Anthony Tan (ahli perniagaan)

Anthony Tan ( Cina ringkas: 陈炳耀) ialah seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif untuk syarikat Grab, salah sebuah syarikat teknologi yang tersenarai dalam bursa dagangan awam dan unicorn pertama di Asia Tenggara. [1] Pada tahun 2021, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang orang terkaya di Singapura dengan anggaran harta dengan nilai bersih $790 juta. [2]

Anthony Tan
陈炳耀
Kelahiran
Malaysia
KerakyatanSingapura
PendidikanUniversiti Chicago
Sekolah Perniagaan Harvard
Terkenal keranaPengasas bersama dan CEO untuk syarikat Grab
PasanganChloe Tong
Anak-anak4
IbuKhor Swee Wah
BapaTan Heng Chew

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Tan dilahirkan di Malaysia. Bapanya, Tan Heng Chew ialah presiden syarikat Tan Chong Motor, sebuah syarikat yang memasang dan mengedar kenderaan berjenama Nissan di rantau Asia Tenggara. Datuk Tan merupakan seorang pemandu teksi dan datuknya adalah orang pertama yang memulakan industri automotif Jepun di Malaysia. [3] Ibunya, Khor Swee Wah, telah melabur sebanyak "beberapa juta" ke dalam syarikat pemula yang akan menjadi Grab. Dia telah bekerja bahagian pemasangan kereta di syarikat bapanya dan pernah menghadiri mesyuarat dengan bos kesatuan pada usia muda. [1]

Usaha perniagaan yang pertama beliau adalah semasa beliau berusia 11 tahun. Pada masa itu, dia sudah mula berdagang dan menerima wang tunai untuk penjualan komik X-Men . [4] Pada usia 14 tahun, dia menawarkan diri untuk mengumpul wang untuk Yayasan AIDS. [4]

Semasa menyambung pengajiannya di universiti, Tan telah menghadiri Universiti Chicago dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dan polisi dasar awam. Beliau kemudiannya lulus dari Harvard Business School dengan ijazah sarjana pentadbiran perniagaan. [5]

Kerjaya sunting

Tan merupakan ketua untuk bahagian rantaian bekalan dan pemasaran di Kumpulan Tan Chong untuk jenama automotif di bawah konglomerat Tan Chong Motor . [6] Dia kemudiannya memilih untuk berhenti bekerja dalam perniagaan keluarga dan mula mengolahkan idea untuk sebuah syarikat selepas bertemu rakan dari Malaysia yang melawatnya dan mengadu tentang masalah sistem teksi negara. [3] [5]

Semasa menghadiri Harvard Business School, Tan bekerjasama dengan rakan sekelasnya Tan Hooi Ling untuk menjadikan pengangkutan teksi lebih selamat di negara asal mereka iaitu Malaysia. Hal ini kerana kedudukan Malaysia untuk perkhidmatan teksi terletak di ranking yang paling teruk di dunia. [7] [8] Mereka merangka rancangan perniagaan untuk aplikasi tempahan teksi, yang memenangi hadiah kedua di Pertandingan Venture Baharu HBS pada tahun 2011. Menggunakan wang hadiah $25,000 daripada pertandingan itu bersama dana peribadi mereka dan pelaburan daripada ibu Tan, kedua-dua mereka melancarkan syarikat MyTeksi pada Jun tahun 2012 dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur . [2] [9]

Menjelang tahun 2016, syarikat itu telah melalui proses penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Grab. Tan telah diiktiraf bersama pengasas bersamanya oleh Fortune dan Straits Times sebagai "40 Under 40" dan "Asians of the Year". [10] [11] Beliau merupakan salah seorang penceramah di Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2019. [12] Pada tahun 2021, Fortune menamakan Tan dan pengasas bersamanya ke dalam senarai "50 Pemimpin Terhebat Dunia". [13]

Kehidupan peribadi sunting

Tan mengubah kerakyatan menjadi rakyat Singapura pada tahun 2016. [14]

Tan telah berkahwin dengan Chloe Tong, anak perempuan kepada Tong Kooi Ong, pengasas Phileo Allied Bank dan pemilik Edge Media Group. [14] Mereka mempunyai empat orang anak. [15] [16]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Chua Kong Ho; Zen Soo (28 July 2018). "From machine guns to Fortune magazine, Grab's CEO hits the big time". South China Morning Post.
  2. ^ a b "Anthony Tan". Forbes. 2021.
  3. ^ a b Kerdchuen, Wanant (1 June 2015). "Hailing success". Bangkok Post.
  4. ^ a b Kumar, Dhaleta Surender (10 February 2014). "My first venture was at 11, says Anthony Tan, who traded comics then". Yahoo! News. Yahoo! Singapore.
  5. ^ a b Ruehl, Mercedes; Palma, Stefania (9 April 2021). "Anthony Tan, a driven entrepreneur grabs his opportunity". Financial Times.
  6. ^ Chong, Claudia (19 October 2019). "Ultra driven". The Business Times. Garage.
  7. ^ Balea, Jum (25 May 2017). "Grab's Anthony Tan on his unforgettable meeting with Masayoshi Son, brotherhood with Didi". Tech in Asia.
  8. ^ Loh, Matthew (23 November 2021). "A day in the life of the cofounder of Grab, the ride-hailing giant that beat Uber in Southeast Asia and is eyeing a $40 billion listing in the US". Business Insider.
  9. ^ Soon, Weilun (1 June 2022). "How Grab, Asia's Uber, stumbled before and after its $40 billion SPAC, with pandemic layoffs and a teary all-hands with its CEO". Business Insider.
  10. ^ Velloor, Ravi (5 December 2016). "Straits Times Asians of the Year: The Disruptors". Straits Times.
  11. ^ "Anthony Tan, Hooi Ling Tan". Fortune. 2016.
  12. ^ 陈怡均 (14 April 2019). "富三代不败家 陈炳耀创立Grab 打造东南亚叫车业霸主 - 全球财经". 中时新闻网 (dalam bahasa Cina).
  13. ^ "Anthony Tan and Hooi Ling Tan". Fortune. 2021.
  14. ^ a b "Anthony Tan". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 January 2023.
  15. ^ Tan Gim Ean (12 August 2019). "Author Chloe Tong produces booklet that teaches children about basic nutrition". Options. The Edge.
  16. ^ Ruehl, Mercedes (13 April 2021). "Anthony Tan, the 'unabashedly ambitious' man behind Grab". Channel News Asia.