Ak-Terek merupakan tapak kuil Buddha yang dijumpai pada tahun 1906, oleh Sir Aurel Stein. Ak-terek dijumpai oleh Sir Aurel Stein semasa penjelajahannya di sebelah barat Lembangan, di kawasan negeri Hotan silam. Ak-terek, peringatan Buddha ini dijumpai oleh Sir Aurel Stein terletak di selatan kuil Buddha di Rawak. Ia lebih kecil berbanding kuil di Rawak, bukti penggalian menunjukkan bahawa kuil di Akterek telah dibinasakan oleh api dan tapak tersebut tidak pernah dihuni semula.

Kebakaran ini memberi kesan menjadikan ukiran tanah liat menjadi tembikar, sementara ukiran dari kuil Buddha di Rawak kekal tidak dibakar. Ukiran yang dijumpai termasuk gambaran halus Buddha duduk yang dikenal pasti menurut gaya ukirannya sebagai bertarikh dari pertengahan kurun ke empat C.E. Kehadiran serpihan helaian daun emas mencadangkan bahawa sesetengah bahagian ukiran tersebut, sekurang-kurangnya, telah disepuh.

Rujukan sunting

  • Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)