Ajam merupakan perkataan yang digunakan dalam kesusasteraan Parsi dan Arab, tetapi dengan makna berbeza.

  • Dalam bahasa Arab, Ajam (عجم) memiliki erti utama: "selain-Arab". Secara harafiah ia bererti "orang yang buta huruf mengenai bahasa", "senyap", atau "bisu", dan merujuk pada bukan-Arab secara umum. Dalam erti kata sebelumnya ia memiliki makna neutral yang bererti "asing" atau "orang luar".
Keshvar ajam digunakan bagi merujuk "orang Parsi" dalam surat bertarikh 1255 Hijrah dari Empayar Uthmaniyyah kepada Maharaja Parsi Mohammad Shah
  • Dalam bahasa Parsi, Ajam digunakan bagi merujuk bahasa Parsi, sebagai sinonim, dan turut merujuk pada Iran dan semuanya mengenai Iran.[1]

EtimologiSunting

AsalSunting

Ajam memiliki makna utama dalam bahasa Arab: "bukan-Arab".[2]

  • menurut tradisi etimologi perkataan `ajam asal dari akar Semitik `-j-m. Bentuk berkait bagi akar yang sama termasuk, tetapi tidak terhad pada:[3]
  • `ajama / 'a'jama / `ajjama: bertanda - terutamanya, menambah titik yang membezakan antara huruf Arabpada teks (dan dengan itu menjadikannya lebih mudah bagi penutur bahasa Arab bukan tempatan untuk membaca). Kini istilah lapuk, kerana kesemua teks Arab bertitik. Ini juga boleh dikait dengan `ajaam / `ajam: biji/benih (contoh. tamar atau anggur).
 
Lukisan Parsi, membayangkan sebelah Jamshid sebelum Zahhak
  • in'ajama: (pertuturan) tidak dapat difahami
  • ista'jama: senyap; tidak mampu bertutur
  • 'a'jam: tidak fasih
  • musta'jim: bisu, tidak mampu bertutur

Perkataan Homophonous, yang mungkin atau tidak dihasilkan dari akar yang sama, termasuk:

  • `ajama: bagi menguji (seseorang); cuba (makanan).

RujukanSunting

  1. ^ The Book.documents on the Persian gulf's name.names of Iran. m/s.23-60 Molk e Ajam= Persi . Molk-e-Jam and Molouk -e-Ajam(Persian Kings). عجم - تهران 2010 ISBN 978-600-90231-4-1PAGE 23-60...
  2. ^ Sakhr: Multilingual Dictionary
  3. ^ "Sakhr: Lisan al-Arab". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2021-08-14.