Adat membengkung kaki

Adat membengkung kaki pernah menjadi amalan di negara China bermula Dinasti Tang (618-907) dan berkembang sehingga Dinasti Ching 1644-1911) Ia dilakukan dengan membekung kaki anak perempuan semenjak berusia 3 - 12 tahun. Saiz kaki ideal adalah 3 inci. Antara alasan adat ini adalah menghalang wanita keluar rumah bagi mengelak perkara yang mencemar maruah keluarga.

Pada 1895 pertubuhan pertama yang menentang adat tersebut ditubuhkan di Shanghai. Adat ini diharamkan secara rasmi pada 1911 semasa revolusi Syn Yat-sen.