Angkatan Bantuan Strategik Tentera Pembebasan Rakyat

Angkatan Bantuan Strategik Tentera Pembebasan Rakyat (PLASSF atau SSF ; Cina ringkas: 中国人民解放军战略支援部队) ialah cabang tentera peperangan siber, - angkasa, dan -elektronik Tentera Pembebasan Rakyat China.[2][3] Ia telah ditubuhkan pada Disember 2015 sebagai sebahagian daripada gelombang pertama pembaharuan tentera Republik Rakyat China.[4][5]

Angkatan Bantuan Strategik Tentera Pembebasan Rakyat
中国人民解放军战略支援部队
Lambang Angkatan Bantuan Strategik PLA
AktifJanuari 2016–kini
Negara Republik Rakyat China
Kesetiaan Parti Komunis China[1]
JenisPasukan siber dan angkasa
PerananPeperangan siber, peperangan angkasa, dan peperangan elektronik
Sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat
Komander
PanglimaJeneral Gao Jin
Komisar PolitikJeneral Zheng Weiping
Tanda kebesaran
LencanaThe emblem of PLASSF

Sejarah sunting

Pengumuman awal tidak banyak memberikan butiran, tetapi Yang Yujun dari Kementerian Pertahanan China menerangkannya sebagai satu kombinasi dari semua pasukan sokongan. Para pemerhati berspekulasi yang ia akan merangkumi operasi berteknologi tinggi termasuk angkasa, ruang siber dan peperangan elektronik, bebas dari cabang lain tentera.[4] Seorang lagi pakar, Yin Zhuo, mengatakan bahawa "misi utama Angkatan Bantuan Strategik PLA ialah memberi sokongan kepada operasi tempur supaya PLA dapat memperoleh kelebihan serantau dalam peperangan angkasa dan domain peperangan siber, dan untuk memastikan kelicinan operasi."[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "The PLA Oath" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-05-09. Dicapai pada 2019-11-01. I am a member of the People's Liberation Army. I promise that I will follow the leadership of the Communist Party of China...
  2. ^ PLA Strategic Support Force: The 'Information Umbrella' for China's Military The Diplomat 1 April 2017
  3. ^ The Strategic Support Force: Update and Overview Jamestown Foundation China Brief Volume: 16 Issue: 19
  4. ^ a b "China Takes Bold Steps Toward Military Reform" (11 January 2016)
  5. ^ Costello, John; McReynolds, Joe (2018). China’s Strategic Support Force: A Force for a New Era. Washington, DC: National Defense University Press. Dicapai pada 19 April 2019.
  6. ^ "Expert: PLA Strategic Support Force a key force to win wars". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 2019-11-01.