Album mini

album rakaman (vinil) pendek atau LP, yang biasanya dijual pada harga yang lebih rendah daripada album biasa; lihat juga EP (Q169930)

Album mini (AM) atau LP mini adalah suatu album rakaman vinil pendek atau rakaman LP, yang biasanya dijual pada harga yang lebih rendah dan mempunyai bilangan runut yang lebih sedikit berbanding album rakaman yang biasa.[1] AM hendaklah tidak dikelirukan dengan cakera padat bahasa Jepun yang dikeluarkan dalam bentuk "sarung LP mini" atau "jaket kertas". Kebiasaannya, album mini dianggap serupa dengan extended play (EP).[2][3]

Di Korea Selatan, suatu album mini (Korea: 미니앨범) merupakan sejenis pelancaran muzik yang terdiri daripada 4 atau 5 hingga 7 buah runut,[4] di mana ia lebih pendek daripada album studio tetapi lebih panjang daripada album single.[5] Sesetengah pengedar muzik mungkin mengelaskan album-album mini dengan 7 atau lebih banyak lagu sebagai suatu album.

Rujukan sunting

  1. ^ "mini-album". Lexico.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mei 2022.
  2. ^ H., Jared (28 Ogos 2021). "What's the Difference Between an EP & LP Album in Music?" (dalam bahasa Inggeris). Ledger Note. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2022. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  3. ^ "EP, LP, SP - differences and features of release formats" (dalam bahasa Inggeris). EDM Multitracks. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2022. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  4. ^ SLY (17 Jun 2020). "The Ultimate Guide to K-Pop Albums and its Types" (dalam bahasa Inggeris). Oh! Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2022. Dicapai pada 15 Mei 2022.
  5. ^ KOCCA (4 Mei 2012). "미니앨범? EP앨범? 제대로 알고 듣자-!!". koreancontent.kr (dalam bahasa Korea). Agensi Kandungann Kreatif Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2022. Dicapai pada 4 Julai 2021.