Agen pemekat

Agen pemekat atau sekadar pemekat ialah suatu bahan kimia yang berupaya meningkatkan kelikatan suatu cecair tanpa banyak mengubah ciri-ciri lain. Pemekat lazimnya digunakan dalam bahan-bahan makanan untuk memekatkan sos, sup dan puding tanpa mengubah rasa. Selain itu, pemekat juga digunakan dalam cat, dakwat, bahan letupan dan kosmetik. Pemekat juga boleh membaiki ampaian atau emulsi bahan, seterusnya mengelokkan kestabilan bahan. Agen pemekat juga digunakan sebagai bahan tambahan makanan serta kelengkapan kebersihan diri. Beberapa agen pemekat juga bertindak sebagai agen gel yang membentuk gel. Agen pemenkat juga digunakan dalam perubatan ketika seorang pesakit memiliki masalah menelan (disfagia). Cecair dipekat memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko aspirasi pulmonari bagi pesakit disfagia.[1]

RujukanSunting

  1. ^ Glassburn, Devon L.; Deem, Jodelle F. (1998). "Thickener Viscosity in Dysphagia Management: Variability among Speech-Language Pathologists". Dysphagia. 13 (4): 218–222. doi:10.1007/PL00009575. PMID 9716753. S2CID 37019709.