An Chi-hwan (Bahasa Korea: 안치환, born 16 November 1965) merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu di Korea Selatan. Sebagai bekas ahli Nochatsa, beliau penyanyi 386 yang terkenal.[1]

An Chi-hwan
안치환
An Chi-hwan sedang mempersembahkan di Pusat Sejong pada Disember 2010
Kelahiran (1965-11-16) 16 November 1965 (umur 58)
PendidikanUniversiti Yonsei
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
PasanganKim Mi-ok
Anak-anak2
Kerjaya muzik
Genre
Tahun aktif1984–kini
Pengkarya berkait
Nochatsa (1988-1989)
Laman sesawang
http://www.anchihwan.com/

Biography sunting

Lahir di Hwaseong, An mendapat Ijazah Sarjana Muda Kerja Masyarakat daripada Universiti Yonsei.[2] Pada 1984, tahun pendaftaran universiti, beliau menyertai Ullimtu, kumpulan muzik pusat sekolah.[2] Beliau juga pernah menyertai kumpulan yang lain iaitu Dawn pada 1986.[2]

Beliau menyertai Nochatsa (Pencari Lagu-lagu) pada 1988,[2] dan bekerjasama mengeluarkan album studio ke-2, Song Finders 2 pada tahun berikutnya. Dirakamkan 2 lagu — "Di Ladang Yang Luas (광야에서)" dan "Daun Kering Hidup Semula (마른잎 다시 살아나)", lalu keluar dari kumpulan tersebut. Beliau lalu mengeluarkan album studio pertama An Chi-hwan pada 1990 dan ke-2 Song Festival pada 1991, tetapi gagal akhirnya kerana pertikaian dengan syarikat rakaman. Oleh itu, kedua-dua album itu lalu dicipta semula sebagai An Chi-hwan 1+2 pada 1994, selepas kejayaan album studio ke-3 Confession.[3]

An mengahwini Kim Mi-ok pada Mei 1998,[4] dan dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Pada 2014, An didiagnosis dengan kanser rektum.[5] Tahun berikutnya, beliau mengeluarkan album baru iaitu 50 yang mengandungi lagu-lagu berkaitan dengan kesihatan beliau.[5] Album beliau terkini ialah 53 dikeluarkan pada 2018.[6]

Diskografi sunting

Nochatsa sunting

Album Studio sunting

Album Kompilasi sunting

Single sunting

Album Rakaman Secara Langsung sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "386세대 대변한 안치환". 14 Oktober 2014. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  2. ^ a b c d "안치환 - 프로필". 14 Februari 2008. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  3. ^ "1+2집". 1998. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  4. ^ "안치환이 불러준 '깜짝' 결혼 축가". 9 April 2005. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  5. ^ a b "암 투병 안치환, 다시 희망을 노래하다". 18 Jun 2015. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  6. ^ "애절하게 또 뜨겁게, 다시 돌아온 안치환". 20 Mei 2018. Dicapai pada 27 Disember 2019.

Pautan luar sunting