Yayasan Nurul Yaqeen

Yayasan Nurul Yaqeen diperbadankan pada 12 Mac 1991[1] dan diasaskan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang. Penubuhan yayasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian ekonomi, pendidikan, kepimpinan, kerohanian, keperibadian, dan kebudayaan masyarakat Malaysia terutama orang Melayu.[2]

Yayasan Nurul Yaqeen
Kerangka
KependekanYNY
Cogan kataMenjana modal insan cemerlang
Jenis/bentuk sahPertubuhan Bukan Kerajaan
Status undang-undangYayasan
TujuanKemanusiaan, Pendidikan
Bahasa rasmiBahasa Malaysia
Tapak webYayasan Nurul Yaqeen
Sejarah
Dibentuk12 Mac 1991
Pengurusan
Pengasas dan PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan PengerusiNoorainee Abdul Rahman
Organisasi utamaLembaga Pemegang Amanah
Lokasi
(Optional)
Ibu pejabat2 Jalan 3/27F
Desa Setapak
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sumbangan sunting

Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital sunting

Projek ini bermula selepas Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada ketika itu merupakan isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan perlunya ada satu platform yang lebih baik bagi para kanak-kanak yang mendapat rawatan di hospital untuk meneruskan pembelajaran mereka. Beliau kemudiannya mengilhamkan satu projek dan menjadi penaung kepada projek tersebut yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah satu kerjasama antara Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.[3]

Kementerian Pelajaran Malaysia kemudiannya telah memuktamadkan nama rasmi program ini sebagai Sekolah Dalam Hospital. Ianya di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Khas sejajar dengan fungsi dan peranannya dalam kementerian tersebut.[4]

Anugerah Tesis Terbaik sunting

Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen anjuran bersama ISDEV, Universiti Sains Malaysia adalah satu pengiktirafan buat siswazah yang telah menghasilkan tesis terbaik di peringkat kebangsaan. Selain daripada itu, Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana juga turut diperkenalkan pada tahun 2009 lalu.[5]

Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad sunting

Yayasan ini juga telah menubuhkan sebuah kursi kepimpinan Islam di atas nama Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kursi ini telah dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00 bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Penubuhan Kursi Tuan Haji Mohd Yassin bin Muhammad
  2. ^ "Tujuan penubuhan YNY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-20. Dicapai pada 2020-05-09.
  3. ^ Video korporat pengenalan Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital
  4. ^ Sekolah Dalam Hospital
  5. ^ Senarai penerima Anugerah Tesis Terbaik YNY dan TSMY
  6. ^ Penubuhan Kursi Tuan Guru Haji Mohd Yassin bin Muhammad