Dato' Seri Yusuf Taiyoob (lahir 23 Disember 1958) merupakan ahli perniagaan dan usahawan Malaysia, terkenal sebagai pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd..[1]


Yusuf Taiyoob

DGPN, DMPN, DSPN (PP)
Kelahiran (1958-12-23) 23 Disember 1958 (umur 65)
Nama lainRaja Kurma Malaysia, Datuk Kurma
PekerjaanPengasas dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Tahun aktif1979–kini
PasanganDatin Seri Yusnita Ramli
Anak-anak3

Kehidupan awal dan kerjaya sunting

Yusuf Taiyoob dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di India, namun memutuskan untuk berhenti untuk menguruskan perniagaan sendiri. Pada tahun 1977, Yusuf yang ketika itu berusia 19 tahun pernah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas melalui jenama Perfume of Penang. Dua tahun kemudian, beliau menceburi perniagaan kosmetik dengan menubuhkan Yusuf Cosmetic yang sempat beroperasi selama dua tahun sebelum ditutup pada 1981.[2]

Beliau menubuhkan syarikat eponim yang menggunakan namanya sebagai nama syarikat pada 1988[3] dan membekalkan 30 jenis kurma dan 100 produk makanan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kebanyakan produknya diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Datin Yusnita Ramli dan dikurniakan tiga anak–Waseem, Safiya dan Safina.

Penghargaan sunting

Yusuf dikurniakan gelaran Datuk daripada Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Abdul Rahman Abbas pada 2002.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "From perfume seller to King Of Dates". www.thestaronline.com.my. Dicapai pada 6 Jun 2016.
  2. ^ Petrina Fernandez. "Cover story: The date whisperer". www.theedgemarkets.com. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  3. ^ Petrina Fernandez. "Cover story: Datuk Seri Yusuf Taiyoob, managing director of Yusuf Taiyoob". www.theedgemarkets.com. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  4. ^ "Biodata Datuk Yusuf Taiyoob, raja kurma Malaysia". www.azhan.co. Dicapai pada 27 Mei 2017.