Reinforce (Jepun: リインフォース, Hepburn: Riinfōsu) ialah watak fiksyen dalam siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri anime ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, dan diikuti dengan Manga-nya yang lain iaitu, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim kedua, Reinforce ialah Defense Program @ Program Pertahanan sebahagian dari Book Of Darkness. Buku ini berasal daripada Kerajaan Kuno Ancient Belka. Buku ini perlu dilengkapkan dengan Linker Core sebanyak 666 muka surat. Reinforce tetap ada di musim yang seterusnya, namun ianya merupakan kelahiran semula dan amat berbeza daripada sebelumnya.

Yagami Reinforce
Eins dan Zwei
Watak 'Magical Girl Lyrical Nanoha A's'
Kemunculan pertama

Disuarakan oleh

Sanae Kobayashi,
Yukana
Profil
Dunia Asal

Kerajaan Kuno Ancient Belka
Keluarga

Yagami Hayate,
Guardian Knight
Informasi
Sistem Magis

Sistem Ancient Belka
Master

Yagami Hayate
Unison Device

Book Of Darkness

Yagami Reinforce Eins sunting

Pengenalan Nama sunting

Yagami Reinforce Eins bermaksud Yagami Reinforce yang Pertama. Eins merujuk kepada pertama atau generasi pertama mengikut Bahasa Jerman.

Sejarah Kemunculan sunting

Yagami Reinforce Eins ialah satu alat atau device ataupun Program Pertahanan yang menjadi sebahagian daripada Buku Kegelapan. Eins menjadi watak kunci dalam siri anime Magical Girl Lyrical Nanoha A's. Buku Kegelapan pernah bangun untuk kali pertama pada tahun 0054 tetapi berjaya dimusnahkan oleh Clyde Harlaown yang mengorbankan dirinya bersama Buku Kegelapan. Namun begitu, Program Pertahanan utamanya tidak dimusnahkan dan oleh sebab itu Buku Kegelapan boleh bangkit untuk kali kedua.

 
Eins melancarkan serangan Photon Lancer GS milik Fate Testarossa

Eins mula muncul apabila Hayate hilang kawalan dirinya kerana terlalu marah. Kebetulan juga, ketika itu Buku Kegelapan sudah diisi dengan sepenuhnya menggunakan Linker Core. Dengan arahan Hayate, Seal, Release membolehkan Eins mengambil alih tubuh Hayate. Apabila Eins bangun, Eins melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Takamachi Nanoha dan Fate Testarossa. Kebanyakan serangan Eins sama seperti Nanoha dan Fate, kerana Linker Core mereka berdua pernah diserap oleh Buku Kegelapan. Contohnya Eins pernah menggunakan serangan Starlight Breaker milik Nanoha dan Photon Lancer Genocide Shift milik Fate. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Fate diserap ke dalam Buku Kegelapan dan mengalami mimpi kehidupan lamanya. Nanoha terpaksa bertarung sendirian sehingga memaksa dirinya membuka form Excellion Mode.

Berkat kerjasama semua orang, dan Hayate juga telah sedar dan berjaya melepaskan diri daripada Eins, menyebabkan Eins berjaya ditewaskan. Namun begitu, Hayate jatuh pengsan dan di bawa ke hospital. Di hospital, Eins mengucapkan selamat tinggal kepada Nanoha, Fate dan Guardian Knight. Eins ingin mengorbankan dirinya, supaya Program Pertahanan tidak lagi kembali bangun. Hayate sempat melihat wajahnya kali terakhir, dan menangis teresak-esak. Setelah Eins mengorbankankan dirinya, Hayate-lah merupakan Master yang memperbaharui Buku Kegelapan menjadi Buku Langit Malam.

Fungsi dan Kuasa sunting

Oleh sebab Eins ialah sebahagian daripada Buku Kegelapan yang menyerap dan menggunakan Linker Core milik Mage yang lain, Eins boleh menyalin semula semua jenis teknik serangan milik Mage tersebut. Eins ialah watak yang paling kuat di musim kedua ini. Contohnya Eins menggunakan Starlight Breaker milik Nanoha dan Photon Lancer Genocide Shift milik Fate. Semua serangan ini merupakan hasil daripada pengumpulan Linker Core dan diserapkan ke dalam Buku Kegelapan. Kemudian, serangan ini diperkuatkan lagi. Warna kuasa Eins ialah purple gelap, berbeza dengan Yagami Hayate yang berwarna putih suci.

