Élie Ducommun (19 Februari 1833, Geneva – 7 Disember 1906, Bern) merupakan aktivis keamanan. Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel 1902 bersama-sama dengan Charles Albert Gobat.

Élie Ducommun
Kelahiran
Élie Ducommun

19 Februari 1833
Meninggal dunia7 Disember 1906(1906-12-07) (umur 73)
WarganegaraSwitzerland
PekerjaanGuru bahasa, penterjemah, wartawan
AnugerahHadiah Keamanan Nobel (1902)

Dilahirkan di Geneva, beliau bekerja sebagai tutor, guru bahasa, wartawan dan penterjemah kepada Canselori Persekutuan Swiss (1869–1873).

Pada tahun 1867, beliau membantu menubuhkan Ligue de la paix et de la liberté (Liga Keamanan dan Kebebasan) dan menjadi Setiausaha untuk Jura-Simplon Steel Company dari 1873 sehingga 1891. Beliau telah dilantik menjadi Pengarah kepada Bureau international de la paix (Pejabat Keamanan Antarabangsa), organisasi keamanan antarabangsa bukan kerajaan pertama, beribu pejabat di Bern. Beliau enggan menerima gaji untuk jawatan tersebut dan menyatakan bahawa beliau ingin berkhidmat dalam jawatan tersebut semata-mata atas sebab idealisme.

Beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1902, and menjadi pengarah kepada organisasi tersebut sehingga akhir hayatnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1906.

Rujukan sunting