Art rock

Art rock ialah sebuah subgenre dari muzik rock yang mencerminkan perubahan bentuk baru atau avant-garde pada genre rock. Art rock memiliki elemen moden, eksperimental, atau bentuk yang tidak biasa. Art rock bercita-cita untuk mengubah fungsi rock dari sekadar hiburan remaja menjadi sebuah pernyataan artistik,[8] bereksperimen secara konseptual dalam muzik.[3] Art rock terpengaruh dari genre seperti rock eksperimental, muzik avant-garde, muzik klasik, dan jaz.

Art rock
Asalan gaya
Asalan budaya1960an, Amerika Syarikat dan United Kingdom
Bentuk terbitan
Topik lain

Art rock diwujudkan dengan tujuan untuk diperdengarkan, bukan untuk menari. Art rock sering menggunakan kesan elektronik tekstur yang mudah didengarkan. Ini berbeza dari propulsif irama rock.[8] Art rock sering kali dikaitkan dengan "rock progresif".

Genre ini mencapai popularitinya pada awal tahun 1970-an melalui seniman-seniman England. Muzik, seperti juga dengan teater, berhubungan dengan genre, sehingga memiliki ketertarikan artistik oleh remaja dan orang dewasa, terutama kerana kompleksiti muzik dan liriknya. Kehadiran art rock berlangsung pada tahun 1966-67 dan berakhir dengan kedatangan punk di pertengahan tahun 1970-an.[9] Setelah itu, genre ini sering diterapkan dalam genre muzik selanjutnya pada era 1970-an 90–an.

RujukanSunting

  1. ^ a b c
  2. ^ O'Brien, Lucy M. "Psychedelic rock". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 3 December 2016.
  3. ^ a b "Art Rock". Encyclopædia Britannica. Retrieved 15 December 2011.
  4. ^ "Art-Rock". Merriam Webster. Retrieved 15 December 2011.
  5. ^ Anon (n.d.). "Kraut Rock". AllMusic. Dicapai pada 25 January 2017.
  6. ^ Hegarty & Halliwell 2011, m/s. 224.
  7. ^ Reynolds 2005, m/s. 4.
  8. ^ a b Campbell 2012.
  9. ^ Jones 2008.

Pautan luarSunting