Al-Khansa' binti Amru

Tumadhir binti Amru bin Al-Harith bin Al-Syarid Al-Sulamiyah (تماضر بنت عمرو بن الحارث بن الشريد السُلمية), dengan nama panggilannya Al-Khansa’ (الخنساء) (yang bermaksud antara "gazel" atau "yang berhidung pipih"[1]) ialah seorang penyair Arab dari abad ke-7 (dikatakan meninggal pada tahun 646 TM[2]). Beliau adalah antara penyair wanita yang terkemuka dalam sastera Arab.[3]

Al-Khansa
الخنساء
Al-Khansa.jpg
Lukisan Al-Khansa' dari tahun 1917 oleh Kahlil Gibran
Kelahiran575
Meninggal dunia645 (berumur 69–70)
PekerjaanPenyair

Dalam hidup beliau, peranan pensyair wanita adalah untuk mengarang gita duka (puisi ratapan atau elegi) untuk si mati dan sampaikan ia dalam peraduan pidato umum dalam kaum mereka. Al-Khansa’ memenangi kehormatan dan kemasyhuran dalam peraduan sebegini dengan gita duka yang diilhamkan oleh adik beradik beliau, Ṣakhr dan Muʿawiyah, yang mati dalam pertempuran.

HidupSunting

Al-Khansa’ lahir dan dibesarkan di Nejd, Semenanjung Arab, kepada sebuah keluarga yang kaya. Beliau sezaman dengan Rasulullah, dan akhirnya memeluk Islam.

Pada tahun 612, saudara beliau Muʿawiyah dibunuh oleh orang-orang bani lain. Al-Khansa’ berkeras agar saudaranya yang lagi satu, Sakhr, tebus kematian Muʿawiyah, di mana beliau laksanakan. Sakhr cedera semasa melakukan ini dan disebabkan kecederaan tersebut beliau meninggal setahun kemudian. Al-Khansa’ berkabung dan meratap akan kematiannya dengan syair dan menjadi masyhur disebabkan karangan gita duka beliau.

Beliau mempunyai empat anak lelaki: Yazid, Muʿawiyah, ʿAmr, dan ʿAmrah, semua memeluk Islam. Keempat-empat anaknya mati terbunuh dalam Perang Qadisiyah.

Apabila terdengar khabar tentang ia, beliau tidak meratap, sebaliknya berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberikanku kehormatan dengan kesyahidan anak-anakku. Dan aku berharap Tuhanku akan menyatukanku kembali dengan anak-anakku di syurga dengan Rahmat-Nya." (الحمد لله الذي شرفني بقتلهم، وأرجو من ربي أن يجمعني بهم في مستقر رحمته).[4]

Ulasan pengkritikSunting

Penyair sezaman dengan beliau al-Nabighah al-Zubiani berkata kepadanya: "Engkaulah penyair terbaik dari kalangan jin dan manusia." (إنك أشعر الجن والإنس) [5]

Sebuah laporan menyatakan bahawa al-Nabighah berkata kepada al-Khansa "Kalau Abu Basir[6] tidak lagi bacakan kepada aku, aku pasti sudah kata engkaulah penyair terhebat dari kalangan Arab. Pergilah, kerana engkau ialah pensyair terbaik dari kalangan yang berbuah dada." Al-Khansa menjawab, "Aku penyair terbaik dari kalangan yang berbuah zakar juga." [7]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ خنساء. Dari Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab/Bahasa Arab-Bahasa Melayu [Edisi ke-3]. Terbitan Oxford Fajar (2015).
  2. ^ Abdullah al-Udhari, Classical Poems by Arab Women (London: Saqi, 1999), p. 58.
  3. ^ Classical Arabic Literature: A Library of Arabic Literature Anthology, trans. by Geert Jan van Gelder (New York: New York University Press, 2013).
  4. ^ Al-Dughmi, Muhammad Rakan (1985). Al-Tajassus wa ʾaḥkāmuhu fī al-sharīʿah al-ʾislāmīyyah. Beirut: Dār al-salām. m/s. 193.
  5. ^ Ibn Qutaybah (1987). al-Shiʿr wa-al-shuʿarā’. Beirut: Dār ʾAḥyāʾ al-ʿUlūm. m/s. 218.
  6. ^ http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/Asha
  7. ^ Ghazoul, Ferial Jabouri (2008). Arab Women Writers: A Critical Reference Guide, 1873-1999. Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 1. ISBN 978-977-416-146-9.

Pautan luarSunting

  • "A Great Arab Poetess of Elegy", sebuah karangan tentang Al-Khansa'[1]
  • Koleksi Other Women's Voices, mengandungi pautan, sumber sekunder, dan petikan[2]
  • Project Continua: Biography of al-Khansa[3]