AGM-88 HARM (Bahasa Inggeris: High-speed Anti Radiation Missile) (HARM) merupakan sebuah peluru berpandu udara ke permukaan taktikal yang direka untuk menuju ke transmisi elektronik yang datang daripada sistem radar permukaan ke udara. Asalnya, AGM-88 dibangunkan oleh Texas Instruments (TI) bagi mengantikan peluru berpandu AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard ARM. Pengeluarannya kemudian telah diambil alih Raytheon Corporation (RAYCO) apabila Raytheon membeli perniagaan pertahanan daripada Texas Instruments.

AGM-88 HARM[1]
AGM-88 HARM dipasangkan pada pesawat F/A-18C.
JenisPeluru berpandu anti radar
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1985 - kini
Sejarah pengeluaran
PerekaTexas Instruments
Direka1983
PengeluarTexas Instruments, kini Raytheon Corporation
Kos unitAS$284,000
Dihasilkan1985 - kini
Spesifikasi
Berat360 kg
Panjang4.1 m
Diameter254 mm
WarheadPemecahan terus PBXC-116
Warhead weight68 kg
Detonation
mechanism
Denyutan laser dekat/Sentuhan

EnjinTujahan berkembar Thiokol, enjin roket
64,000 lbf
Lebar sayap1.1 m
Bebalingdorongan pepejal
Jarak
operasi
57 batu nautika
Kelajuan2,280 km/j
Sistem
pemanduan
Tujuan radar pasif dengan penyesak penuju, panduan radar aktif EHF pada versi E. 500-20,000 MHz untuk AGM-88C
Platform
pelancaran
F/A-18 Hornet, F-4G Phantom, F-16 Fighting Falcon dan lain-lain

Kelainan

sunting
 
AGM-88E.

Versi terkini AGM-88 adalah AGM-88E Advanced Anti Radiation Guided Missile (AARGM), yang mana merupakan satu usahasama di antara Kementerian Pertahanan Itali dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Versi AARGM akan memiliki ciri-ciri berikut; perisian terkini, keupayaan dipertingkatkan yang bertujuan untuk melawan penutupan radar, radar pasif dan pencari gelombang milimeter aktif.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting