AMX International AMX

AMX International AMX adalah sejenis pesawat serangan darat yang digunakan bagi operasi pemintasan medan perang, serangan bantuan rapat dan pengawasan udara. Sehingga tahun 1999, pesawat ini dibina oleh AMX International, sebuah syarikat usahasama Itali dan Brazil dengan designasi A-1 diberi oleh Tentera Udara Brazil.

AMX
Peranan Pesawat serangan darat
Pengeluar AMX International
Penerbangan pertama 15 Mei 1984
Diperkenalkan 1989
Status Aktif
Syarikat penerbangan utama Tentera Udara Itali
Tentera Udara Brazil
Dikeluarkan 1986-1999
Jumlah dibina ~ 200

AMX boleh beroperasi pada kelajuan subsonik dan altitud yang tinggi, pada masa siang atau malam dan sekiranya perlu, dari pangkalan dengan kelengkapan yang kurang atau landasan rosak. Pesawat ini memiliki rekabentuk yang sukar dikesan oleh radar dan infra merah ditambah dengan kekuatan struktur dan sistem bantuan ikhtiar hidup yang tinggi. Pesawat ini juga dipasang dengan peralatan menentang elektronik, peluru berpandu udara ke udara dan meriam bagi mempertahankan diri.

Pembangunan

sunting

Pada tahun 1977, Tentera Udara Itali mengeluarkan keperluan untuk sejenis pesawat pejuang-penyerang bagi mengantikan pesawat Aeritalia G.91 dan F-104 Starfighter. Bagi mengelakkan persaingan bagi kontrak ini, Aeritalia (kini Alenia Aeronautica) dan Aermacchi bersetuju untuk membuat satu cadangan bersama, di sebabkan kerana kedua-dua firma sedang mempertimbangkan untuk membangunkan pesawat dalam kelas yang sama untuk beberapa tahun. Aermacchi, sebagai contoh telah menjalankan kajian rekabentuk untuk pesawat serangan darat ringan dengan designasi MB-340, pada awal tahun 1970-an. Kerja pembangunan bermula pada bulan April 1978.[1]

Pada bulan Julai 1981, kerajaan Itali dan Brazil bersetuju akan keperluan bersama untuk pesawat jenis ini, dan Embraer telah dijemput untuk menyertai kerjasama ini.[1]

Prototaip pertama diterbangkan pada 15 Mei 1984. Meskipun ia telah musnah dalam penerbangan kali ke-5 (membunuh juruterbangnya),[2] program ujian berjalan dengan agak lancar. Pengeluaran bermula pada pertengahan tahun 1986, dengan pesawat pertama diserahkan ke pihak tentera udara Itali dan Brazil pada tahun 1989. Sejak itu, kira-kira 200 buah pesawat AMX telah dibina.

Lihat juga

sunting

Pesawat setanding

Rujukan

sunting
Nota
  1. ^ a b Braybrook 1989, p.267.
  2. ^ Braybrook 1989, p.275.
Bibliografi
  • Braybrook, Roy. "Assessing the AMX". Air International, June 1989, Vol 36 No 6. Bromley, UK:Fine Scroll. ISSN 0306-5634. pp. 267–278.
  • Niccoli, Ricardo. "AMX: Upgraded and Ready for Combat". Air International, November 2009, Vol 77 No 5. Stamford, UK:Key Publishing. ISSN 0306-5634. pp. 42–45.

Pautan luar

sunting

Templat:Alenia aircraft

Templat:Embraer