Air Terjun Chemerong

Air terjun Chemerong merupakan satu tumpuan pengunjung untuk mandi-manda dan berkelah. Ia terletak sekitar 30 km dari bandar Al Muktafi Billah dalam daerah Dungun, dalam Hutan Lipur Chemerong.

Air terjun Chemerong adalah setinggi 305 meter dan merupakan air terjun menegak tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan tempat permulaan pendakian terbaik bagi mendaki Gunung Berembun.

Di Hutan Lipur Chemerong juga terdapat satu pokok Cengal terbesar di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 65 meter dan ukuran lilit 16.75 meter.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Terengganu Molek Doh. Buku khas sempena Ekspo Terengganu 2018.CS1 maint: location (link)

Pautan luar sunting