Anne Christine Winters (lahir 3 Jun 1994) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau muncuk dalam siri FX Tyrant sebagai Emma Al-Fayeed, siri ABC Wicked City sebagai Vicki Roth, dan siri drama Netflix 13 Reasons Why sebagai Chlöe Rice. Selain itu, beliau membintangi filem Sand Castles (2014), Pass the Light (2015), The Bride He Bought Online (2015), Mom and Dad (2017), dan Night School (2018).[1]

Anne Winters
Winters pada 2012
Kelahiran
Anne Christine Winters

(1994-06-03) 3 Jun 1994 (umur 29)
Dallas, Texas, Amerika Syarikat
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penanyi
Tahun aktif2009–kini
Kampung asalLewisville, Texas,
Amerika Syarikat

Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai pesakit kanser Mia Phillips di dalam siri drama Zac & Mia, di mana beliau memenangi Anugerah Emmy Daytime 2018 untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Drama Digital Daytime.

Kehidupan awal sunting

Anne Christine Winters dilahirkan di Dallas, Texas, kepada pasangan Karen dan Harry Winters.[2] Beliau dibesarkan di Lewisville. Winters mendapat pendidikan di Prestonwood Christian Academy, sekolah Baptis swasta di Plano.[3] Ketika beliau berusia sepuluh tahun, Winters telah menyanyi solo di American Airlines Center di hadapan 24.000 penonton. Pada awalnya, beliau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Southern Methodist University, namun akhirnya beliau berpindah ke Los Angeles untuk menceburi bidang lakonan.[4]

Kerjaya sunting

Winters memulakan penampilan sulungnya di layar kaca sebagai Kathleen kecil dalam filem DVD direct-to-video A Christmas Snow. Beliau kemudian muncul dalam filem DVD direct-to-video Cooper and the Castle Hills Gang. Pada tahun 2013, beliau menjadi bintang undangan dalam sitkom Disney Channel Liv and Maddie sebagai Kylie Kramer, muncul dalam episod "Steal-A-Rooney". Dari 2013 hingga 2014, Winters muncul dalam siri drama ABC Family/Freeform The Fosters memegang watak Kelsey.[5]

Dari 2014 hingga 2016, Winters memegang watak sebagai Emma Al-Fayeed dalam siri drama Tyrant.[6][7] Beliau menjadi bintang undangan Tyrant musim kedua, muncul dalam 4 dari 13 episod, dan muncul kembali pada musim ketiga. Winters membintangi peranan utama dalam filem drama bebas 2014, Sand Castles arahan Clenét Verdi-Rose, berlakon bersama Jordon Hodges dan Clint Howard. Beliau memanangi anugerah Leonardo da Vinci Horse Award untuk Best Ensemble Cast di acara MIFF Awards bersama rakan pelakonnya.[8] Juga pada 2014, Winters membintangi sebagai Kelly Decker dalam filem aksi Fatal Instinct.[9]

Pada tahun 2017, beliau berlakon bersama Nicolas Cage dan Selma Blair dalam filem komedi seram Mom and Dad, arahan Brian Taylor.[10] Sejak 2017, Winters muncul sebagai pelakon utama dalam siri drama AwesomenessTV dan go90, Zac & Mia, memegang watak pesakit kanser remaja Mia Phillips.[11][12] Beliau memenangi anugerah Daytime Emmy Award for Outstanding Lead Actress in a Digital Daytime Drama Series pada 2018 bagi persembahannya itu.[13]

Winters memegang watak Chlöe Rice, ketua pasukan sorak baru dan gadis "It" dari Liberty High dalam peranan berulang musim kedua dan ketiga dari siri drama Netflix 13 Reasons Why, dan muncul di filem komedi 2018 Night School, arahan Malcolm D. Lee. Beliau telah muncul dalam drama ABC Grand Hotel.

Pada tahun 2020, beliau akan muncul dalam The Orville musim ketiga sebagai Charly Burke.[14][15]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2009 Gloria Student Filem pendek
2010 A Christmas Snow Young Kathleen
2011 Cooper and the Castle Hills Gang Lauren
2014 Sand Castles Lauren Daly
2014 Fatal Instinct Kelly Decker
2015 Pass the Light Gwen
2015 The Bride He Bought Online Avery Lindstrom
2016 The Tribe Sarah
2017 Reality High Holly
2017 Mom and Dad Carly Ryan
2018 Night School Mila
2019 Countdown Courtney

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Liv and Maddie Kylie Kramer Episod: "Steal-a-Rooney"
2013–2014 The Fosters Kelsey Peranan utama (musim 1), 6 episod
2014–2016 Tyrant Emma Al-Fayeed Peranan utama (musim 1); tetamu undangan (musim 2–3)
2015 Wicked City Vicki Roth Peranan utama
2016 Cruel Intentions Valerie York Peranan utama; Rintisan TV yang tidak disiarkan
2017–2019 Zac & Mia Mia Phillips Peranan utama
2018–2020 13 Reasons Why Chlöe Rice Peranan ulangan (musim 2–4); 19 episod
2019 Grand Hotel Ingrid Peranan utama
2020 The Orville Charly Burke Peranan utama (Musim 3)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Persatuan Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2014 Leonardo da Vinci Horse Awards Best Ensemble Cast Sand Castles Menang
2016 Nice International Film Festival Best Supporting Actress The Tribe Menang
2018 Daytime Emmy Awards Outstanding Lead Actress in a Digital Daytime Drama Series Zac & Mia Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Anne Winters". IMDb. Dicapai pada 2020-07-19.
  2. ^ Schrader, Adam (January 14, 2016). "21-year-old Lewisville native Anne Winters pursues acting dream in Los Angeles". The Dallas Morning News.
  3. ^ https://www.dallasnews.com/news/2016/01/14/21-year-old-lewisville-native-anne-winters-pursues-acting-dream-in-los-angeles/
  4. ^ "Vicki Roth played by Anne Winters". ABC.com.
  5. ^ "21-year-old Lewisville native Anne Winters pursues acting dream in Los Angeles". Dallas News (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-14. Dicapai pada 2020-07-19.
  6. ^ Nededog, Jethro (August 26, 2013). "'Borgias' Noah Silver to Co-Star on FX's Howard Gordon Pilot 'Tyrant'". TheWrap. Dicapai pada 2020-07-19.
  7. ^ Levine, Stuart (December 10, 2012). "FX nabs 'Tyrant' project from 'Homeland' pair". Variety. Dicapai pada 2020-07-19.
  8. ^ "Sand Castles (2014) Awards". Internet Movie Database. Dicapai pada 2020-07-19.
  9. ^ "Showtime : Fatal Instinct". Showtime Networks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23.
  10. ^ Schrader, Adam (September 9, 2016). "Anne Winters cast in thriller, 'Mom and Dad'". The Lewisville Texan Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2020-07-19.
  11. ^ Petski, Denise (March 20, 2017). "YouTube Star Kian Lawley & Anne Winters To Topline 'Zac And Mia' YA Series On Go90". Deadline Hollywood.
  12. ^ Petski, Denise (November 29, 2017). "'Zac And Mia' YA Series Renewed For Season 2 By AwesomenessTV". Deadline Hollywood.
  13. ^ Hipes, Patrick (April 27, 2018). "Daytime Creative Arts Emmy Awards: 'Bold And The Beautiful', 'Sesame Street' Top Winners". Deadline Hollywood. Dicapai pada 2020-07-19.
  14. ^ Petski, Denise; Petski, Denise (2019-11-04). "'The Orville': Anne Winters Joins As New Series Regular For Season 3". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-19.
  15. ^ Staff, TrekMovie com. "'The Orville' Update – Filming Starts & Anne Winters Joins Cast For Season Three". TrekMovie.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-19.

Pautan luar sunting