Agora (Bahasa Yunani: Ἀγορά, agorá) adalah tempat pertemuan terbuka di negara-negara kota Yunani Kuno terutamanya pada 900–700 SM. Di sini, warga-warga kota yang merdeka dan pemilik tanah yang berstatus sebagai warga negara berkumpul di Agora untuk bersemuka langsung dengan para penguasa.

Tiang-tiang agora di Sur, Lubnan.

Tapak ini merupakan titik pusat dalam kalangan masyarakat ini dari segi politik, perniagaan, kesenian dan kebudayaan.[1] Forum Romawi merupakan bentuk pertemuan bangsa Romawi yang mengikuti pendekatan ini.

RujukanSunting

  1. ^ Caves, R. W. (2004). Encyclopedia of the City. Routledge. m/s. 10.

Pautan luarSunting