Abu Haniffa Hasan

Pemain futsal Malaysia

 

Abu Haniffa Hasan
Maklumat peribadi
Nama penuh Abu Haniffa Bin Hasan
Tarikh lahir (1991-02-22) 22 Februari 1991 (umur 33)
Tempat lahir Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Fixo
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim
Nombor 2
Kerjaya remaja
2012–2013 MSSN Negeri Sembilan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Felda United ? (?)
2017–2019 Melaka United 36 (8)
2019–2022 Pahang Rangers 26 (10)
2023– Johor Darul Takzim 12 (9)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Malaysia Futsal U20 8 (9)
2017– Malaysia Futsal 50+ (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 June 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 June 2023

Abu Haniffa Bin Hasan (lahir 22 Februari 1991), ialah pemain futsal Malaysia . Beliau kini bermain untuk Johor Darul Takzim dalam Liga Futsal Perdana Malaysia, Liga Futsal profesional terulung di Malaysia. Beliau juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Malaysia . [1] [2]

Abu Haniffa Bin Hasan dilahirkan & dibesar di Melaka . Ayah & ibunya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Beliau memulakan kerjaya futsal pada peringkat awal ketika di sekolah menengah. Bermain di gelanggang futsal Melaka bersama rakan seperjuangannya. Bakatnya dalam futsal menarik perhatian jurulatih dan kemudiannya mengajaknya bermain untuk Negeri Sembilan untuk Majlis Sukan-Sukan Negeri. Kejohanan itu menjadikan dia sebagai pemain futsal.

Beliau pernah bermain untuk Felda United, Melaka United, Pahang Rangers, dan ketika ini beliau bermain untuk Johor Darul Takzim [3]

Di peringkat antarabangsa, beliau adalah ahli pasukan kebangsaan Futsal Malaysia . Beliau memenangi pingat perak pada Kejohanan Futsal AFF 2017 [4] dan Kejohanan Futsal AFF 2018 dan pingat gangsa pada Kejohanan Futsal AFF 2015 dan Kejohanan Futsal AFF 2016 . Beliau juga sebahagian daripada pasukan di Kejohanan Futsal AFF 2022 [5]

Pencapaian sunting

Felda United

  • Liga Futsal Kebangsaan
    • Pemenang (2) : 2013–14, 2014–15
  • Kejohanan Kelab Futsal AFF
    • Naib Johan (2) : 2014, 2015

Melaka United

  • Liga Futsal Kebangsaan
    • Pemenang (2) : 2017, 2018
  • Kejohanan Kelab Futsal AFF
    • tempat ketiga (1) : 2017

Pahang Rangers

Antarabangsa

Individu

  • Pemain Paling Bernilai : 2017,2018,2020,2022

Rujukan sunting

  1. ^ "Abu Haniffa Hasan". Arena Futsal News.
  2. ^ "Abu Haniffa intai tempat dalam skuad kebangsaan". Harian Metro.
  3. ^ "JDT Sambar Dua Lagi Pemain Kebangsaan". MAKAN BOLA.
  4. ^ "KEJUARAAN FUTSAL AFF 2017: MALAYSIA NAIB JUARA, TEWAS KEPADA THAILAND PADA MASA TAMBAHAN". FAM NEWS.
  5. ^ "Abu Haniffa & Co head for AFF Futsal Tourney with eyes on Asian Cup Spot". BERNAMA.