Anna (Worsley) Russell (November 1807 – 11 November 1876)[1] merupakan ahli botani Inggeris. Beliau digambarkan sebagai "ahli botani wanita yang paling lantang dan paling terkemuka pada zamannya".[2]

A.W. Russell
KelahiranNovember 1807
Arno's Vale, Bristol
Meninggal dunia11 November 1876(1876-11-11) (umur 68–69)
Kenilworth
WarganegaraInggeris
Terkenal kerana"ahli botani wanita yang paling lantang dan paling terkemuka pada zamannya"
PasanganFrederick Russell
Kerjaya saintifik
BidangBotani

Biografi

sunting

Anna dilahirkan pada November 1807 di Arnos Vale, Bristol sebagai salah seorang anak kepada Philip John Worsley, yang merupakan seorang pengolah gula. Keluarganya menganuti fahaman unitarianisme dan beberapa dari mereka memiliki minat terhadap sains. Sewaktu kecil, keluarganya mendorong Anna agar mendalami sains alam. Pada awalnya, beliau mempelajari entomologi yang mempelajari serangga, tetapi kemudian beralih pada tumbuhan. Adik iparnya, Thomas Butler, yang kemudian menjadi pendeta di sebuah paroki di Nottingham dan bapa novelis Samuel Butler, juga memiliki minat yang kuat terhadap sains botani dan kemungkinan mempengaruhi Anna akan hal tersebut.[2][3]

Pada tahun 1835, jilid pertama New Botanist's Guides, karya H. C. Watson, diterbitkan, yang mengandungi sumbangan besar dari Worsley, iaitu senarai tanaman berbunga di daerah Bristol.[4] Ini membawa perhatian yang lebih besar pada karya Anna. Pada tahun 1839, beliau menerbitkan Catalogue of Plants, found in the Neighbourhood of Newbury, yang mengandungi 31 halaman. Karya tersebut termasuk catatan pertama di Berkshire mengenai spesies yang jumlahnya lebih dari 60. Beliau bekerjasama dengan Botanical Society of London dan secara aktif menyumbang kepada pertukaran spesimen.[2][3] Beliau juga tertarik pada lumut dan rumpai.[2]

Anna berkahwin dengan Frederick Russell pada 1844. Russell juga merupakan penganut unitarianisme dan ahli botani. Russell telah menemani Anna dalam ekspedisi pengumpulan tanaman dan mengumpul beberapa spesimen untuknya. Mereka tinggal di Brislington, dekat Bristol, tetapi pada 1856, mereka berpindah ke Kenilworth, Warwickshire. Beliau mempelajari rumpai di wilayah tersebut dan menerbitkan sebuah artikel di Journal of Botany tentang spesies tempatan yang jarang jumpa dan memberikan lebih dari 730 foto.[2][3]

Anna Russell meninggal di Kenilworth pada 11 November 1876.[5] Suaminya meninggal sebelumnya dan mereka tidak memiliki anak. Beliau memberikan gambarnya ke Muzium Sejarah ASains, London, dan herbariumnya serta koleksi telur burung yang dikumpul olehnya ke Birmingham dan Midland Institute.[2][3]

Bibliografi

sunting
  • Catalogue of Plants, Found in the Neighbourhood of Newbury, Mrs Anna Worsley Russell, Palala Press, 50p, 2015, ISBN 1342413989

Rujukan

sunting
  1. ^ Desmond, Ray, penyunting (1994). Dictionary of British And Irish Botantists And Horticulturalists Including plant collectors, flower painters and garden designers (ed. 2, revised). CRC Press. m/s. 599. ISBN 978-0-85066-843-8.
  2. ^ a b c d e f Creese, Mary R.S (2000). Ladies in the Laboratory? American and British Women in Science, 1800–1900: A Survey of Their Contributions to Research. Scarecrow Press. m/s. 31–32. ISBN 978-0-585-27684-7.
  3. ^ a b c d D. E. Allen. "Russell [née Worsley], Anna (1807–1876), botanist". Oxford Dictionary of National Biography (ed. online). Oxford University Press. doi:10.1093/ref:odnb/56451. (langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)
  4. ^ Reeves, Millie; Kane, Joshua (6 Mac 2019). "The STEM successes that have helped shape the city of Bristol". bristolpost. Dicapai pada 25 Februari 2020.
  5. ^ Ogilvie, Marilyn; Harvey, Joy (2003). The Biographical Dictionary of Women in Science: Pioneering Lives From Ancient Times to the Mid-20th Century. Routledge. m/s. 1136. ISBN 978-1-135-96343-9.