Agensi Eksekutif Inovasi dan Rangkaian

Agensi Eksekutif Inovasi dan Rangkaian ( INEA ) ialah sebuah agensi eksekutif yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Eropah bagi menjalankan Kemudahan Menghubungkan Eropah dan sebahagian daripada Horizon 2020, dengan program warisan program Rangkaian Pengangkutan Trans-European (TEN-T) dan Program Marco Polo . [1] Agenisi ini menggantikan Agensi Eksekutif Rangkaian Pengangkutan Trans-Eropah (TEN-T EA) pada 31 Disember 2013. [2]

Agensi ini turut bertanggungjawab ke atas semua projek TEN-T terbuka. Projek-projek tersebut mewakili semua jenis pengangkutan – udara, kereta api, jalan raya, dan maritim/laut – dan logistik dan sistem pengangkutan pintar, dan melibatkan kesemua negara anggota Kesatuan Eropah . Statusnya sebagai agensi eksekutif bermakna, walaupun bebas, INEA adalah berkait rapat dengan agensi induknya, Direktorat Jeneral Mobiliti dan Pengangkutan (DG MOVE). DG MOVE bertanggungjawab dalam menangani semua isu penggubalan dasar yang berkaitan dengan program TEN-T, manakala INEA diwujudkan adalah untuk melaksanakan tugas khusus program.[perlu rujukan]

Agensi Eksekutif Iklim, Infrastruktur dan Alam Sekitar Eropah (CINEA) menggantikan Agensi Eksekutif Inovasi dan Rangkaian (INEA) yang menamatkan operasinya pada 31 Mac 2021. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Innovation and Networks Executive Agency". Innovation and Networks Executive Agency - European Commission.
  2. ^ "Innovation & Networks Executive Agency (INEA) - European Commission". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-06. Dicapai pada 2017-01-05.
  3. ^ Taylor, Ian. "EUROPE: INEA name change to reflect key Green Deal role". Bunkerspot - Independent Intelligence for the Global Bunker Industry. Dicapai pada 2021-04-24.

Templat:Trans-European Transport NetworksTemplat:Agencies of the European Union