Contoh Serangan sunting

Serangan Sistem Kategori Jenis Ranking
Absorption/Penyerapan Sistem Ancient Belka Capture/Menangkap Cage/Sangkar -
Bind Break Sistem Mid Childa Support/Menyokong Decline -
Bloody Dagger Sistem Ancient Belka Attack/Serangan Shooting/Menembak AAA
Diabolic Emission Sistem Ancient Belka Attack/Serangan Area Of Effect S-
Gefängnis der Magie Sistem Ancient Belka Force Field Area -
Panzerschild Sistem Ancient Belka Defense/Pertahanan Shield/Benteng -
Photon Lancer Genocide Shift Sistem Mid Childa Attack/Serangan Shooting/Menembak -
Sleipnir Sistem Ancient Belka Support/Sokongan Transport/Pengangkutan -
Starlight Breaker Sistem Mid Childa Attack/Serangan Bombardment S

Yagami Reinforce Zwei sunting

Pengenalan Nama sunting

Yagami Reinforce Zwei (Jepun: (リインフォースIIツヴァイ, Hepburn: Riinfōsu Tsuvai) juga dieja sebagai Reinforce II) bermaksud Yagami Reinforce yang Kedua. Zwei merujuk kepada kedua atau generasi kedua mengikut Bahasa Jerman.

Sejarah Kemunculan sunting

Zwei ialah Unison Device yang dicipta oleh Yagami Hayate setelah pemergian Eins. Zwei membawa memori dan personaliti milik Eins sepertimana Fate Testarossa yang membawa memori Alecia Testarossa. Zwei mula muncul di akhir siri Magical Girl Lyrical Nanoha A's dan musim yang seterusnya kerana Hayate telah memperbaharui keseluruhan program Buku Kegelapan menjadi Buku Langit Malam. Dalam Strikers, Zwei bekerja di Jabatan Angkasa Bureau sebagai partner Hayate. Zwei juga ahli keluarga Yagami. Dalam A's, Zwei hanya sebagai Hologram, tetapi dalam Strikers dan seterusnya, Zwei berbentuk solid.

 
Hayate dan Zwei berada dalam Unison Mode

Dalam Strikers, Zwei membantu Subaru, Teana, Erio dan Caro untuk mendalami pengetahuan mengenai device milik mereka sendiri. Zwei juga handal dalam mengendalikan sistem pengkomputeran. Musuh utama musim Strikers ialah Agito. Agito ialah Unison Device yang berkawan rapat dengan Lutecia Alpine dan juga Zest Grangeitz. Agito selalu cemburu terhadap Zwei yang mempunyai Lord seperti Vita dan Hayate, sedangkan dirinya tiada. Pada episod 6, Zwei bersama sama dengan Vita menyerang Lutecia dan Agito kerana mereka menyerang Kumpulan Bintang, Stars Squad dan Kumpulan Kilat, Lightning Squad.

Semasa Vita berada dalam pangkalan musuh kerana ingin memusnahkan teras utama, iaitu milik musuh. Jikalau teras tersebut dimusnahkan, maka kapal milik musuh akan hilang keseimbangan. Ketika itu, Zwei bersama sama dengan Hayate turut ke situ. Vita dan senjatanya, Graf Eisen memberi sepenuh tenaga untuk memusnahkan teras tersebut. Vita yang sebagai pemusnah, amat tertekan kerana tidak dapat memusnahkan teras itu. Dia bimbang dengan keselamatan Nanoha dan Hayate. Vita menghayunkan Graf Eisen dengan sekuat hati sehingga Eisen mengalami kemusnahan yang teruk. Vita pula mengalami kecederaan kesan daripada impulsive force. Namun begitu, Hayate dan Zwei yang berada dalam hubungan Unison Mode, segera menyambut Vita dan teras tersebut dapat dimusnahkan.

Fungsi dan Kuasa sunting

Zwei mempunyai kebolehan yang sama dengan Eins iaitu dia merupakan Unison Device dan juga dirujuk sebagai pengawal senjata, "control device" (管制デバイス kansei debaisu) yang bermaksud Zwei berkebolehan mengawal sistem magis ataupun Mana milik Hayate. Zwei pernah berada dalam Unison Mode dengan Hayate, Signum dan Vita membuatkan pakaian Lord-nya berubah menjadi lebih cerah menghampiri transparent. Serangan Zwei kelihatan seperti Eins tetapi sedikit berbeza contohnya, Eins menggunakan Bloody Dagger manakala Zwei menggunakan Frigid Dagger lebih kepada kuasa pembekuan seperti Hitsugaya Tōshirō dari Bleach.

Contoh Serangan sunting

Serangan Sistem Kategori Jenis Ranking
Floater Sistem Mid Childa Support/Menyokong - -
Frierenfesseln Sistem Ancient Belka Capture/Menangkap Cage/Kurungan -
Frigid Dagger Sistem Ancient Belka Attack/Serangan Shooting/Menembak -
Physical Heal Sistem Mid Childa Support/Menyokong Increase -
Ring Bind Sistem Mid Childa Capture/Menangkap Bind -
Weichstütze Sistem Ancient Belka Support/Menyokong - -

Rujukan sunting

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris