Anjing gembala Croatia

baka anjing dari Croatia

Anjing gembala Croatia[a] ialah satu baka anjing dari Croatia.

Anjing gembala Croatia
Seekor anjing gembala Croatia yang menjalani ketangkasan anjing
Negara asalCroatia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Anjing gembala Croatia mempunyai ketinggian rendah hingga sederhana dan warna asasnya sentiasa hitam, walaupun mungkin terdapat tompok-tompok putih sangat kecil pada dada dan/atau jari kakinya.[perlu rujukan] Salah satu ciri ialah bulu singkat pada kepala agak mirip rubah dan ungkai. Selebih lapis bulunya lebih panjang dan beralun atau keriting. Ketinggian pada paras kelasa pada kedua-dua jantina ialah 16–21 inci (41–53 cm) dan panjangnya melebihi ketinggian hampir-hampir sebanyak 10%. Secara tradisional, ekornya dipotong sangat pendek, tetapi jika tidak, ekornya terangkat dengan melingkar ke atas belakang anjing berkenaan.[perlu rujukan]

 
Anak anjing gembala Croatia

Perangai sunting

 
Seekor anjing gembala Croatia dewasa

Anjing gembala Croatia ialah anjing berwaspada, tangkas, cerdik, dan cerdas dengan tenaga sangat banyak dan dengan keperluan kuat untuk pendampingan manusia. Ia sihat, tahan penyakit, dan tidak mahal untuk dibela. Ia memiliki naluri gembala cukup berkembang dan merupakan anjing pengawas cemerlang.[1]

Baka ini mempunyai kecenderungan keturunan untuk bekerja dengan lembu. Sesetengah peladang bertegas bahawa anjing gembala Croatia mereka tahu dan akan memilih setiap ekor lembu dengan mendengar namanya.

Pada zaman dahulu, anjing ini kerap digunakan untuk menggiring kawanan babi ke hutan oak pada musim luruh, dan, dalam sebuah dokumen lama, ada pernyataan bahawa baka serba boleh ini malah menggembala kuda dari kandang-kandang di Đakovo. Ia merupakan anjing penggiring dan anjing pengumpulan dan, bergantung pada sama ada ia berasal dari susur galur pertunjukan atau susur galur pekerja, keinginannya untuk mengerjakan ternakan berbeza-beza. Pendekatannya kepada kawanan mungkin lebih dekat dan lebih keras berbanding dengan sesetengah baka lain, tetapi sangat berkesan. Ia mungkin mencengkam namun jarang menyebabkan sebarang kecederaan.[perlu rujukan]

Kegiatan sunting

Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Croatia yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[2]

Sejarah sunting

Anjing gembala Croatia barang kali berasal daripada anjing yang dibawa oleh orang Croat bersama dengan mereka dalam Tempoh Penghijaran. Catatan tertua yang ditemukan tentang anjing gembala Croatia bertarikh dari tahun 1374 yang dalamnya Uskup Đakovo, Peter memanggilnya "Canis pastoralis croaticus".[3] Baka ini paling barang kali dikembangkan selama beberapa abad daripada keturunan bagi "Pfahlbauhund" di Slavonia, Croatia. Profesor Stjepan Romić mengembangkan anjing gembala Croatia sebagai baka pada tahun 1935. Baka ini pertama kali dipersembahkan di hadapan orang awam pada pertunjukan anjing negeri pertama di Zagreb pada tahun 1949. Dr. Otto Rohr menulis piawaian baka pertama pada tahun 1951, yang kemudian diterbitkan oleh FCI pada tahun 1969.[4]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کروءيشا; Croatia: hrvatski ovčar; bahasa Inggeris: Croatian shepherd dog; Croatian shepherd; Croatian sheepdog

Rujukan sunting

  1. ^ Fogle, Bruce (2000). The Encyclopedia of the Dog (dalam bahasa Inggeris). Amerika Syarikat: Dorling Kindersley. m/s. 319. ISBN 0-7894-6130-7.
  2. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  3. ^ Hrvatski Kinološki Savez; Hrvatski Ovčar, Canis pastoralis croaticus, izmjere i analize DNA hrvatskih ovčara (Ukuran dan analisis DNA bagi anjing gembala Croatia) Templat:Hr icon hlm. 6–7 [1]
  4. ^ "FCI-Standard N° 277 HRVATSKI OVČAR (Croatian Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 277 Anjing Gembala Croatia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Christina Bailey. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 27 Mei 2015. Dicapai pada 30 Januari 2024.CS1 maint: others (link)