Antroposofi adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan pengetahuan tentang manusia. [1] Namun hal ini juga berkaitan dengan aspek pengetahuan yang ingin menjelaskan tentang Tuhan atau yang disebut teosofi. [1] Istilah Antroposofi sendiri berasal dari bahasa Yunani, anthropos dan sophia, iaitu manusia dan pengetahuan. [1]

Rudolf Steiner - tokoh antroposofi

Idea ini merupakan sistem falsafah - agama yang dikemukakan oleh Rudolf Steiner (1861-1925). [2] Teori ini sangat dipengaruhi oleh teologi agama Hindu. [2] Sekilas mengenai Steiner, bahawa dia adalah ahli dalam bidang kerohanian, hidup di India untuk melakukan penyelidikan, dan selalu tertarik dengan hidup yang sarat misteri; ia mendalami yoga, karma, agama Buddha dan falsafah Timur di India. [3] Waktu kemunculannya adalah menjelang Perang Dunia I, dan dianggarkan masih hidup di Republik Persekutuan Jerman, Inggeris dan juga Amerika Syarikat. [1]

Pemikiran Anthroposofi disebut juga sebagai teori mistik, percampuran falsafah agama yang dipinjam dari pemikiran Neoplatonisme dan Pitagorian, mistisisme, Kabalisme dan falsafah alam Jerman. [4] teori berciri pendewaan terhadap kudrat manusia yang mempunyai karsa atau kehendak. [1] Bagi teori ini, kudrat yang ada pada manusia hanya boleh disingkap oleh manusia yang mempunyai karsa tadi. [1]


Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f (Indonesia) Lorens bagus, Kamus Falsafah, Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1996
  2. ^ a b (Indonesia) Henk ten Napel., Kamus teologi Inggeris-Indonesia, Jakarta: BPK Gunung Mulia, 2006
  3. ^ Yogeshwranand Saraswati (Swami)., The science of divinity: or, Brahma vigyana, Yog Niketan Trust, 1973
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Baik tidak disediakan