Yoon Suk-yeol

Presiden Korea Selatan ke-13 sejak 2022

Yoon Suk-yeol (Hangul윤석열; Hanja尹錫悅, lahir 18 Disember 1960) ialah ahli politik Korea Selatan, bekas pendakwa raya dan peguam yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-13 dan terkini sejak 2022. Beliau juga berkhidmat sebagai Pendakwa Negara Korea Selatan dari 2019 hingga 2021.

Yoon Suk-yeol
尹錫悅
윤석열
Potret rasmi, 2022
Presiden Korea Selatan ke-13
Memegang jawatan
10 Mei 2022
Perdana MenteriHan Duck-soo
Didahului olehMoon Jae-in
Ketua Pendakwa Korea Selatan
Dalam jawatan
25 Julai 2019 – 4 Mac 2021
PresidenMoon Jae-in
Didahului olehMoon Moo-il
Digantikan olehCho Nam-kwan (Pemangku)
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-18) 18 Disember 1960 (umur 63)
Seoul, Korea Selatan
Parti politikKuasa Rakyat
(2021–kini)
PasanganKim Kun-hee
PendidikanUniversiti Kebangsaan Seoul (LLB)
Tandatangan
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanYun Seok-yeol
McCune–ReischauerYun Sok-yol

Dilahirkan di Seoul, Yoon menghadiri Universiti Kebangsaan Seoul. Dalam kapasitinya sebagai ketua Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, beliau memainkan peranan penting dalam mensabit bekas presiden Park Geun-hye dan Lee Myung-bak kerana salah guna kuasa.[1][2][3] Kemudian, Yoon berkhidmat sebagai pendakwa raya Korea Selatan antara 2019 dan 2021, di mana jawatannya dia memperoleh sabitan terhadap Cho Kuk, seorang tokoh berpengaruh dalam pentadbiran Presiden Moon Jae-in.[1] Sebagai ahli Parti Kuasa Rakyat, Yoon menewaskan calon Parti Demokrat Lee Jae-myung dalam Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022. Yoon memegang jawatan sebagai presiden pada 10 Mei 2022.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Yoon telah berkahwin dengan Kim Kun-hui sejak 2012. Kim Kun-hui ialah Presiden Covana Contents, sebuah syarikat yang pakar dalam pameran seni.[5] Isterinya telah disiasat kerana didakwa mengambil sogokan untuk menganjurkan pameran seni.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Who is Yoon Seok-youl, South Korea's conservative candidate for president?". The Economist. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 13 Februari 2022.
  2. ^ Shin, Hyonhee (5 November 2021). "S.Korea's ex-top prosecutor to challenge Moon's party in 2022 presidential election". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2022.
  3. ^ Shin, Mitch. "Yoon Suk-yeol Wins People Power Party's Presidential Primary". thediplomat.com. Dicapai pada 9 Mei 2022.
  4. ^ Kim, Eun-Joong (10 Mei 2022). "尹 대통령, 0시 임기 시작… 국군통수권 이양 받아". 조선일보 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Mei 2022.
  5. ^ "[여성조선] 전시장에서 만난 윤석열 검찰총장 후보 부인 김건희 대표... 60억대 자산가". 28 Jun 2019. Dicapai pada 20 Januari 2020.
  6. ^ "Choo orders Yoon to be walled off from two probes". koreajoongangdaily. 20 Oktober 2020.

Pautan luar sunting