Arthur Hohl (21 Mei 1889 - 10 Mac 1964) merupakan seorang pelakon watak pentas dan filem Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan di Pittsburgh, Pennsylvania dan mula muncul dalam filem pada awal 1920-an. Beliau memainkan sejumlah besar watak jahat, walaupun peranan skrinnya biasanya kecil, dan beliau juga pernah memainkan beberapa watak yang bersimpati.

Dua persembahan Hohl yang paling kerap dilihat hari ini adalah sebagai Pete dalam Show Boat (1936), dan sebagai En. Montgomery menerusi Island of Lost Souls (1932). Beliau juga melakonkan watak sebagai Brutus disamping Warren William sebagai Julius Caesar dalam versi Cecil B. DeMille Cleopatra (1934), yang turut dibintangi oleh Claudette Colbert .

Hohl berkahwin dengan Jessie E. Gray pada tahun 1920 dan bertahan sehingga kematian Hohl pada tahun 1964. Pasangan itu tidak mempunyai anak. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Arthur Hohl – Broadway to Hollywood, Double-Dealers All the Way". Immortal Ephemera. May 21, 2015.

Pautan luar sunting