Buka menu utama
Peta antik

Antik (Bahasa Latin: antiquus; "tua", "kuno") ialah sesuatu barangan lama yang ada nilai tersendiri. Bagi sesetengah orang antik dinilai berdasarkan usia, semakin lama tempoh atau jangka hayat sesuatu barang maka semakin tinggi nilainya. Ia juga berdasarkan kesenian yang terdapat pada barang itu, semakin halus atau indah barang-barang antik tersebut maka semakin tinggi nilainya. Faktor lain ialah mudah atau jarang didapati, keadaan, kegunaan, hubungan emosi dan/atau ciri unik lain.

Dalam amalan biasa, "antik" biasanya digunakan bagi objek berusia sekurang-kurangnya 80-100 tahun.

Sesetengah barang antik turut dikatakan ada unsur mistik.[1]

NotaSunting

  1. ^ Hamizah Badiran (20 Jun 2013). "Koleksi antik, mistik". myMetro. Dicapai 16 Oktober 2013. 

RujukanSunting