Ahmad Zikri bin Mohd Khalili (أحمد زكري بن محمد خليلي, (lahir 25 Jun 2002) ialah pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai bek kanan untuk kelab Liga Super Malaysia iaitu Selangor FC.[1][2]

Zikri Khalili
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Zikri bin Mohd Khalili
Tarikh lahir (2002-06-25) 25 Jun 2002 (umur 21)
Tempat lahir Bandar Tun Razak, Pahang, Malaysia
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Bek Kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor
Nombor 14
Kerjaya remaja
2015 Sekolah Sukan Malaysia Pahang
2016 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2017–2019 Akademi Mokhtar Dahari
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2019–2020 Selangor II 10 (0)
2020– Selangor 29 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Malaysia B-16 4 (1)
2018–2020 Malaysia B-19 9 (2)
2021– Malaysia B-23 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 April 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 October 2021

Kerjaya kelab sunting

Perjalanan Awal sunting

Zikri dilahirkan di Bandar Tun Razak, Pahang. Di samping rakan sepasukannya sekarang, Sikh Izhan Nazrel, beliau juga merupakan sebahagian daripada pelajar Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Bukit Jalil sehingga bersama-sama membuat pertukaran ke AMD (Akademi Mokhtar Dahari).[1]

Selangor sunting

Bersama-sama dengan rakan sepasukan semasa Izhan, Zikri berpindah ke Selangor selepas menamatkan pengajian dari AMD. Beliau memilih Selangor sebagai destinasi seterusnya mengembangkan bakatnya.[3] Beliau mewakili kelab akademi Selangor II dan melibatkan sepuluh (10) perlawanan untuk musim Liga Perdana Malaysia 2020.

Pada 10 Oktober 2020, Zikri membuat penampilan sulung senior dan bermain 90 minit menentang FELDA United pada perlawanan Liga Super.[4] Dia juga melibatkan perlawanan menentang Melaka United pada kejohanan Piala Malaysia, membantu pasukan itu mara ke suku akhir dengan kemenangan 2–1.[5] Pada 2 Disember 2020, Selangor mengesahkan Zikri pasti akan dinaikkan pangkat ke pasukan utama untuk musim 2021.[6]

Kerjaya antarabangsa sunting

Muda sunting

Zikri telah mewakili Malaysia di semua peringkat remaja dari bawah 16 tahun hingga bawah 19 tahun. Beliau mewakili pasukan kebangsaan bawah 16 tahun untuk Kejohanan AFC B-16 2018 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.[7] Dia bermain semua perlawanan pada kejohanan itu, tetapi skuad itu gagal ke peringkat kalah mati selepas mereka tersingkir di peringkat kumpulan.[8]

Kemudian, dia kemudian naik untuk mewakili skuad bawah 19 tahun untuk Kejohanan Remaja B-19 AFF 2018 di Vietnam. Zikri hampir mengharungi semua perlawanan pada kejohanan itu termasuk perlawanan separuh akhir dan akhir.[9] Bagaimanapun, skuad itu tewas di tangan Australia pada perlawanan akhir dengan keputusan 1–0.[10] Selepas itu, dia turut menjadi sebahagian daripada skuad bawah 19 tahun untuk kelayakan Kejohanan AFC B-19 2020, yang melibatkan tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan membantu pasukan itu mengharungi kejohanan akhir.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 15 August 2023[11]
Penampilan dan gol mengikut kelab, musim dan pertandingan
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Piala Benua[c] Jumlah
Division Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals Apps Goals
Selangor II 2020 Liga Perdana Malaysia 10 0 0 0 10 0
Total 10 0 0 0 0 0 0 0 10 0
Selangor 2020 Liga Super Malaysia 1 0 0 0 1 0 2 0
2021 Liga Super Malaysia 6 0 0 0 0 0 6 0
2022 Liga Super Malaysia 14 0 2 0 4 0 20 0
2023 Liga Super Malaysia 10 0 1 0 0 0 11 0
Total 31 0 3 0 5 0 0 0 39 0
Career total 41 0 3 0 5 0 0 0 49 0

Pencapaian sunting

Antarabangsa sunting

Malaysia B-19

Malaysia U23

Rujukan sunting

  1. ^ a b Zainal, Zulhilmi (8 Jun 2020). "Meet Zikri Khalili: The Selangor FA youngster using sports science in effort to reach Europe". Goal. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  2. ^ "Ahmad Zikri Khalili Profile". GSA. 10 November 2019. Dicapai pada 10 November 2019.
  3. ^ Msar, Syazwan (4 November 2019). "Dua tonggak B-18 pilih Selangor". MyMetro. Dicapai pada 4 November 2019.
  4. ^ "Selangor vs. FELDA United". Stadiumastro. 10 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  5. ^ "Selangor vs. Melaka United". Stadiumastro. 8 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  6. ^ Hashim, Firdaus (2 Disember 2020). "'Ubi muda' Selangor II naik pangkat". MyMetro. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  7. ^ "Senarai 23 Pemain ke Kejuaraan B16 AFC 2018". Football Association of Malaysia.
  8. ^ "Malaysia tersingkir dari Piala Asia B16 2018". CNN Indonesia.
  9. ^ "Malaysia in final after thrilling 4-3 win over Indonesia". The Star (Malaysia).
  10. ^ "Maloney proud of second place finish despite final heartbreak". Goal.
  11. ^ Biodata Zikri Khalili di Soccerway. Capaian 4 January 2021.

Templat:Selangor F.C. squad