Anugerah Sains Mahathir

anugerah

Anugerah Sains Mahathir dianugerahkan kepada mana-mana saintis, institusi atau organisasi di seluruh dunia sebagai pengiktirafan sumbangan dan inovasi untuk menyelesaikan masalah di kawasan tropika melalui sains dan teknologi dan dianugerahkan kepada yang paling layak berdasarkan merit.[1] Anugerah berkenaan dinamakan sempena bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia Mahathir Mohamad yang melancarkannya pada 17 Ogos 2004.[2]

Anugerah ini dipilih oleh Akademi Sains Malaysia menerusi latihan penyelidikan yang menyeluruh. Pemilihan calon berdasarkan kepada kejayaan saintifik calon, keaslian setiap pencapaian calon, kesan pencapaian calon, termasuk kesan masa depan dan kepentingannya dalam menyelesaikan masalah tropika dengan meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kemakmuran di rantau ini.[1]

Saintis Australia, Prof. Alan Cowman dipilih sebagai pemenang Anugerah Sains Mahathir 2013 atas penemuan penyelidikan beliau mengenai malaria.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Mahathir Science Award - Tropical Architecture and Engineering". mastic.
  2. ^ a b "Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013". www.astroawani.com. 2023-11-01.