Adolf Kabo (lahir di Manokwari, Nugini Belanda, 3 Mac 1960 – meninggal di Manokwari, Papua Barat, 4 April 2021 pada umur 61 tahun) ialah pemain bola sepak Indonesia yang berasal dari Papua Barat. Semasa kerjayanya ia pernah bermain dalam Skuad XI Perseman Manokwari dari tahun 1983 hingga bersara pada 1988. Dia pertama kali berkhidmat untuk pasukan kebangsaan Indonesia ketika perlawanan Piala Perserikatan di Brunei pada tahun 1985. Setahun kemudian, Adolf Kubo merekodkan namanya pada 21 September 1986, semasa menjaringkan gol penyama pada Sukan Asia 1986 di Korea Selatan. Dia menjaringkan gol ke dalam gawang Qatar dan hasil akhir perlawanan ialah seri 1–1. Adolf Kabo ialah salah satu pemain Papua terbaik sepanjang masa dan legenda kelab bola sepak Perseman Manokwari.[1]

Adolf Kabo
Adolf Kabo pada tahun 1987
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1960-03-03)3 Mac 1960
Tempat lahir Manokwari, Nugini Belanda
Tarikh kematian 4 April 2021(2021-04-04) (umur 61)
Tempat kematian Manokwari, Indonesia
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1983–1988 Perseman Manokwari
Pasukan kebangsaan
Indonesia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pencapaiannya yang paling terkenal dalam kerjaya kelab ialah ketika menghantarkan Perseman Manokwari ke pentas akhir Divisi Utama Perserikatan 1986. Persib Bandung telah menunggu lawannya. Bersama rakan di bahagian penyerang, Elly Rumaropen, dan pemain tengah Yonas Sawor, ia membuat sebuah pertarungan yang sulit dimenangkan tetapi mereka gagal untuk menaklukan kelab dari Bandung itu.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b PanditFootball (2014-02-01). "Kisah Bir dan Sepakbola ala Papua". Pandit Football Indonesia. Dicapai pada 2020-02-27.