Anil Gurung

Pemain bola sepak Nepal

Anil Gurung (Bahasa Nepal: अनिल गुरुङ; lahir 23 September 1988) merupakan pemain bola sepak Nepal[1] yang menjadi tajuk berita utama setelah dipilih untuk menjalani ujian percubaan dengan pasukan simpanan Chelsea dan Woking F.C di England.[2] Sahara Club, Nepal dan Sahara Football Club, UK bersama-sama memulakan proses percubaan-pemilihan. Sahara Club (Pokhara), sebuah kelab tempatan di Pokhara, dimana mempunyai cabang di UK, telah memohon untuk percubaan Anil. Di England, Gurung menjalani ujian percubaan selama empat bulan. Chelsea F.C. mengurus semua perbelanjaan bola sepaknya selama tempoh percubaan.

Anil Gurung
Maklumat peribadi
Nama penuh Anil Gurung
Tarikh lahir (1988-09-23) 23 September 1988 (umur 35)
Tempat lahir Pokhara, Nepal
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manang Marshyangdi Club
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003 Brigade Boys Club 25 (8)
2004 Three Star Club 27 (13)
2005 Manang Marshyangdi Club 24 (32)
2007 New Road Team 0 (0)
2009-2010 Shillong Lajong FC 12 (3)
2011 Manang Marshyangdi Club 4 (4)
Pasukan kebangsaan
2007– Nepal ? (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11:36, 5 September 2013 (UTC)

Dia sekarang ini bermain untuk Manang Marshyangdi Club dan pasukan kebangsaan Nepal.

Rujukan sunting

  1. ^ "Fifa.com Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-05. Dicapai pada 2014-10-19.
  2. ^ Goal Nepal

Pautan luar sunting