Zon hadal atau zon hadopelagik ialah zon paling dalam dalam lautan dan hanya wujud dalam jurang lautan, dengan kedalaman melebihi 6,000 meter di bawah paras laut. Zon ini hanya merangkumi kira-kira 0.25% daripada isi padu lautan Bumi dan kebanyakannya boleh dijumpai di Lautan Pasifik.[1]

Lapisan akuatik
Pelagik
   Foto
      Epipelagik
   Afoto
      Mesopelagik
      Batilpelagik
      Abisopelagik
      Hadopelagik
Demersal
Bentos
Penstrataan
Piknoklin
   Isopiknal
   Kemoklin
      Haloklin
   Termoklin
      Termohalin
Habitat marin
Penstrataan tasik
Ekosistem akuatik
Perikanan liar

Nama hadal berasal daripada Hades, alam ghaib serta dewa alam itu dalam mitologi Yunani.[2]

Keadaan sunting

Kedalaman zon hadal boleh menjadi jauh melebihi 6,000 meter, dengan jurang terdalam yang diketahui, Jurang Mariana ialah 10,911 meter.[3] Tekanan di zon hadal melebihi 1,100 tekanan atmosfera (110 MPa atau 16,000 psi). Cahaya secara asasnya tidak wujud di sini.

Fauna sunting

Kewujudan kehidupan marin berkurangan secara drastik dalam peningkatan kedalaman. Pada paras 9,000 meter, beberapa dozen spesis yang wujud tetapi pada paras 10,000 meter, hanya kira-kira 20 spesis yang wujud, dan semua spesis yang wujud di paras ini adalah endemik di kawasan ini sahaja.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Alan Jamieson (29 April 2014). "All About Trenches". HADES – HADal Ecosystem Studies.
  2. ^ Bruun, A.F. (1956). "The abyssal fauna: its ecology, distribution and origin". Nature. 177: 1105–1108. doi:10.1038/1771105a0.
  3. ^ "NOAA Ocean Explorer: History: Quotations: Soundings, Sea-Bottom, and Geophysics". NOAA, Office of Ocean Exploration and Research. Dicapai pada 2010-03-23.
  4. ^ "Ультраабиссаль". Great Russian Encyclopedia (dalam bahasa Rusia). ke-33. Moscow. 2017. m/s. 15. ISBN 978-5-85270-370-5. Dicapai pada 17 September 2019.