Abū Muḥammad 'Abd al-Jabbār al-Kharaqī, juga Al-Kharaqī ialah ahli falak dan matematik Parsi kurun ke-12 yang dilahirkan di Kharaq berhampiran Merv.[1] Beliau berkhidmat dengan di istana Sultan Sanjar. Al-Kharaqī mencabar teori astronomi Ptolemy di dalam Almagest, dan mengasaskan teori alternatif sfera, yang membayangkan sfera material yang besar yang di dalamnya planet-planet bergerak di dalam tiub.[1]

Catatan Guillaume Postel pada manuskrip astronomi berbahasa Arab oleh al-Kharaqī, Muntahā al-idrāk fī taqāsīm al-aflāk ("Pemahaman Terakhir dalam Pembahagian Sfera").

Semasa pengembaraannya ke Empayar Uthmaniyah pada tahun 1536, Guillaume Postel memperoleh sebuah karya astronomi tulisan al-Kharaqī, Muntahā al-idrāk fī taqāsīm al-aflāk ("Pemahaman Terakhir dalam Pembahagian Sfera"), menganotasinya, dan membawanya balik ke Eropah.[2]

Al-Kharaqī juga menulis karya-karya matematik, yang kini hilang, Al-Risalah al-Shāmilah ("Surat yang Sempurna") dan Al-Risalah al-Maghribiyyah ("Surat Maghribi", yang berkaitan dengan kalkulus dirham dan dinar).[1]

Karya sunting

  • Muntahā al-idrāk fī taqāsīm al-aflāk 1138/9
  • Al-Risala al-Shāmila
  • Al-Risala al-Maghribiyya

Catatan sunting

  1. ^ a b c Encyclopaedia of the history of science, technology, and medicine, ed. Helaine Selin, p.478
  2. ^ Islamic science and the making of European Renaissance, by George Saliba, p.218 ISBN 978-0-262-19557-7