Aérospatiale Alouette II


Aérospatiale Alouette II (Sebutan bahasa Perancis: [alwɛt], Lark) ialah helikopter ringan yang pada asalnya dihasilkan oleh Sud Aviation dan kemudiannya oleh Aérospatiale, kedua-duanya berasal dari Perancis. Helikopter Alouette II merupakan pengeluaran helikopter pertama yang menggunakan enjin turbin gas dan bukannya loji kuasa piston biasa yang lebih berat.

SA 313 / SA 318 Alouette II
Sebuah helikopter Alouette II Jerman Barat meronda sempadan dengan Jerman Timur, 1985
Peranan Helikopter ringan
Negara pengeluar Perancis
Pengeluar Sud Aviation / Aérospatiale
Penerbangan pertama 12 Mac 1955
Diperkenalkan 2 May 1957
Status Perkhidmatan terhad
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Tunisia
Tentera Udara DiRaja Kemboja
Tentera Pakistan
Dikeluarkan 1956-1975
Jumlah dibina 1,300+
Dibangunkan menjadi Aérospatiale Alouette III
Variasi Aérospatiale SA 315B Lama

Alouette II kebiasaannya digunakan untuk tujuan ketenteraan sebagai peranan pemantauan, mengambil gambar, menyelamat udara laut, perhubungan dan latihan, dan ia turut berupaya membawa peluru berpandu anti kereta kebal dan torpedo pensasar ("homing torpedoes"). Sebagai helikopter awam, ia digunakan bagi membawa mangsa (dengan dua tempat tandu luar), menyembur racun serangga dan sebagai kren terbang (dengan beban gantung bawah luaran 500 kg).

Rujukan sunting

Templat:Sud/Aérospatiale aircraft