Aihole (dahulunya dikenali sebagai Aryapur) memiliki kompleks kuil di selatan India, ciptaan Dinasti Chalukya (kurun ke enam hingga kelapan C.E.). Kompleks kuil ini dibina dalam kawasan bertembok 500 kali 500 meter (1,650 kaki.) sebagai sambungan pada tebing sungai Malprabha di Karnataka. Kuil Meguti, dibina pada tahun 636 C.E. oleh Raja Ravikirti, mengadap tapak ini keseluruhannya. Ditarbiahkan pada Jainism, kompleks ini termasuk inskripsi yang menggambarkan kehebatan ketenteraan Raja Pulakesin II. Kuil terawal, dikenali sebagai Lad Khan sempena orang kampong yang menggunakannya sebagai kandang lembu, dihiasi dengan imej dewa Hindu utama, termasuk dewa Vishnu, Garuda, dan Surya. Kuil Durga dianggap sebagai yang paling mengkagumkan di tapak menakjubkan ini. Didirikan pada tiang berhias, ia mempamerkan rupa yang hebat yang ditonjolkan oleh tiang luarannya yang lebar.

Rujukan sunting

  • Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)