth Warren dalam Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020, walaupun beliau menekankan pergerakan iklim dwipartisan.[8]

Filemografi sunting

  • We Rise (2019)
  • Imagine the future (2020)

Rujukan sunting

  1. ^ @DiscipleGreta (18 April 2020). "Happy Birthday, Xiye Bastida! @xiyebastida
    Xiye is a amazing climate activist and all-around wonderful person. [URL] @AlexandriaV2005 @GretaThunberg @polyglotale @olivepit_ @maud14 @bridgekid @goldsgracie"
    (Twit). Twit semula oleh UN-Habitat Youth [@unhabitatyouth] – melalui Twitter.
  2. ^ Burton, Nylah (11 Oktober 2019). "Meet the young activists of color who are leading the charge against climate disaster". Vox. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  3. ^ Vincent, Maddie (17 Ogos 2019). "Youth activists stress collaboration, urgency to respond to climate change". Aspen Times. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  4. ^ "How an Indigenous Teen Climate Activist Plans to Change the World". Teen Vogue. 19 Disember 2019. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  5. ^ Bagley, Katherine (7 November 2019). "From a Young Climate Movement Leader, a Determined Call for Action". Yale Environment 365. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  6. ^ Perry, Aaron William (27 Ogos 2019). "Episode 46 – Xiye Bastida, Global Youth Leader: "Strike with Us!"". Yale Environment 360. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  7. ^ Tierra, Desafío (28 Ogos 2019). "Xiye Bastida, la adolescente de madre chilena que recibió a Greta Thunberg en su llegada a Nueva York". CNN Chile (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 3 Februari 2020.
  8. ^ a b c Labayen, Evalena (10 Disember 2019). "Environmental activist Xiye Bastida says "OK, Doomers"". Interview Magazine. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  9. ^ Lucente Sterling, Anna (25 September 2019). "This Teen Climate Activist Is Fighting To Ensure Indigenous And Marginalized Voices Are Being Heard". HuffPost. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  10. ^ a b ""Young People Have Had Enough": Global Climate Strike Youth Activists on Why They Are Marching Today". Democracy Now. 20 September 2019. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  11. ^ Meisenzahl, Elizabeth (28 Mac 2020). "Hailing from Tennessee to Indonesia, meet five members of the newly admitted class of 2024". Daily Pennsylvanian. Dicapai pada 22 September 2020.
  12. ^ "Xiye Bastida". Omega. 17 Julai 2019. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  13. ^ Kamenetz, Anya (19 Januari 2020). "'You Need To Act Now': Meet 4 Girls Working To Save The Warming World". NPR. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  14. ^ Cimons, Marlene (19 September 2020). "Meet Xiye Bastida, America's Greta Thunberg". PBS. Dicapai pada 3 February 2020.
  15. ^ "Meet Xiye Bastida, America's Greta Thunberg". Peril & Promise (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-19. Dicapai pada 2020-05-18.
  16. ^ "My name is not Greta Thunberg: Why diverse voices matter in the climate movement". theelders.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-16.
  17. ^ Kirkland, Allegra (19 Disember 2019). "Xiye Bastida Opens Up About the Personal Costs of Activism In Documentary 'We Rise'". Teen Vogue. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  18. ^ "Contributors". All We Can Save (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-11.
  19. ^ "Mexican environmentalist, 19, reprimands world leaders for climate inaction". Mexico News Daily (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-23. Dicapai pada 2021-04-24.